Pelakon cilik Liyana Jasmay baru sahaja berhijrah dengan mengenakan hijab. Sejak berhijab, penampilan Liyana tetap nampak sangat comel dan begitu stailo. Sesuai dengan dirinya yang masih muda dan dia cukup bijak mix & match baju yang digayakannya. Tambahan aksesori seperti kaca mata, sling bag ataupun rantai menjadi pelengkap gaya OOTD Liyana.
Halyma1970 Cantiknya awak…..Subhanallah… anugerah Allah.
@finayuyu Makin cantek liyanajasmay ni…
@lisaghazali Aduh Kak Liyana your cantikness makes me pengsan. Why so cantik?
Paling ramai memuji gaya hijab simple yang sering disarung pada kepalanya. Tidak perlu lilitan keterlaluan, gaya hijab ringkasnya menarik perhatian netizen. Ramai memuji gayaLiyana berhijab cantik dan ingin tahu tutorial yang digayakannya. Liyana tidak lokek untuk berkongsi cara pemakaian hijab stail dirinya.
Baru-baru ini Liyana berkongsi satu tutorial pemakaian hijab yang menurutnya sangat easy dan simple. Menurutnya tidak perlu jarum peniti melainkan jika mahu pergi ke majlis yang memerlukan dia banyak bergerak. Perkongisian di laman sosial instagramnya ini mendapat respon cukup bagus. Dilihat 139K view
yang teruja untuk mencuba perkongsian tutorialnya ini.@nina.mirza Less is more. Cantik
@nzwhnm so easy so simple and so pretty of you
@mamafarizal Sangat senang..sangat cantik
KREDIT FOTO: INSTAGRAM LIYANA JASMAY
Artikel Berkaitan: 12 Trik Solekan Pantas Buat Hijab Yang Sibuk 24 Jam