Mendapat keputusan yang cemerlang setiap kali menjelang musim peperiksaan memang menjadi impian setiap orang. Rasa penat lelah itu terus hilang apabila melihat keputusan yang diidamkan.
Namun, adalah sesuatu yang sangat luar biasa apabila seseorang itu mendapat gred 4.0 pada setiap semester. Berjaya mendapat gred (PMS) 4.0 untuk tujuh semester berturut-turut, Nur Athirah Rushami Zien telah menerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Utara Malaysia (UUM) pada majlis konvokesyennya di atas keputusan yang sangat cemerlang itu.
Menurutnya, biarpun program pengajian yang diikuti masih baru diperkenalkan, namun dia sentiasa gigih untuk cemerlang setiap semester meskipun sibuk dengan aktiviti kokurikulum.
“Apabila kursus baru, ia agak sukar bagi pelajar dan pensyarah itu sendiri untuk membawa subjek yang perlu dipelajari, apatah lagi hanya 13 orang yang mengikuti kursus ini. Dengan kerjasama baik daripada rakan sekelas dan para pensyarah, alhamdulillah segalanya dipermudahkan,” ujarnya yang berasal dari Perlis ini.
kredit: twitter @Are_Fieqq