Baru-baru ini, penyanyi yang juga usahawan berjaya iaitu Nubhan bersama isterinya, Dr. Afifah Tawfek telah mengadakan majlis aqiqah buat anak ketiga mereka iaitu Afzan Nayille yang kini berusia dua bulan.
Mengadakan majlis serba ringkas namun meriah, pasangan suami isteri ini nampak sungguh manis dalam persalinan berwarna krim bersama anak mereka di majlis tersebut.
Dalam pada itu, pelantun lagu Oh Juwita ini juga turut memohon agar orang ramai mendoakan agar puteri mereka yang dikasihi ini membesar menjadi dengan sihat dan baik.
Alhamdulillah…selesai majlis aqiqah & doa selamat kelahiran baby Afzan Nayille…
Doakan anak saya membesar dengan baik & sihat ya…aminn 🥰
Sebagai informasi, Nubhan dan isterinya telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aafan dan Afzan Nayille yang baru sahaja dilahirkan pada 12 Januari yang lalu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tokti Beli Rumah Di Dubai! Ini Respon ‘Anak Tirinya’ Asyraf Khalid Terhadap Pencapaian Itu
Penyanyi No.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengemparkan rakyat Malaysia apabila berjaya memperoleh rumah pertama di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, hasil titik peluh dan usaha yang dilakukanya sejak bergelar usahawan selebriti.
Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh anak tirinya, Asyraf Khalid yang turut berkongsi rasa bahagia dan gembira, sekaligus menzahirkan ucapan tahniah diatas pencapaian Siti itu.
@watieysoong @Siti Nurhaliza #fyp ♬ Ya Tabtab Wa Dallaa – Nancy Ajram
Tahniah Mak Iti atas pencapaian memiliki rumah pertama di Dubai.
“Tahniah Mak Iti atas pencapaian memiliki rumah pertama di Dubai. Sangat gembira dan bangga melihat pencapaian awak. Ia merupakan inspirasi buat saya dan Tya.
“Doakan satu hari nanti, Ap pun boleh ikut jejak langkah Mak iti. Ap doakan Allah murahkan lagi rezeki ayah dan Mak Iti. Awak benar-benar layak untuk semua kerja keras awak selama ini.
“Harapnya selepas ini Ap ke Dubai, tak payah la sewa hotel dah,” ujarnya berseloroh menerusi hantaran balas kepada Instastory yang dimuatnaik Siti.
Siti Bersyukur Dikurniakan Rezeki berkat usahanya selama ini!
Hijabista sempat meninjau hantaran Instastory milik Siti Nurhaliza, dia turut meluahkan rasa syukur di atas rezeki yang diperoleh tanpa disangka-sangka itu.
Siti turut memuat naik beberapa video di sekitar kondominium mewah yang dimilikinya itu, bersama suami dan dua orang anaknya sambil menikmati permandangan bandar Dubai yang amat menakjubkan.
Artikel berkaitan: Siti Teruja, Kembali ‘Jejak’ Kaki Di Indonesia
Pada ruangan komen, hantaran berkenaan pula, kebanyakkan netizen meluahkan rasa takjub dan kagum melihat kondominium mewah serta kejayaan yang dikecapi oleh Siti, hingga mampu membeli rumah mewah hasil titik peluh sebagai seorang penggiat seni.
Netizen turut mengucapkan tahniah di atas pencapaian itu dan ramai berharap agar turut dikurniakan rezeki seperti Siti Nurhaliza.
Sumber: TikTok @watieysoong, Instagram Siti Nurhaliza & Instagram Asyraf Khalid
Artikel berkaitan: Teruja dan ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay, Telatah ‘Comel’ Siti Nurhaliza Jadi Bualan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Keguguran Kerana Terjatuh Dalam Bilik Air, Asbab ARYANI FITRIANA Mula Berhijab & Menutup Aurat
Pelakon dan model jelita dari Indonesia, Aryani Fitriana antara figura umum yang mengambil keputusan untuk bertudung dan menutup aurat sepenuhnya.
Di sebalik penghijrahan itu, rupa-rupanya ada kisah yang menjadi turning point kepada perubahan besar dalam hidup Aryani Fitriana.
Selebriti berusia 35 tahun ini mendedahkan, perubahan itu ada kaitan dengan pengalamannya yang pernah mengalami keguguran.
Aryani Fitriana mengakui pernah mengalami keguguran pada kehamilan pertamanya.
“Saya mengandung, tetapi keguguran kerana terjatuh dalam bilik air,” kata Aryani seperti yang dipetik daripada portal TribunStyle.com dari saluran YouTube The Sungkar.
BACA JUGA: Selebriti Indonesia ZASKIA GOTIX Bertudung Selepas Pulang Umrah, Mohon Doa Kekal Istiqamah
Aryani Fitriana dikurniakan hidayah untuk bertudung dan menutup aurat di saat perniagaannya sedang berkembang.
Pelakon sinetron ‘Anak Jalanan’ ini turut mendedahkan, tidak lama selepas berhijab dirinya kembali hamil kali kedua.
“Selepas sebulan saya mengambil keputusan untuk memakai tudung, saya hamil,” ungkap Aryani Fitriana.
Aryani Fitriana turut meluahkan kesyukuran atas kurniaan rezeki Allah SWT yang tidak ternilai itu.
Bagi Aryani Fitriana ia adalah satu keajaiban kerana ketika itu dia dan suami amat ternanti-nantikan zuriat mereka.
Untuk info, Aryani Fitriana atau nama penuhnya Aryani Fitriana Kurniawan memulakan kariernya sebagai model setelah meraih gelaran ‘Pemenang Kegemaran Pembaca” pada pemilihan Gadis Sampul 2002.
Aryani Fitriana berkahwin dengan pelakon dan model kacak, Donny Michael pada 16 Januari 2016 di Hotel Borobudur, Jakarta.
Mereka kini bahagia bersama dua cahaya mata iaitu Alem Isco Zeroun Haub dan Aleia Astrid Romeesa Haub.
f
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dulunya Budak DISLEKSIA Tak Tahu Baca & Hafal Hingga Digelar ‘Bodoh’, Tapi Kini Aliff Syukri Level USAHAWAN Jutawan
Ketika kecil Dato Sri Aliff Syukri adalah salah seorang antara budak yang menghidap disleksia. Namun kekurangan itu tidak menghalangnya untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Walaupun tidak belajar tinggi, sejak kecil tidak boleh membaca, mengenal huruf dan menghafal sehingga digelar bodoh oleh teman-teman sebayanya, tetapi dirinya kini sudah boleh dilabel usahawan bertaraf jutawan.
Dato Sri Aliff Syukri mengakui dia adalah penghidap disleksia (di mana merujuk kepada mereka yang menghadapai masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran normal). Beliau mengakui dirinya tidak boleh fokus pada sesuatu benda. Tapi mempunyai keunikan minat berniaga dan kini, bukan sahaja pengusaha usahawan kosmetik, tetapi juga pengusaha resort, pemilik tudung dan paling terbaru mempunyai restoran sendiri.
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
PERNAH JUAL BAJU TAPI KECUNDANG
Dato Sri Aliff ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaru AliffbySha diinspirasi 5 wanita dan Romah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara. Beliau bercerita dulunya dia hanyalah seorang pekerja dan menjual produk di pasar tani. Tidak mahu terus berada ditakuk lama, beliau memberanikan diri bergelar usahawan kosmetik biarpun dirinya seorang lelaki.
“Alhamdulillah bisnes saya semakin berkembang maju. Berkat kesungguhan dan kegigihan produk D’Herb semakin meniti di bibir para penggemarnya. Daripada situ, saya mahu mencuba bisnes lain, saya suka menjual apa yang mereka hendak.
“Sebelum ini saya pernah menjual baju tetapi kecundang. Tetapi saya tak putus asa, saya cuba belajar untuk maju. Contohnya apabila saya menceburi bisnes tudung. Daripada modal sekadar RM10 ribu, kini keuntungan diperoleh berlipat ganda.
“Seperti pelancaran AliffbySha V Five Inspired Women kolaborasi dengan 5 wanita hebat dalam bidang masing-masing. Walaupun ada yang mengecam, tetapi bagi saya strategi bisnes itu penting. Gandingan bersama mereka ini, Uyaina Arshad (pengacara), Joy Revfa (pengasas jenama kosmetik), Nadia Annuar (pengacara), Nabila Razali (penyanyi) dan isteri saya sendiri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sangat bagus kerana mereka ini punya ramai follower yang tersendiri dan kerjasama ini dilihat sangat memberi kesan sangat positif.
A post shared by Aliff by Sha & Aliff Homme (@aliff_syukri) on
“Saya tahu ramai pengusaha tudung tumbuh bak cendawan di pasaran. Akan tetapi AllifbySha ada keistimewaan tersendiri. Hijab kami mempunyai ciri-ciri unik yang tiada pada jenama lain, iaitu anti pekak, anti renyuk, kualiti yang bagus, bidang lebar, harga berpatutan dan paling istimewa koleksi baru setiap corak direka khas dengan nama tersendiri daripada 5 personaliti ini,” ceritanya yang dalam masa sama juga turut melancarkan Romah Makan Terlajak Laris.
A post shared by Aliff by Sha & Aliff Homme (@aliff_syukri) on
MINAT MASAK SEJAK DULU
Menurut Dato Sri Aliff dia memang suka memasak sejak dulu. Jadi minat yang telah dipupuk sekian lama itu diterjemahkan dengan membuka sebuah restoran.
“Saya buat restoran ini dengan modal sendiri sebanyak RM10 ribu tanpa mengambil bajet dari akaun jualan kosmetik. Sebelum itu sebenarnya saya dah mula menjual secara COD seperti sambal hitam, sambal kering ataupun lada jeruk. Lama kelamaan produk ini mendapat sambutan dan barulah saya berani untuk membuka restoran ini.
“Dengan modal sebanyak itu saya kini sudah berpuas hati dengan pulangan yang diperoleh. Menariknya Roman Makan Terlajak Laris ini mengembalikan nostalgia pengunjung dental masakan dan Susana kampung yang dirindui.
“Semua menu Romah Makan ini dimasak sendiri oleh saya dan menyajikan masakan orang Jawa, Kelantan, Pahang, Banjar dan banyak lagi sajian menyelerakan. Sebelum ini saya bancal berkongsi cara memasak dan residí tradicional di laman sosial. Alhamdulillah impian saya untuk membuka restoran ini akhirnya terlaksana berkat doa dari semua,” jelasnya yang mengalukan setiap pengunjung untuk hadir sendiri merasa masakan air tangannya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALIFF SYUKRI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI