Apabila anda merasa gelisah atau ‘anxiety attack’, pasti sukar untuk melalui pekara ini apabila serangan tersebut datang secara tiba-tiba. Kadang-kadang tidak tentu hala dibuatnya. Ada yang merasakan sesak nafas. Tahukah anda, ada beberapa yang anda boleh lakukan tau untuk mengurangkan rasa serangan ini!
Melalui artikel hellodoktor! mengenai ‘anxiety attack’ ini, ia merupakan sekumpulan penyakit yang menyebabkan reaksi kegelisahan seseorang atau keresahan yang sangat melampau. Ia merupakan penyakit mental yang mampu mengganggu aktiviti harian penghidap penyakit ini.
Jadi, ada ke cara untuk menyelesaikan masalah ini? Jawapannya ya ada. Menurut Puan Wawa Shauqi yang merupakan penghidap penyakit anxiety ini berpendapat bahawa terdapat beberapa cara untuk anda lakukan bagi mengawal diri ketika diserang. Ia juga perkongsian untuk semua apabila terasa anxiety attack.
Perkara yang anda boleh lakukan sekiranya anxiety attack menyerang!
Ada sesetengah orang tidak perasan sekiranya mereka mengalami anxiety attack. Akan tetapi ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menghalang diri atau mengurangkan rasa resah tersebut sekiranya berlaku.
Menurut gambar di atas, pemikiran yang positif akan membuatkan anda tidak memikirkan buruk sesetengah perkara itu dan boleh membuatkan anda kurang drama terhadap perkara tersebut. Anda merupakan sumber utama yang memilih untuk berada di mana. Sama ada positif atau negatif. Kebanyakan orang yang mendapat anxiety attack akan menyebabkan diri mereka sukar untuk bernafas. Sampai tidak boleh berkata apa dan terus ke hospital.
Jadi ini merupakan cara yang anda boleh lakukan sewaktu menghadapi anxiety attack. Kawal apa yang mampu seperti:
1. Jauhi diri daripada sosial media
Terlampau banyak informasi tentang sesuatu perkara itu akan membuatkan seseorang itu memikirkan ia sampai tidak kawal. Sebagai contoh, anda tidak berada dalam situasi yang buruk pun. Akan tetapi anda membaca tentang orang lain dan mendalami, berfikir sampai tidak tentu arah dan overthink ke arah keburukan! Jadi jauhi diri sementara jika anda rasa sedemikian. Ianya akan membantu sedikit. InsyaAllah!
2. Pilih bahan bacaan dan tontonan yang positif!
Jika anda merupakan seseorang yang cepat trigger, elak untuk menonton atau membaca perkara yang rumit seperti cerita bunuh-bunuh, cerita hantu, gosip dan berita tragedi! Gantikan dengan baca dan tonton kisah-kisah yang positif, inspiring dan menaikkan mood anda serta yang sedap untuk dilayani.
Salah satu cara untuk mengurangkan perasaan seperti ini adalah berbalik pada agama. Ini bukanlah untuk mengatakan kekurangan anda terhadap bacaan Al-quran atau sebagainya akan tetapi setiap kali kita mengamalkan semua ini pasti hati akan jadi lebih tenang. Walau dalam keadaan macam mana sekali pun. Selain itu, belajarlah untuk merintih dan merayu susah pada Allah. Keran Allah maha membantu dan memberi petunjuk. Allah juga mendengar akan doa dan keluhan anda.
4. Hentikan mental noise yang meleret
Mental noise terjadi apabila anda meleret berfikir tentang sesuatu perkara. Apa yang anda boleh lakukan adalah cuba menarik nafas panjang beberapa kali kemudian istighfar, taawuz dan mula membuat mindfullness ya.
Selain itu anda juga boleh cuba untuk pejam mata dan cuba untuk recognize bau yang sampai ke hidung dan telinga recognize bunyi yang didengar. Tangan pula cuba cari texture yang boleh disentuh-rasa.
5. Latih diri untuk latihan pernafasan
Berlatih untuk latihan pernafasan yang dalam. Menurut puan Wawa, deep breathing dapat stabilkan ritma jantung anda tau! Apabila jantung anda stabil, hormon stress anda akan menurun dan otot pun relaks. Jadi perlahan-lahan akan kurang stres.
6. Berinteraksi dengan alam semula jadi
Tidak perlu menggunakan sebarang duit. Anda hanya meenghubungkan diri dengan alam semula jadi sahaja. Pastikan anda mendedahkan diri dengan cahaya matahari yang dapat membantu mengeluarkan serotonin.
Ads
Selain itu anda juga boleh cuba membuka kasut dan pijak tanah rumput. Pijak pasir sungai atau laut pun boleh! Neutralkan caj di dalam badan anda!
7. Nikmati waktu yang sedang dilalui, jangan terlalu jauh fikir masa hadapan
Anda digalakkan untuk menikmati waktu sekarang dan kurang fikir masa depan yang belum terjadi. Plan hari anda dan cari cara untuk mengekalkan momen hari ini lebih baik dari semalam.
8. Gembirakan orang lain!
Anda tahu tak kalau anda mengembirakan seseorang itu akan secara automatik buat anda gembira. Sebagai contoh, anda menolong pasangan, belanja adik, beri hadiah pada orang tersayang, apa sahaja yang boleh membuatkan mereka tersenyum pasti anda akan tenang hati dan gembira juga tau.
9. Mula semula hobi yang pernah ditinggalkan
Hobi dapat membuatkan anda lupa tentang perkara yang buruk anda fikirkan. Mulakan semula hobi jika anda sudah meninggalkan ia. Sebagai contoh, jika anda suka main gitar, mula semula. Jika anda suka melukis, keluarkan semula barang melukis. Ikut kepada hobi anda dan ini adalah masa untuk mula semula.
10. Bersangka baik pada diri sendiri
Tidak salah untuk menyayangi diri anda sendiri dan menjaganya dengan baik. Cakap baik-baik tentang diri sendiri. Jangan kondem atau buli diri anda dengan kata-kata kesat dan kasar. Ucaplah terima kasih pada diri sendiri. Ianya bermula pada diri anda.
Ads
11. Bersiap cantik-cantik!
Bersiap cantik-cantik akan membuatkan anda lebih semangat terutama sekali waktu selepas bersedih. Jangan biarkan tenaga anda berkurang. Cuba baju cantik dan mekap cantik-cantik agar lebih konfiden.
12. Berjumpa pakar & mendapatkan pertolongan
Jika anda rasa tidak terkawal masalah keresahan atau anxiety attack ini, anda boleh memberi peluang diri anda untuk diubati. Ini kerana sakit mental sama sahaja seperti sakit jantung, sakit di perut dan sakit di buah pinggang. Ini bermaksud ia boleh menjadi teruk dan berlaku secara tiba-tiba.
Perlu diingatkan, mental yang tidak sihat bukanlah disebabkan tak kuat iman. Mental anda layak mendapatkan rawatan yang sebaiknya tau!
Akhir kata, momen yang paling penting adalah momen yang sedang berlaku. Jangan biarkan berlalu dengan membuatkan diri kita merasa tiada bantuan. Kadang-kadang kekacauan minda itu bantu seseorang untuk menjadi lebih matang. Jangan biarkan pemikiran negatif itu memakan diri dan membuatkan anda anxiety attack. Anda yang bantu diri sendiri.
Selain muka bulat, pipi tembam, masalah ‘double chin’ juga menjadi kerisauan buat wanita dan hijabi. Masalah dagu berlipat ini seringkali dikaitkan dengan masalah kegemukkan. Malah jika ada tanda-tanda begitu menyebabkan ramai yang rasa ‘down’ dan hilang keyakinan untuk berhadapan orang ramai.
Namun sebenarnya wanita yang kurus juga kadang kala mengalami masalah ini. Siapa kata nak hilangkan ‘doule chin’ ini kena buat diet yang ekstrim? Tak perlu!
Ada rahsia yang terbaik menghilangkan masalah dagu berlipat iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut. Jom kita semak.
Senaman Otot Muka
Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.
Gaya Mencedok
Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.
Pipi kembung
Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.
Membujur
Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Anda akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.
Teknik Cium Zirafah
Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.
Genggaman Halangan
Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.
Senyum Terpaksa
Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.
Petua Tambahan
Masker putih telur
Putih telur boleh menganjalkan kulit, caranya oleskan wajah dengan masker putih telur yang dicampur dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu 2 kali, InshaAllah bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.
SUMBER: www.brightside.me
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kehilangan sebelah kaki tidak mematahkan dirinya untuk tidak melakukan suatu aktiviti yang digemari. Walaupun kecacatan itu memberi kesan kepada emosinya tetapi Muhamed Nazmi Muhamed Hanafi, 24 tahun tidak pernah berputus asa atau rendah diri selepas kehilangan kaki kiri hingga paras betis hingga menyebabkan pergerakannya terbatas. Kemalangan lima tahun lalu masih terbayang di fikiran ketika menunggang motosikal di kajang lima tahun lalu.
Dia yang meminati aktiviti lasak sejak berusia 12 tahun lagi dan baru-baru ini berjaya menakluk menakluk Gunung Annapura di Nepal, walaupun dengan menggunakan kaki palsu. Nazmi mula memakai kaki palsu sejak terbabit dalam kemalangan berkenaan.
Dia yang bekerja sebagai Operator Pusat Panggilan dan anak kedua dari tujuh beradik ini memberitahu bukan mudah untuk mencari semula kekuatan apabila pergerakannya tiba-tiba terbatas.
“Bukan mudah untuk saya mencari kekuatan meneruskan kehidupan selepas terbabit dalam kemalangan ini. Saya melihat kembali kenangan lama ketika melakukan pendakian bersama rakan.
“Perasaan gembira serta seronok sebaik tiba di puncak gunung dan saya cuba melihat kegembiraan orang lain yang turut mempunyai perasaan sama, tatkala berjaya menempuh cabaran untuk berada di tempat dituju.
“Dari situ, saya mendapatkan kekuatan untuk bangkit dan syukur alhamdulillah, saya berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan diri yang sekarang,” katanya menceritakan pengalaman ketika berjaya menakluk Annapura Base Camp (ABC). Baginya kecacatan kaki kiri tidak menjadi penghalang untuk melakukan aktiviti yang disukainya.
“Saya menggunakan kaki palsu untuk memudahkan bergerak namun tidak seperti dulu kerana pergerakan terbatas memandangkan tidak boleh berlari seperti orang lain,” katanya bercerita.
Pendakian hari pertama cukup mencabar mental dan fizikal kerana mendaki ribuan tangga yang mencanak hampir menewaskan semangat tinggi Nazmi.
Sempat dia melunjurkan kaki di atas tangga bagi menghilangkan kesakitan tersebut. Namun Nazmi membuktikan semangat luar biasa apabila mampu sampai di ABC antara 10 peserta terawal di kalangan 30 peserta yang terlibat.
“Untuk pendakian kali ini, saya mengakui pergerakan agak terbatas, namun Alhamdulilah saya berjaya melakukan yang terbaik dan sampai ke ABC.
“Kita tidak akan tahu tahap kebolehan diri sendiri sekiranya enggan mencuba. Apatah lagi, untuk sampai ke ABC, keadaan cuaca yang berubah-ubah cukup menguji kesabaran saya dan peserta lain,” katanya.
Nazmi dipilih mengikut misi pendakian ke Kem Induk Annapura bersama pendakit lain. Misi yang digelar Road to Annapura Base Camp (R2ABC) itu menyaksikan 29 pendaki dari Pertubuhan Nadi Sihat menawan gunung ke 10 tertinggi di dunia.
Berbekalkan keazaman dan kecekalan yang tinggi, Nazmi berjaya mendaki Annapura hingga ke puncak walaupun menggunakan kaki palsu. Malah menurut laporan Malaysia Gazette, kejayaan Nazmi menawan Annpura mendapat perhatian Malaysia Book of Record dan bakal dinobatkan sebagai OKU pertama menawan Annapira Base Camp.
Sehingga sudah 20 puncak gunung yang berjaya ditawannya termasuk dalam Negara seperti Gunung Kinabalu atau Indonesia, Gunung Rinjani.
Ibadah solat merupakan rukun Islam yang utama selepas dua kalimah syahadah. Pengertian solat dari sudut syarak bermaksud, solat itu merupakan beberapa ucapan atau perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan untuk beribadah kepada Allah dengan menurut segala syarat/rukun yang telah ditentukan.
APAKAH TUJUAN ANDA MENDIRIKAN SOLAT?
Tujuan mendirikan solat adalah untuk manusia sebagai hamba mengingati Allah selaku pencipta. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKU!” (Surah Taha: 14)
Diantara manfaat solat adalah untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dengan kata mudah, solat itu mampu menghalang seseorang melakukan kesalahan dan dosa. Firman Allah S.W.T dalam Al Quran yang bermaksud;
“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah Al Ankabut : 45)
Tetapi, kita lihat pada hari ini, ramai manusia yang solat, namun pada masa yang sama mereka tetap juga melakukan kemungkaran. Contohnya seperti tidak menutup aurat dengan sempurna, mengumpat, memfitnah, melakukan maksiat dan mencuri.
Walaupun kemungkaran itu kelihatan biasa, tetapi setiap daripada itu tetap diiringi dengan dosa. Lalu, mengapa ini boleh terjadi sedangkan Allah menegaskan dalam Al Quran bahawa solat itu mampu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar?
Adakah maksud Allah itu sekadar ditujukan kepada para Nabi dan Rasul semata? Jawapannya, tidak bukan begitu.
Percayalah. Semua yang dikatakan atau dijanjikan oleh Allah itu pastinya benar. Tidak akan ada satu pun kesilapan dalam penilaian Allah S.W.T.
Jika seorang manusia itu sudah melaksanakan solat tetapi masih tidak mampu meninggalkan perkara keji dan mungkar, maka ianya berpunca daripada diri manusia itu sendiri. Salah satu sebab utamanya adalah, kerana solat yang didirikan adalah tidak sempurna.
BAGAIMANA MENYEMPURNAKAN SOLAT
Diriwayatkan daripada Hatim Al-Ashom. Dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab;
“Ketika tiba solat, ku sempurnakan wudukku. Aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu, aku dirikan solat. Aku jadikan Kaabah di depan mataku, sirat dibawah tapak kakiku, syurga dikananku, neraka dikiriku, malaikat maut dibelakangku, dan kukira itu solatku yang terakhir. Kemudian, aku berdiri di antara berharap dan takut, aku takbir dengan bersungguh-sungguh, membaca dengan tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu, apakah solatku itu diterima ataupun tidak.” (Kitab Imam Al Ghazali dari terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub)
Mari sama-sama kita perhatikan solat kita. Solat anak-anak kita. Ahli keluarga kita. Apakah selama ini, solat yang didirikan itu cukup sempurna untuk dihadiahkan kepada Ilahi? Ataupun sekadar solat kerana ianya wajib dilaksanakan atas tuntutan sebagai orang yang beragama islam semata?
SEMPURNA ATAU TIDAK SOLAT KITA
Cuba buat satu checklist. Sempurna atau tidak wuduk kita? Tahu atau tidak tentang rukun solat? Sudah betul dan lancarkah membaca Surah Al Fatihah?
Lakukan atau tidak perkara sunat dalam solat? Faham atau tidak maksud bacaan dalam solat? Bagaimana pula halnya dengan tomaqninah? Sempurna atau tergesa-gesa?
Walaupun solat itu dilakukan sebanyak 5 kali sehari, yakinkah kita bahawa solat itu diterima Allah S.W.T? Sedangkan usai solat saja, kita sudah berani mengumpat orang lain.
“Orang mendirikan solat diancam dengan neraka Wail, bagi yang melupakan tujuan solatnya, mereka solat hanya semata kerana manusia (riak) dan enggan membantu orang lain, yakni dengan solat yang tidak mampu mengubah sifat buruknya.” (Surah Al- Ma’un: 4-7)
PERBAIKILAH SOLAT
Wahai manusia! peliharalah solat. Perbaikilah solat. Kerana dengan solat yang khusyuk dan sempurna barulah solat itu dapat mencegah dirimu daripada melakukan hal keji dan mungkar.
Perbanyakkan menghadiri majlis ilmu yang mengajar tentang fekah, dalamilah ilmu agama dengan sebaiknya supaya boleh membersihkan hati dan ilmu yang dipelajari boleh diterapkan dalam diri sendiri,keluarga serta dalam kehidupan seharian.
Cubalah solat dengan seikhlas hati. Perhatikan bacaan, biasakan diri melakukan perkara sunat dalam solat, bacalah sambil menghayati maknanya sekali.
InsyaAllah kita akan dapati, bahawa kita tiada masa untuk mengingati perkara lain selain daripada Allah sahaja.
Berusahalah sedaya upaya untuk perbaiki solat kita dari semasa ke semasa. Sama ada Allah menerimanya ataupun tidak, bukanlah itu menjadi urusan kita. Yang paling penting, kita sudah pun melaksanakan perintah Allah dengan sesempurna mungkin.