Penampilan diri memang sangat penting untuk dijaga. Kebiasaannya kita pasti akan menjaga kecantikan wajah hingga terlupa aspek penjagaan lain seperti kuku. Eh, tak bolehlah macam tu! Kecantikan kuku haruslah diambil kira juga.
Bagi mendapatkan kuku yang cantik, para hijabi mestilah amalkan langkah-langkah ini tau.
Diet pemakanan yang baik adalah penting bagi menjaga kecantikan dan kesihatan kuku. Makanan yang mengandungi vitamin B boleh mengelakkan kerapuhan kuku, zink untuk menghilangkan bintik putih,zat besi dan kalsium bagi kekuatan kuku, vitamin A dan C bagi menghalang kekeringan dan kusaman. Oh, jangan lupa minum air yang banyak!
Kuku yang basah dan lembap membuatkan bakteria mudah membiak dan menyebabkan kuku mudah retak dan pecah. Pastikan ia sentiasa kering dengan mengelapnya selepas melakukan aktiviti berkaitan dengan air.
Bukan hanya tubuh badan sahaja, kuku juga perlukan pelembap tau! Jika hijabi malas menggunakan pelembap khas untuk kuku, hijabi boleh sahaja menggunakan losen badan dan sapukannya pada seluruh badan termasuklah kuku sebelum tidur.
Gunakanlah sarung tangan ketika melakukan kerja rumah misalnya waktu mencuci pinggan ataupun bilik air kerana ada sesetengah bahan pencuci yang bersifat kasar dan boleh merosakkan kuku.
Jika hijabi rasa leceh untuk menjaga kuku sendiri, hijabi bolehlah berkunjung ke salon kuku terdekat. Sekali sekala memanjakan diri, apa salahnya bukan? Kuku lebih terjaga, kita juga akan lebih gembira!
MENARIK BULAN INI:
Jerawat bukanlah penghalang untuk menjadi cantik. Tidak perlu bersedih ada solusi terbaik untuk merawat masalah kulit berjerawat. Sesi LIVE FIT HIJABI yang bakal diadakan pada 09 Julai 2021 ini jam 3pm, Hijabista menampilkan Pakar Dermatologi, Dr Liyana Dhamirah untuk berbicara mengenai masalah jerawat dan anda di jemput menyaksikan LIVE ini. Jangan lupa janjitemu kita ya!