Kasihan melihat gadis ‘Orang Kelainan Upaya’ (OKU) dibuli di TikTok, selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa, tampil membela gadis tersebut di laman Twitternya.
Menerusi ciapannya itu, Neelofa berasa sedih apabila melihat gadis yang dikenali sebagai Puteri Bulan itu dibuli sedangkan dia hanya mahu berseronok sahaja.
“Sedih apabila dia (Puteri Bulan) terpaksa menghadapi tomahan negatif sedangkan dia cuma mahu menyebarkan perkara positif dan bergembira sahaja. Teruskan menjadi kamu Puteri Bulan! Sentiasa sebarkan aura yang baik!”
I need to say this. I cant stand seeing her cry because she was bullied bu literal CHILDREN. nampak sangat tak cukup kasih sayang budak budak ni. Orang OKU pun nak buli. Dengki semacam @/puteribulan25 (her tiktok) pakai iphone 11 pro siap nak suruh dia prove. pic.twitter.com/GAt8OhVIPZ
— eilish 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@Farahalien) October 15, 2020
Ramai warganet yang turut mempunyai pendapat yang sama dengannya dan berasa sedih kerana yang membulinya itu merupakan daripada kalangan pelajar sekolah lagi. Sememangnya penggunaan gajet oleh kanak-kanak bawah umur ini perlukan bimbingan daripada ibu bapa mereka.
Apa-apapun, moga Puteri Bulan terus ceria melalui kehidupannya dan tidak menghiraukan mereka yang cuba membulinya ini. Smile always Puteri Bulan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI