Perasaan putus cinta itu memang menyakitkan. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah mengalaminya, mereka pastinya akan mengatakan perkara yang sama. Ada juga yang bertindak melulu hingga mahu bunuh diri kerana merasakan hidupnya sudah tidak bermakna lagi apabila ditinggalkan.
Bertenang sis. Ya, tidak salah pun untuk bersedih. Menangislah. Namun, sentiasa berpada-pada dalam melakukan sesuatu. Bila sudah sayang, kita akan mudah bertindak mengikut perasaan. Maka, ingatlah semula pada Yang Esa.
Baru-baru ini PU Azman telah memuat naik sebuah gambar berserta kapsyen mengenai seorang kenalan yang baru putus cinta di laman instagramnya. Buat mereka yang patah hati, cuba dengar nasihat ringkas daripada beliau ini.
Cik man gelak bukan apa. Dari dulu lagi dah bebel jangan kapel sepanjang waktu belajar.
.
Dia degil jugak pertahankan buah hati dia. Takpa cik man, dia baik, dialah intan payung, dialah angel, dialah maleficent.
.
Haaa now ambik kau.
.
Kesimpulannya, dalam dunia ni ada dua kerjaya yang hampir sama tapi kesan berbeza.
.
Jaga bangunan dan jaga jodoh orang.
.
Jaga bangunan bila habis waktu meninggalkan bangunan.
.
Jaga jodoh orang, bila habis waktu ditinggalkan bersendirian.
.
Selamat jaga jodoh orang di lain masa ya. kalau ada overtime, kasi cik man tau.
View this post on InstagramA post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on
Mudah saja penerangannya namun sampai ke hati! Bagi mengelakkan kita terjaga jodoh orang lain, maka kita haruslah sentiasa meletakkan segala harapan kita pada Allah dan bukannya pada manusia kerana manusia akan sentiasa melukakan hati. Percaya pada Tuhan. Be positive and the right person will come to you!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Melancong Di Thailand, Anda Perlu Dapatkan 8 Barangan Halal Daripada 7-Eleven. Terbaik Dan Jimat!
Usai melawat banyak tempat yang menjadi tarikan menarik di Thailand, menginap di beberapa tempat penginapan yang paling indah dan menjelajah pasar jalanan untuk membeli-belah utama, ada satu perkara terakhir yang perlu dilakukan iaitu singgah ke kedai 7-Eleven?
Ya, betul! Sebagai salah satu tempat kegemaran pengunjung di Thailand, kedai serbaneka ini mempunyai banyak perkara hebat untuk ditawarkan. Sama ada anda sedang mencari snek dalam perjalanan pulang ke rumah atau sekadar mengidam hidangan larut malam yang lazat, anda boleh menemuinya di sini di 7-Eleven!
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Ini Kongsi Pes Tom Yam Yang Wajib Dibeli Kalau Nak Sedap Macam Masakan Thai Asli
Jom lihat beberapa item ini cukup untuk anda mengisi kekosongan perut di waktu malam atau waktu senggang:
1. CP Burger
Jika anda pertama kali di 7-Eleven Thailand, anda perlu dapatkan burger CP! Sebagai barangan yang sangat digemari di sini, ia sesuai jika anda sedang dalam perjalanan dan memerlukan makanan ringan.
Burger pek tunggal yang lazat ini datang dalam pelbagai perisa seperti stik ayam lada hitam, ayam pedas, ayam & keju dan juga stik udang dan ikan. Tidak kira mana yang anda pilih, pasti akan kembali untuk mendapatkan lebih banyak lagi selepas gigitan pertama itu?
BELI DI SINI: SHOPPE
Nota: Burger tidak dipisahkan dengan sewajarnya, jadi pastikan anda menyemak logo halal sebelum membuat pembelian anda.
2. BKP Sosej
Lebih kerap daripada tidak, ada orang cenderung untuk membuat makanan mereka sendiri semasa dalam perjalanan. Jika anda berfikir untuk berbuat demikian, maka produk BKP ini harus ada dalam senarai anda.
Buat sandwic atau hotdog dengan menambah daging berperisa ini pada roti dan walla! Anda baru sahaja menyediakan hidangan berperisa untuk diri sendiri. Dan kerana ia begitu lazat, snek terus keluar dari paket adalah sama baiknya! Anda tidak perlu menghakimi makanan kegemaran ramai ini!
BELI DI SINI: SHOPEE
3. Mee Segera Perisa Tom Yum Ruski
Ia bukanlah perjalanan yang lengkap ke Thailand jika anda belum pernah menikmati makanan berperisa Tom Yum! Walaupun kedai serbaneka mungkin tidak kelihatan seperti tempat untuk mendapatkan tawaran sebenar masakan Thai, mi segera ini mungkin mengubah fikiran anda. Mee Segera Perisa Tom Yum Ruski adalah syurga dalam secawan? Daripada mi kenyal hingga sup wangi, nikmati snek hangat dan asli ini pada bila-bila masa sepanjang hari. Anda juga boleh memilih dua perisa halal mereka yang lain, Stewed Beef dan Creamy Tom Yum.
BELI DI SINI: SHOPEE
4. Meiji
Apabila bercakap tentang minuman, Meiji menakluki semua! Okay, mungkin bukan semua tetapi ia pasti berada di bahagian atas senarai dan selepas sedutan pertama, anda mungkin bersetuju mengenai perkara ini.
Dengan pilihan perisa yang berwarna-warni seperti pisang, strawberi, coklat, kopi, minuman yang menyeronokkan ini adalah cara yang bagus untuk mengalahkan kepanasan Thai ? Ia juga cenderahati yang menakjubkan, jadi jangan lupa tinggalkan sedikit ruang di dalam bagasi anda!
BELI DI SINI: SHOPEE
5. Hidangan pek Ezy Choice
Rasa semput tetapi tidak mempunyai tenaga untuk merayau mencari makanan? Di sinilah hidangan pek Ezy Choice datang untuk menjimatkan hari!
Simpan makanan siap sedia ini di dalam bilik hotel anda dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro setiap kali anda berasa lapar. Hanya dalam beberapa minit, anda akan menikmati hidangan yang enak dan hangat sambil berehat dengan selesa di atas katil. Walaupun ia mungkin tidak semewah yang dihidangkan di restoran, ia adalah alternatif yang baik apabila anda ingin menjimatkan masa dan tenaga.
6. Kopi Arabus
Jika anda rasa akan terlepas minum kopi pagi semasa melancong di Thailand, fikirkan semula! Minuman khusus ini diberikan kepada semua penggemar kopi. Arabus Coffee ialah cara terbaik untuk memulakan hari anda dan dengan pilihan empat perisa untuk dipilih, mocha, latte, espresso dan caramel. Sejujurnya, anda tidak perlu menjadi penggemar kopi untuk menikmati yang ini!
BELI DI SINI: SHOPEE
7. Pizza Alfredo
Mengidam sesuatu yang sedikit cheesy? Kemudian barisan produk berasaskan piza Alfredo semestinya ada dalam bakul membeli-belah anda. Menawarkan lebih daripada sedutan, ia juga mempunyai gulungan, burrito, bungkus dan juga calzone! Ada sesuatu untuk semua orang di sini, jadi beritahu semua peminat piza anda tentang produk hebat ini kerana anda tidak akan silap apabila keju terlibat?
8. Sue Sat Mee Segera
Bosan dengan mi segera lama yang sama? Jangan takut, kerana 7-Eleven di sini bersenjata dengan segala-galanya kecuali yang biasa! Berjalan menyusuri lorong mi dan temui diri anda di kawasan ajaib mi cawan segera. Antara pelbagai jenis yang anda akan lihat berbaris di rak ialah Mee Segera Sue Sat. Jika anda berasa lebih mencabar dan ingin memperkenalkan perisa baharu kepada citarasa anda, maka pastikan untuk mendapatkannya?
Bersedia untuk mencerahkan fikiran anda apabila anda menikmati sama ada Keju Volcano atau Makanan Laut Susu Tsunami! Perisanya sama menarik dengan pembungkusan yang comel, jadi jangan lupa untuk mengambil gambar sebelum menyelam terus ke dalam mi.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Resepi Buat ‘Banana Pancake’ Original Macam Di Thailand. Makan Panas-Panas, Fuh!
Dengan lebih daripada 10,000 cawangan 7-Eleven yang terletak di seluruh Thailand, tiada sebab untuk tidak melihat apa yang tersedia untuk anda di sini! Dan siapa tahu, anda boleh pergi dengan lebih daripada satu item di tangan anda?
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berpuasa Tapi Masuk Neraka, Allahuakbar Apakah Yang Menyebabkan Sampai Jadi Begitu
Bagi mendapat keampunan daripada Allah melalui ibadat puasa, maka puasa perlu dilaksanakan mengikut tatacara yang betul. Harapan kita agar puasa yang ditunaikan ini diterima oleh Allah.
Walau bagaimanapun berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi sebenarnya ianya lebih daripada itu.
BERPUASA TETAPI MASUK NERAKA
1. Dalam berpuasa ini, elakkan diri kita dari menyakiti orang lain. Tidak kira samada menyakiti mereka di dalam media sosial, secara verbal atau bertulis. Ini kerana perbuatan tersebut akan mengganggu kualiti puasa seorang muslim.
2. Dalam sebuah hadis, seorang sahabat pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ tentang seorang perempuan yang berpuasa, tetapi suka menyakiti jirannya. Sahabat tersebut bertanya:
إِنَّ فُلَانَةَ تُصَلِّي اللَّيْلَ ، وَتَصُومُ النَّهَارَ ، وَفِي لِسَانِهَا شَرٌّ تُؤْذِي جِيرَانَهَا سَلِيطَةٌ ، قَالَ : لَا خَيْرَ فِيهَا ، هِيَ فِي النَّارِ
“(Wahai Rasulullahﷺ), terdapat seorang perempuan yang bangun Qiyamullail dan berpuasa pada siang hari, tetapi dia menyakiti jirannya dengan kata-katanya. Rasulullah lantas bersabda: “Tiada kebaikan di dalam amalannya. Sesungguhnya dia di dalam neraka.” (Musnad al-Bazzar)
3. Ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari. Sabda Rasulullah ﷺ:
مَن لم يَدَع قولَ الزور والعملَ به والجهل، فليس لله حاجة أن يدَع طعامه وشرابه
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang tidak elok malah beramal dengannya serta (tidak meninggalkan) kejahilan, maka tiada gunanya di sisi Allah buat mereka yang meninggalkan makan dan minum mereka itu.” (Sahih al-Bukhari)
4. Hadith ini mengajar kita bahawa, dalam berpuasa, kita bukan sahaja perlu menahan diri dari makan minum, tetapi mengelakkan diri dari menyakiti saudara Muslim kita.
Semoga Allah membimbing kita.
HIJABISTA: Ketika berbuka puasa, tubuh memperoleh semula sumber tenaga dalam bentuk glukosa untuk setiap sel hidup khususnya sistem otak dan saraf. Ruginya bagi sesiapa yang meninggalkan ibadah puasa tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Sumber kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi Top image: Photo by khats cassim from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Anda Yang Difitnah Boleh Amalkan Surah Yasin Ayat Ke-76 Dan 7 Doa Rasulullah
Tiada manusia yang gemar difitnah, tetapi memang ramai manusia yang tidak takut langsung akan dosa memfitnah. Kerana fitnah ini juga pelbagai kes muncul dengan melibatkan saman menyaman dan sebagainya. Kita juga sering mendengar ungkapan “dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh”, apakah maksudnya?
Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh adalah disebabkan oleh situasi yang berlaku. Antara perbuatan yang berkaitan dengan fitnah ini adalah sengaja melaga-lagakan orang hingga tahap bergaduh, sengaja mengadakan cerita yang tidak betul dan sebagainya. Fitnah juga merupakan salah satu dosa besar.
Bahaya Fitnah sama-sama kita mengamalkan doa dari fitnah dan mengawasinya.
Buat mereka yang difitnah anda boleh mengamalkan surah di bawah ini. Doa di bawah ini mententeramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau kecewa. Doa ini adalah dari surah yasin ayat ke 76 yang bermaksud;
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
Doa Yang Diamalkan Rasululallah SAW
Marilah kita sentiasa menghindari sebarang bentuk fitnah serta sentiasa menginsafi bahawa saudara-saudara kita adalah sejuzuk daripada diri kita semua. Kami tegaskan di sini yang fitnah itu adalah bersifat tidur sepertimana sabda Rasulullah SAW:
الفِتْنَةُ نَائِمَةٌ لَعَنَ اللهُ مَنْ أَيْقَظَهَا
Maksudnya: Fitnah itu bersifat tidur. Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya.
Riwayat al-Rafi’e dalam al-Amali. Hadis ini bertaraf dha’if
tetapi makna nas sahih. Inilah pendapat sebahagian ulama’ hadis.
Al-Imam al-Munawi berkata: Fitnah dan tribulasi dan setiap yang menjadi masyaqqah dan kesukaran kepada seseorang, begitu juga ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya dinamakan fitnah. (Lihat Faidh al-Qadir, 4/461)
Begitu juga, dalam mengelakkan daripada fitnah, sewajarnya kita mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa munajat kepada-Nya. Kami nyatakan di sini doa yang ma’thur daripada Nabi SAW tatkala menghadapi ujian fitnah, antaranya:
-
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat daripada Anas R.A:
يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.
Riwayat Imam Ahmad (12107), al-Tirmizi (2140), al-Baihaqi dalam
Syu’ab al-Iman (757) dan al-Tabarani dalam al-Du’a (1261)
-
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Ibn Abbas R.Anhuma:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الخَيْرَاتِ ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ، وَإِذَا أَرَدْتَ بِعِبَادِكَ فِتْنَةً فَاقْبِضْنِي إِلَيْكَ غَيْرَ مَفْتُونٍ
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah.
Riwayat al-Tirmizi (3233)
-
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abi Burdah bin Abdillah, daripada bapanya:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِهِمْ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan Kamu sebagai benteng pada leher-leher mereka dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka.
Riwayat Abu Daud (1537)
-
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Ibn Abbas R.Anhuma:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.
Riwayat al-Bukhari (6345) dan Muslim (2730)
-
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Anas R.A:
اللَّهُمَّ أَنْتَ عَضُدِي وَأَنْتَ نَصِيرِي وَبِكَ أُقَاتِلُ
Maksudnya: Ya Allah! Engkaulah kekuatanku dan Engkaulah penolongku dan dengan-Mu aku berperang.
Riwayat al-Tirmizi (3584)
-
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Sa’ad bin Abi Waqqas R.A:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang yang zalim.
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (1864)
-
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abu Bakrah R.A:
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ
Maksudnya: Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Engkau.
Riwayat Abu Daud (5090)
Justeru, selagimana kita menyayangi saudara kita yang merupakan sebahagian daripada kita yang wajib kita jaga hubungannya, maka Allah SWT akan menyayangi kita dan merahmati kita, serta meredhainya.
Semoga Allah menyayangi diri kita semua dan menempatkan diri kita semua di syurga-Nya. Kami akhiri artikel kali ini dengan doa:
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari angkara kaum yang kafir.”[Surah Yunus: 85-86]
SUMBER: MWP
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI