Apabila menjadi ratu sehari, pastinya kita mahu kelihatan cantik jelita daripada hari-hari biasa. Iyelah, bukannya selalukan dapat rasai momen begini. Namun, saat itu boleh bertukar menjadi mengecewakan jika ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Seperti yang berlaku kepada Yana Nazaruddin
, dia berkongsi rasa sedihnya apabila tidak mendapat solekan seperti yang diharapkan daripada jurusolek yang diupah.Tambah menyakitkan hati, jurusolek tersebut tidak berasa bersalah padanya dan hanya berdiam diri apabila dihubungi.
Bagaikan pelangi yang muncul selepas hujan, posting yang dimuat naik oleh Yana itu telah mencuri tumpuan jurusolek terkenal iaitu Mua Bellaz.
Rasa simpati terhadap Yana, Mua Bellaz berniat mahu menaja solekan dan busana perkahwinan yang baharu bagi menggembirakan dirinya.
kredit: Nabilah Zulyadaini, Yana Nazaruddin