Apabila menjadi ratu sehari, pastinya kita mahu kelihatan cantik jelita daripada hari-hari biasa. Iyelah, bukannya selalukan dapat rasai momen begini. Namun, saat itu boleh bertukar menjadi mengecewakan jika ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Seperti yang berlaku kepada Yana Nazaruddin, dia berkongsi rasa sedihnya apabila tidak mendapat solekan seperti yang diharapkan daripada jurusolek yang diupah.
Tambah menyakitkan hati, jurusolek tersebut tidak berasa bersalah padanya dan hanya berdiam diri apabila dihubungi.
Bukan itu sahaja, pakej busana yang ditempah daripada butik milik jurusolek tersebut juga mengecewakan kerana pakaiannya sudah lusuh manakala tiaranya sudah hampir reput.
Ramai yang memberikan reaksi di ruang komen dan berasa kasihan terhadap dirinya. Mereka juga berpendapat wajah aslinya jauh lebih cantik daripada ditatarias sebegitu.
Bagaikan pelangi yang muncul selepas hujan, posting yang dimuat naik oleh Yana itu telah mencuri tumpuan jurusolek terkenal iaitu Mua Bellaz.
Rasa simpati terhadap Yana, Mua Bellaz berniat mahu menaja solekan dan busana perkahwinan yang baharu bagi menggembirakan dirinya.
Berikutan itu, ramai yang teruja dengan niat yang dikongsikan Bellaz ini dan tak sabar menyaksikan hasil sentuhannya nanti. Alhamdulillah, rezeki!
kredit: Nabilah Zulyadaini, Yana Nazaruddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI