Sedih Dan Stres Sepanjang Hari, Cuba Dengar Lagu Untuk Gembirakan Hati Yang Luka

Share

Siapa sahaja yang tidak suka mendengar muzik, sudah pasti setiap orang mempunyai genre muzik tersendiri tidak kira balada, jazzrock, dan sebagainya. Jadi anda tahu tak bahawa muzik juga mempengaruhi mood kita?

Adakah betul muzik berkebolehan sebegitu atau ia sekadar bualan kosong sahaja? Ya, terdapat kajian yang menunjukkan emosi kita boleh terangsang dengan lagu yang kita dengari.

Dengar lagu ubah emosi menjadi lebih ceria

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa muzik mempunyai kesan kepada emosi–mungkin ia membawa kepada positif mahupun negatif berpandukan muzik tersebut. Muzik juga diakui dapat bantu menyingkirkan kesedihan dan juga kegelisahan serta ia dapat meningkatkan rasa bahagia dan baiki emosi.

Menurut Hellodoktor, beberapa pakar beranggapan muzik dapat membantuk mengurangkan potensi kemurungan dan kegelisahan oleh kerana ia dapat beri kesan yang banyak di bahagian otak. Hippocampus, prefrontal, dan korteks adalah bahagian otak yang memainkan peranan untuk mengendalikan emosi dan juga perasaan dalm pengurusan aspek rentak, meter, timberpitch sesuatu muzik.

Artikel berkaitan: Reaksi Penonton Video Muzik ‘Siapa Tak Mahu’, Rupanya Ini Cerita Sebalik Persalinan Putih Yang Digayakan Dato Siti

Ahli terapi juga menggunakan muzik sebagai alternatif untuk mengajar individu yang menghidapi strok atau bagi individu yang lembam untuk bercakap kembali atau tidak mampu bercakap dengan jelas. Juga terapi itu boleh membantu perubahan emosi sebagai rawatan kemurungan dan kegelisahan. Ada beberapa lagi kegunaan muzik yang lain, antaranya:

Muzik dapat memberi emosi positif

Seperti yang kita tahu, kebanyakan orang yang sedih sering menggunakan alternatif lain untuk mengekspreskan perasaan mereka itu kepada sesuatu benda. Jadi muzik menjadi salah satu alternatif buat kebanyakan orang kerana apabila anda mendengar lagu yang bernada menenangkan, ia dapat menyumbangkan kepada serotonin, hormon yang berperanan penting untuk mewujudkan rasa bahagia dan keselesaan.

Muzik juga mampu mengeluarkan satu hormon yang di panggil dopamin, neuroytransmiter yang penting untuk meningkatkan emosi. Hormon sperti norepinephrine juga terhasil dengan banyak jika seseorang itu mendengar muzik yang gembira.

Gelombang otak di ubah suai

Bukan sahaja berfungsi untuk mengubah emosi anda dari sedih kepada gembira, ia juga boleh mengubah emosi yang bakal muncul secara bila-bila. Gelombang di otak akan dapat berubah oleh muzik walaupun ia tidak kedengaran. Ini terbukti bahawa mendengar muzik adalah sinonim dengan rasa positif selama berjam lamanya.

Begitulah hebat juga muzik yang mampu mengubah persepsi serta emosi kita. Tetapi muzik bukanlah penawar untuk segala-galanya, sudah tentu anda perlu bertafakur dan juga mendapatkan rawatan yang sebetulnya untuk membantu anda jikalau menghadapi masalah depresi atau kemurungan yang teruk.

Sumber info dan gambar: Hellodoktor dan Canva

Artikel berkaitan: “Biarlah Apa Yang Mereka Ingin Katakan, Saya Mahu Jadi Diri Sendiri..”- Penyanyi Bunga Ulas Isu Muzik Rap Dan Imej Berbaju Kurung!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee