Dalam hidup ini, kita tidak boleh terlalu berkira sesama manusia. Jika berkemampuan, hulurkanlah bantuan pada mereka yang nasibnya kurang baik.
Sebak membaca perkongsian oleh Mohd Zulhairi Zainol ini apabila kisahnya bertemu dengan seorang bapa yang tidak cukup wang bagi menguruskan jenazah anaknya yang masih bayi lagi jika diamati menerusi gambar.
Alhamdulilah selesai,sadis kesah brader nie”..padahal pagi tadi dia dah bawa jenazah anaknya ini untuk di uruskan di tempatnya”..di sebabkan dikenakan caj rm300.00 si ayah nie xmampu dah orang tu xnak uruskan”…???
dibawa kembali anak ini ke hospital nasib baik lah team forensik maklumkan pada hery,terus hery dtg bantu dan uruskan mandi&kafan serta dikebumikan.
nie lah di antara sumbangan kalian hery salurkan..
baby kecik mcm nie pon nak caj rm300.00
modal hery tadi hanya rm20.00 je
Alhamdulillah, bapa kepada anak syurga ini dipertemukan dengan manusia yang bertimbang rasa dan dapat memudahkan urusannya. Moga dia dan juga saudara Heri dipermudahkan urusannya dan dikurniakan ganjaran daripada Tuhan. Al-fatihah buat anaknya.
kredit: facebook Mohd Zulhari Zainol