Dalam hidup ini, kita tidak boleh terlalu berkira sesama manusia. Jika berkemampuan, hulurkanlah bantuan pada mereka yang nasibnya kurang baik.
Sebak membaca perkongsian oleh Mohd Zulhairi Zainol ini apabila kisahnya bertemu dengan seorang bapa yang tidak cukup wang bagi menguruskan jenazah anaknya yang masih bayi lagi jika diamati menerusi gambar.
Dikenakan caj RM300 sedangkan dia hanya mempunyai sebanyak RM150.
Alhamdulilah selesai,sadis kesah brader nie”..padahal pagi tadi dia dah bawa jenazah anaknya ini untuk di uruskan di tempatnya”..di sebabkan dikenakan caj rm300.00 si ayah nie xmampu dah orang tu xnak uruskan”…???
Bawa kembali ke hospital dan takdir Tuhan, mereka dipertemukan…
dibawa kembali anak ini ke hospital nasib baik lah team forensik maklumkan pada hery,terus hery dtg bantu dan uruskan mandi&kafan serta dikebumikan.
Dia maklumkan pada hery hanya ada rm150.00 sahaja,hery ckp simpan sahaja duit tu”….
terus ayahnya pelok hery…..dan berterima kasih pada kalian semua.
Hanya bermodalkan RM20 sahaja…
nie lah di antara sumbangan kalian hery salurkan..
baby kecik mcm nie pon nak caj rm300.00
modal hery tadi hanya rm20.00 je
Alhamdulillah, bapa kepada anak syurga ini dipertemukan dengan manusia yang bertimbang rasa dan dapat memudahkan urusannya. Moga dia dan juga saudara Heri dipermudahkan urusannya dan dikurniakan ganjaran daripada Tuhan. Al-fatihah buat anaknya.
kredit: facebook Mohd Zulhari Zainol
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walau Putus Cinta Waktu Sambung Master, Najwa Latif Berjaya Raih Result Cemerlang 4 Flat
Lama tidak mendengar cerita penyanyi muda yang pernah popular dengan lagu-lagunya iaitu Cinta Muka Buku, Kosong dan Untuk Dia tidak lama dahulu.
Sudah menamatkan pengajian ijazah sarjananya (Master) di Universiti Malaya pada usia muda iaitu 24 tahun, Najwa yang juga seorang pensyarah berkongsi perasaannya yang terharu kerana tidak percaya mampu melakukannya sehingga ke tahap ini.
“Wawa nak kerja ma. Wawa tak nak sekolah dah. Wawa tak nak belajar.”
View this post on InstagramA post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on
Who would have thought this girl yang pernah cakap dekat mama “wawa nak kerja ma. Wa tak nak sekolah dah. Wawa tak nak belajar” time form 4 dulu ended up dapat result sem last master dia yang dia dapat today. The best thing yang happened this morning was I called my mom and told her about my results, she said “alhamdulillah, Thank you wawa. Mama happy.” I cryyyy.
Bila everyone cakap I won’t make it. I believe them and wawa bukan jenis nak prove I’m best dekat semua orang. But, I work with what I have. Fortunately, I have my family, abang Azahari (my best manager), my good friends yang believe and encourage me to finish whatever that I’ve started. They also remind me to have fun dalam buat apa wawa buat. Wawa putus cinta time master. That explains my weight yang korang banyak sangat sebut tu.
Tapi korang nak tahu apa Tuhan bagi lepastu? Peluang untuk bernafas and cuba jadi lebih baik lagi. Family yang percaya pada wawa when wawa tak percaya diri wawa. Kawan-kawan yang sangat baik (terima kasih tolong, reply whatsapp bila wawa tanya pasal project paper even pukul 1,2 pagi). Supervisor yang paling cool dalam dunia ni (Dr Rashid if you’re reading this, thank you!). Students yang banyak perangai tapi best. (thank you for helping me to see life as fun as it is).
You see, when you feel like banyak benda you dah plan tak jadi, have faith. Allah tahu yang terbaik. Look around. Bersyukur. Usaha cari. Banyak nikmat Allah bagi. Kita nak nampak atau tak je. Kalau semua orang rasa korang tak cukup bagus for them, you don’t have to prove to them. Prove to yourself that you are enough. While I’m writing this, wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan wawa ada yang dah ada boyfriend, tuning, kahwin, ada anak. Tapiii guess what? Berkat doa semua orang, wawa habis master, grad this year In shaa Allah.
Soo, takda boyfriend takpa, tapi wawa dapat Nampak 4 for the first time dalam hidup ni. Heheheheh. Alhamdulillah. I know I rarely say this tapi Mama, Ayah, Wawa harap I make you proud this time. Walaupun Cuma dari jauh. Thank you sebab selalu doakan wawa. #captionwawapendekjegradnanti #tahuannoyinggilabacaessaycamni #donejadihater
kredit: instagram @njwalatif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Sebagai Wanita Berhijab, Harap Dapat Beri Inspirasi’- Wajah Iman Troye Hiasi Times Square New York
Penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Iman Troye meluahkan rasa terujanya apabila wajahnya kini terpampang di papan iklan New York City Times Square, Amerika Syarikat.
Rasa sangat bersyukur, pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, itu juga berasa seronok kerana diberi peluang untuk mewakili negara Malaysia dan Indonesia bagi iklan Spotify tersebut.
mama muka adik kat billboard! 🥺❤️ Alhamdulillah! so glad to be featured on Equal, representing Malaysia & Singapore on New York City Times Square!✨ terima kasih semua!!! @spotifyasia <3
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini. Ini satu kejayaan besar buat saya yang masih agak baru dalam industri muzik tempatan.
“Apatah lagi sebagai seorang penyanyi wanita berhijab, ia sesuatu yang diharap memberi inspirasi. Moga ini juga menjadi penyuntik semangat untuk saya terus berkongsi bakat.
“Selain itu, saya turut berterima kasih atas segala doa dan sokongan yang tidak pernah padam daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat saya,” jelas penyanyi lagu Nang itu.
Dihujani ribuan komen, ramai peminat dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah buatnya termasuklah Sherry Alhadad dan Sarah Suhairi.
Buat pengetahuan semua, Iman Troye merupakan artis tempatan keempat yang menghiasi papan iklan itu selepas Yuna, Layla Sania dan juga kumpulan Dolla.
sumber: Kosmo
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Laris Bak Pisang Goreng Panas, Jovian Mandagie Derma 100% Hasil Jualan Mask Kepada Palestin
Mahu menolong negara Palestin yang kini sedang diserang tentera Israel, pereka fesyen terkemuka negara, Datuk Jovian Mandagie berusaha mengumpul dana untuk mereka dengan melancarkan pelitup muka bercorak bendera Palestin.
Menariknya, beliau tidak akan mengambil keutungan waima satu sen pun kerana 100% hasil penjualan pelitup muka ini akan disumbangkan buat bumi Palestin.
This is JOVIAN MASK FOR PALESTINE. A mask for SOLIDARITY, a mask for HUMAN RIGHTS, a mask that shouts out #FREEPALESTINE! 100% sales will go straight into helping our brothers and sisters in PALESTINE
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
( Account & NGO to proceed
will be finalised )Order & donate via www.jovian.com.my now
Bagai pisang goreng panas, pelitup muka ini laris di pasaran apabila seribu keping tempahan telah ditempah hanya dalam masa sepuluh minit.
BEYOND EXPECTATION! I’M SPEECHLESS, may Allah bless you all! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! WE STAND TOGETHER FOR #FREEPALESTINE
Terus laris di pasaran sehingga ‘sold out’, pelitup muka ini telah mendapat permintaan yang tinggi daripada rakyat Malaysia hingga ramai yang meminta Jovian untuk terus membuka slot tempahan lagi selepas ini.
Namun, disebabkan limitiasi penghasilan pelitup muka tersebut, pengambilan tempahan terpaksa dihentikan seketika bagi mengelakkan masalah timbul di kemudian hari.
Alhamdulillah, hasil sokongan daripada semua RM 213,005 telah berjaya dikumpul dalam tempoh kurang dari 12 jam. Bakal disumbangkan ke saluran yang betul, moga usaha suami kepada Datin Nina Sabri ini akan mendapat keberkatan dari Yang Esa. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI