Nama pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura adalah figura yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air.
Malah, sejak bergelar isteri kepada aktor kacak, Fattah Amin dan ibu kepada seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya kehidupan Fazura dilihat bahagia dan lengkap.
Terbaharu, ketika ditanya apakah perancangan beliau pada tahun baharu 2023 ini, Fazura mendedahkan bahawa dia dan suami kini sedang berusaha mahu memiliki anak kedua, memandangkan puteri sulung mereka, Fatima kini sudahpun mencecah usia 3 tahun.
Tambahnya lagi, sekiranya direzekikan hamil anak kedua, Fazura berharap agar Allah mengurniakan cahaya mata lelaki pula, sekaligus menjadi pengkap kepada keluarga kecil mereka kini.
“Memang kami merancang untuk memiliki cahaya mata kedua pada 2023 kerana anak pertama Nur Fatima Aisya akan mencecah usia 3 tahun nanti.
“Fatima petah bercakap dan pemikirannya seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.
“Kalau ada rezeki, kami mahu cahaya mata lelaki tetapi kalau dapat cahaya mata perempuan pun kami terima kerana yang penting bayi yang dilahirkan itu sihat,” katanya.
Namun Fazura dan Fattah akur dengan ketentuan ilahi, kerana menurutnya apabila bercakap soal anak ini adalah rezeki dari Allah dan sekiranya hamil tetapi melahirkan bayi perempuan sekali lagi mereka menerima dengan hati yang terbuka dan redha.
Malah, Fazura yang menyatakan ketersediaanya membuka ‘kilang anak’ telah pun mempunyai perancangan , sekiranya mendapat rezeki untuk bersalin pada penghujung tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Fazura berkata, dia juga bakal muncul dengan projek filem terbaru pada tahun ini.
“Kalau boleh saya nak bersalin pada penghujung tahun ini tetapi ada projek filem baru pula nak keluar.
“Filem itu akan diuar-uarkan oleh penerbit nanti.
“Selain itu, saya juga ada perancangan untuk buat projek drama bersiri. Projek album baru pula masih belum siap kerana saya sibuk dengan bisnes.
Fazura berkata demikian, ketika hadir sebagai tetamu jemputan pada majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di sebuah hotel, baru-baru ini.
Selain itu, pada acara berkenaan, pelakon utama filem ‘Pisau Cukur’ itu juga telah dianugerahkan ‘Nona Hijab Business Award,’ kerana kejayaan penjualan tudung yang begitu tinggi bak ‘goreng pisang panas’ dibawah jenama Fazbulous.
Artikel berkaitan: “Cantik Rupa, Cantik Akhlak…” Peminat Terharu Lihat Fazura Tak Kekok Layan Pesakit Kanser
Sewaktu disoal apakah cara yang dilakukan figura jelita ini untuk membahagikan masa antara keluarga, bisnes dan kerjaya seni, ini respon yang diberikan Fazura.
“Alhamdulillah, hidup saya sangat tenang sekarang. Sudah pasti saya perlu bijak mengatur masa untuk menguruskan Fatima, suami, bisnes dan kerjaya seni.
“Memang kami sibuk tetapi perlu cari masa untuk meluangkan masa berkualiti di rumah. Saya sangat bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya,” ujarnya.
Sekadar Info, Fazura dan Fattah diijabqabulkan pada 27 November 2017 hasil dari perkongsian hidup selama empat tahun itu, pasangan sama cantik sama padan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Fatima yang lahir pada 2 Oktober 2020.
Sumber: Nona Superwomen Award & Instagram Fazura
Artikel berkaitan: Akhirnya Jumpa ‘Kembar Yang Terpisah’, Fazura Memeluk Wanita Yang Seiras Wajahnnya Seolah-olah Adik-Beradiknya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.