Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana banjir, meskipun bukan secara langsung tetapi hati mana yang tak luluh melihatnya. Bantuan dihulurkan tidak mengira bangsa dan agama.
Apa yang menarik perhatian Hijabista subjek tudung menjadi keutamaan si pemberi. Sangat terharu apabila yang memberi bukan agama islam dan melayu. Menurut sumber dari mStar, seorang wanita India memberi sumbangan berupa ratusan tudung kepada mangsa banjir. Indahnya si pemilik jati yang mulia ini!
“Saat negara ditimpa malapetaka tak perlu fikir bangsa, jika ada sifat kemanusiaan anda yang tidak terjejas akibat banjir, inilah masanya ‘kumpul pahala’.” Kongsi wanita ini.
Menerusi temubual bersama mStar, Kalavathy Rasalingam seorang usahawan berusia 48 tahun mempunyai stok jualan tudung pada 2018 yang disimpan baik di dalam stor. Hasratnya untuk menghadiahkan pada rakan-rakan islam yang terkesan dengan bencana ini sebagai cenderamata.
Keadaan tudung hampir 400 helai yang baik tersimpan di dalam plastik masih dalam keadaan elok. Menurut wanita ini semua yang terjadi adalah hikmah, niat nak menghadiahkan tudung sebagai cenderahati kini diagihkan untuk mangsa banjir.
Simpati dengan mangsa banjir yang tinggal sehelai sepinggang, Kalavathy perihatian dengan tuntutan syariah, wanita islam perlu memakai tudung. Kesesuain inilah menjadi tunjak wanita ini nekad sedekah baki tudung yang dalam simpanannya. Sumbangan tudung-tudung ini akan diserahkan pada mangsa-magsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam dan Karak dengan kerjasma sukarelawan Pahang.
Bukan sekadar tudung, Kalavathy dan kumpulan sukarelawan juga menyediakan makanan untuk mangsa banjir dengan kerjasama sebuah kuil Shirdi Baba di Batu Caves, Selangor. Membeli barang makanan dan masak sendiri, Idea untuk menyediakan makanan sarapan, makan tengah hari dan malam dengan bantuan sukarelawan lain menerusi tajaan pengangkutan ke lokasi.
Menu yang disediakan oleh Kalavathy, mudah dan boleh dijamu oleh semua seperti nasi goreng vegetarian dengan campuran kentang goreng dan sambal. Lebih 800 bungkus makanan diagihkan sejak Isnin lalu, sekitar Selangor ketika pasca membersihkan kawasan banjir oleh penduduk dan sukarelawan.
Barang-barang keperluan yang disumbangkan, kebanyakkannya dari rakan-rakan, orang perseorangan dan pelanggan, ujar pengusaha di pusat rawatan dan kecantikannya yang terletak di Prima Sri Gombak. Sumbangan berupakan barangan keperluan seperti syampu, sabun madian, bahan pencuci rumah dan pakaian terpakai, tambahnya lagi.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
SUMBER: mStar