Sedar Diri Pendosa, Lelaki India Ini Sanggup Puasa 365 Hari Lepas Dikurniakan Hidayah Peluk Islam!

Share

Saban hari selalu kita lihat ramai diantara umat manusia yang menerima hidayah dari Allah yang maha esa, meski mempunyai latarbelakang dan sejarah yang berbeza sebelum berhijrah menganuti agama Islam.

Begitu jugalah yang berlaku kepada seorang lelaki berketurunan India yang akhirnya memeluk Islam kerana merasakan kekosongan jiwa, walaupun kehidupanya sudah berjaya dan menyayangi serta menyanjungi ibunya dengan sepenuh jiwa raga.

Jiwa Kosong, Nampak Berjaya Tapi Hati Semakin Tenat!

@mukagangster Replying to @MUHAMMAD AMIRUL HUSNI ini kisah saya. @SaudagarMerah thank u abgku.#mukagangster #anakmak #titew #botak #rxybca #longbeard #trendingnewsmalaysia #amma #islam ♬ Allah Allah Aghistna Ya Rasulullah – Puja Syarma Official

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pemilik nama Muhammad Mikhael Sathayah menerusi sebuah muatnaik video di aplikasi TikTok miliknya menggunakan akaun pengguna @mukagangster

Menerusi video berkenaan Mikael menceritakan tentang bagaimana dia tercuit hati untuk memeluk Islam serta perjalanan hijrah miliknya sehingga akhirnya jiwanya terasa tenang dan amat bermakna.

Menurut Mikael, sebelum memeluk Islam dirinya merasa sangat kosong sehingga tidak tahu apakah erti kehidupan yang sebenar. Malah, dia telah berkali-kali berusaha untuk mengisi kekosongab tersebut namun tidak membuahkan hasil.

“Saya cuba mengisi kekosongan. Tetapi kesakitannya semakin hari semakin menjadi-jadi. Diluar nampak berjaya tapi hati saya dalam kesakitan. Apa yang kurang? Saya sayang mak saya, mak saya segala-galanya bagi saya.

“Namun pada satu pagi iaitu waktu subuh, dia terdengar satu suara seakan memberi ‘petunjuk’ kepadanya. Menurut Mikhael, meskipun pada waktu itu dia tahu apakah maksud di sebalik petunjuk itu namun dia tidak mengendahkannya. Malah dia terus mengejar dunia namun hatinya tetap tidak tenteram.

“Mencari nur yang tidak kesampaian, jiwa ini meronta sampai subuh suatu pagi. Terdengar suara yang indah, aku yang cipta kamu tapi ini yang aku beri pada kamu. Terima sahajalah. Apakah maksud soalan itu? Saya tertanya-tanya apakah jawapan untuk soalan itu. Saya rasa saya tahu tapi saya masih tidak mahu menerima,” ujarnya.

Tak Sangka Mak Begitu Baik, Terima Penghijrahan Mikael Dengan Berlapang Dada

@mukagangster Ramai yang bertanya titew, bagaimana perasaan Berjumpa dengan Ustad @Ebit Lew. Disini titew kongsisan . Thank you semua. #mukagangster
#anakmak #titew #botak #rxybca #longbeard #hitamitupremium #beritatiktok #emceerock #ramadhan2023 #ramadhan ♬ Allah – Allah Aghisna (Band Version) – Nazwa Maulidia

Namun, pada suatu hari Mikael berkata, dia akhirnya mendapat hidayah untuk memeluk islam dan mengumpul keberanian untuk memaklumkan perkara itu kepada ibunya.

“Sampai dah dapat jawapan. Saya beritahu mak, ‘Mak, saya nak masuk Islam’. Mak terdiam, terkejut lepas tu, mak tersenyum dan beri kebenaran. Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak dah tak ada anak, anak mak dah mati. Sampai kata hidup saya macam ni sebab mak terlalu manjakan saya.

Artikel berkaitan: Pemuda ‘Billionaire’ Pemilik Kelab Malam Terima ‘Hidayah’ Allah, Selepas Mendengar..

“Mak seorang mak yang baik. Mak hadiahkan saya sejadah. Mak sentiasa teman saya ke masjid. Terima kasih mak walaupun kita berlainan agama, mak tunggu luar masjid. Mak tak hiraukan saudara mara, cakap sesiapa. Mak terima saya,” jelasnya.

Tambah Mikael lagi, sebaik sahaja menganut agama Islam dia merasakan hati semakin tenang dan damai. Malah, segala kerunsingan yang dialaminya lenyap sekelip mata.

Justeru, merasakan dirinya seorang pendosa, Mikael sanggup berpuasa selama setahun demi menyucikan dirinya dari dosa-dosa lampau sehingga kesihatanya terjejas, meskipun dia sedar perkara itu adalah ditentang di dalam Islam kerana mendatangkan kemudaratan.

“Banyak sangat dosa sampai saya berpuasa sepanjang tahun walaupun Islam larang. Saya puasa 360 hari, aidilfitri dan raya haji. Lain-lain hari saya puasa nak hilangkan dosa. Sampai saya sakit,” katanya.

Apa yang lebih membuatkan Mikael bahagia selepas memeluk agama Islam adalah menerima rezeki yang tidak disangka apabila, Mikael akhirnya berjaya membeli sebuah rumah dan berjiran dengan ibunya yang begitu baik dan tulus menjalaninya sebagai seorang anak, walaupun berlainan agama.

Sumber: TikTok @mukagangster

 Artikel berkaitan: Aktivis ‘Anti Islam’ Ini Akhirnya Dikurniakan Hidayah, Terbuka Hati Peluk Islam!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir