Baru-baru ini, pelakon Syafi Tee telah terpalit dengan sebuah kontroversi apabila sebuah video mirip wajahnya dikatakan bercumbu tersebar di media sosial.
Turut terkena tempias daripada isu ini adalah ayahnya sendiri iaitu seorang pendakwah terkenal, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Tidak berdiam diri, beliau tampil memberikan maklum balas mengenai isu tersebut bagi menjawab persoalan semua.
“Sehari dua ini heboh dan viral habis cerita anak saya dan dibabitkan dengan saya. Maaf, atas kesibukan tugas seharian. Saya tidak dapat memberikan kenyataan dengan pantas. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat.
“Ramai yang sayang saya dan keluarga saya. Kepada yang bersama saya, memberikan nasihat, menegur cara baik, moga Allah merahmatimu. Kepada yang bertepuk tangan dan bergembira, terima kasih juga seadanya.
“Apa yang berlaku, tidak akan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan ini. Saya akan terus melaksanakan kewajipan saya sebagai seorang Muslim, menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, sama ada secara lisan mahupun tulisan, meskipun ia berlaku kepada anak sendiri.
“Umat Islam hari ini terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan walaupun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri. Ini suatu ujian daripada Yang Maha Esa dan Maha Pencipta. Ujian ini akan terus mematangkan kita.
kredit: The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli
“Benar sekali, iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna. Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina-dina ini.
“Saya sudah melakukan yang terbaik untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah dan pasrah. Saya juga menceburi bidang seni sejak memeluk Islam lebih 30 tahun lalu. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni hiburan.
“Ujian datang dan pergi. Semakin kita diuji, kita menjadi semakin kuat, bukan semakin lemah. Jangan kerana ujian ini, menjadikan kita kecewa dan alpa akan tanggungjawab kita sebenarnya,” jelas beliau.
Ridhuan juga memaklumkan bahawa dia akan terus bersuara bagi menjalankan tugas menegur pihak yang melakukan kesalahan walaupun anaknya itu terlibat dengan kontroversi panas.
Beliau juga bersyukur dan mengucapkan terima kasih kerana semua yang mengambil berat mengenai dirinya serta anaknya selain berharap ujian yang menimpanya juga menjadi pengajaran buat semua pihak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mengadakan lawatan ke rumah perlindungan Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV / AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim) untuk menyantuni anak-anak dijangkiti HIV dan Aids, perkongsian Shasa menimbulkan stigma sesetengah netizen yang kurang cakna.
Sebuah video yang dikongsi oleh hijabi yang dikenali dengan nama Shasa Aziz menarik perhatian warganet.
“Hish you ni, tak ada penyakit cari penyakit banyak lagi benda boleh buat nak juga gigih pergi jumpa budak-budak HIV semua bagai ni memang undang naya,” komen seorang netizen.
Stigma terbabit turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan ia meraih perhatian ramai.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Wowowowo jangan marah aku. Aku faham pasal awareness ni tapi wondering nape ada lagi persoalkan macam comment ig tu. Jangan marah aku 😭🙏🏻
Pasangan HIV boleh berkahwin, mengandung dan mempunyai anak. Yang penting perlu ada pre-pregnancy counseling by the doctor yang merawat dahulu. Doktor kena pastikan viral load pesakit terkawal. Apapun berbincanglah dengan doktor yang merawat.
Menjengah ke Instagram Shasa, wanita ini turut mengulas mengenai stigma yang diterima.
“I don’t normally share this but, I feel like I need to. Sha tak expect video yang Sha posted a few days ago menarik perhatian some Instagram users.
“Ramai yang terkejut tindakan Sha memegang adik Siti yang postive AIDS. First of all, my intention was to bersedekah, selain nak hadiahkan Gift Box @olaolihq Travel Kit sekali gus meraikan Ramadan dengan anak-anak anugerah ni. Tak expect boleh bersua rapat.
“Just to share, Sha dah buat body check, I’m fine sihat and no open wounds (luka terbuka) for precaution. So kita taklah datang bawak gloves sebab hakikatnya HIV or AIDS cannot be transmitted via touching unless ada open wound.
“Maka demi untuk betul-betul capai objective and intention kita, Sha tak pakai gloves, lagipun ia untuk menjaga hati anak-anak ni,” tulisnya yang menegaskan HIV atau AIDS tidak mudah untuk berjangkit kepada orang lain.
Shasa yang merupakan seorang doktor pakar audiology dan juga usahawan Ola Oli yang memasarkan SuperOla, suplemen untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak turut memuji usaha pengasas PERNIM, Datin Norlina Alawi yang mengorbankan masa dan tenaga menjaga anak-anak ini.
“Buat pertama kalinya menjejakkan kaki di PERNIM dan pengasasnya, Datin Norlina Alawi seorang figura yang berjiwa besar.
“So lepas launch Ola & Oli hari tu, Sha selalu fikir mana lagi nak buat CSR ni kan, selalu asyik anak yatim je so this time, Sha try pula cari anak-anak HIV. Something different cause SuperOla is all about immune system right! Jadi macam kenalah dengan anak-anak HIV / AIDS ni yang sememangnya memerlukan makanan tambahan untuk increase imunisasi badan mereka.
“Macam dalam video ni, I sempat berbual dengan seorang pesakit AIDS yang dah memang kritikal. Nama dia Siti (dapat izin to share)
“Mama Norlina bukan saja mengambil dia sebagai anak angkat sejak kecil, malah menjaganya sampai sekarang bahkan turut mengislamkan Siti dan abangnya. Mulianya hati Mama. Siti dpt virus HIV yang currently dah convert to AIDS daripada ibunya.
“Sebak sangat bila tengok Siti yang dalam keadaan lumpuh, buta dan ada jangkitan kuman dalam otak & constantly cakap yang dia sayang Mama Norlina,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen hantaran Instagram Shasa, wanita ini meraih pujian netizen kerana membantu anak-anak HIV dan AIDS serta menghentikan stigma buruk terhadap penghidap penyakit tersebut.
“Proud of you, some people need to be educate more about HIV/AIDS disease plus precaution,” komen seorang pengikut Shasa.
“Spread the awareness. Just touch them. Hug them. Kiss them. The real killer is stigma. The disease is easily managed in this day and age and it does not transmit with touch,” tulis seorang wargamaya.
“Good you raise the awareness. AIDS ni ramai sangat ada stigma sampai pegang pun masih rasa boleh berjangkit,” ujar seorang netizen.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap wanita pasti mempunyai cabaran dan pengalaman yang tersendiri sewaktu sedang hamil. Ada yang mengidam macam-macam, alami mual serta loya dan macam-macam lagi.
Bagi pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah, pengalamannya mengandung anak kedua kali ini adalah berbeza seperti yang sebelumnya. Jika dahulu dia sering muntah, namun kali ini dia hanya merasa mual angin sahaja.
“Pregnancy kali ini beza betul. Memang betullah orang ckp, setiap anak tu lain-lain. Waktu Khadeejah dulu memang muntah sampai 4 bulan. Baby kali ini tak ada muntah, just mual angin.
“Cuma selalu tekak kering. Bangun 2-3 pagi waktu Ramadhan dulu, habis 500 ml botol air mineral. Rasa dehydrated sangat. Waktu Khadeejah dulu memang setiap masa nak air bandung, nak beli emas, nak melawa.
“Kali ini rasa nak air kosong, nak berjalan, nak pakai baju paling simple. Hmmm agak-agak girl ke boy eh?
Alhamdulillah Aisyah dah 5 bulan. So far memang baby terlebih aktif, dengan Khadeejah pun dah suka lompat, panjat sini sana. Pinggang dah start sakit, nak kena dukung Khadeejah.
“Dia pula dah start nak cium perut, pegang adik dia. Dah macam-macam ragam. Doakan semoga urusan Aisyah dimudahkan & 2nd baby ni mudah dijaga, mudah dibentuk, mudah segalanya & dijauhkan dari kezaliman & maksiat,” coretnya di instagram.
Di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi rasa yang sama seperti Aisyah dan meneka mungkin kali ini jantina bayi yang dikandungkan adalah lelaki.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malam tadi, bekas pengacara rancangan 999, Zakiah Anas telah membuat kemunculan khas sebagai penyampai berita Buletin Utama di TV3.
Penampilan istimewa personaliti televisyen berusia 55 tahun itu bersama 11 lagi bekas penyampai TV3 adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 38 stesen berkenaan yang akan diraikan pada 1 Jun ini.
Tetap anggun seperti dahulu, kemunculan Zakiah yang telah digandingkan bersama rakan penyampai Khairul Rizuan Azizan mendapat perhatian ramai terutamanya daripada peminatnya yang rindu dengan kehadirannya di kaca televisyen.
Di ruangan komen di Instagramnya, ramai yang menitipkan rasa rindu dan teruja dengan kemunculan istimewanya ini yang disifatkan sesuatu yang telah lama dinantikan oleh para peminatnya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.