Pengacara dan usahawan jelita, Ameera Zaini yang kini sedang sarat hamil memaklumkan di laman sosial bahawa anak lelakinya iaitu Mateen kini berada di wad ICU.
Menurut Ameera, Mateen telah dikejarkan ke sana kerana kepalanya terhentak selepas terjatuh dari kerusi kelmarin.
Ameera walau bagaimanapun mengucapkan syukur kerana Mateen kini berada dalam keadaan stabil dan semakin menunjukkan perkembangan yang baik.
“Assalamualaikum semua. Sebagaimana semua tahu kami sekeluarga excited dan tak sabar nak menanti kelahiran Adik Baby.”
“Sekarang Meera dah tahu kenapa Allah kata belum lagi. sebab Allah sayang kami, dia nak uji kami dulu. Mateen terjatuh dari kerusi semalam and terhentak di kepala. Mateen is currently monitored in the ICU. Alhamdulillah he is stable and showing a positive progress.”
“Meera mohon sangat-sangat kepada semua yang baca posting Meera ini, di bulan Ramadhan yang mulia penuh rahmat ini, mohon doakan Mateen Bin Hasnor Rozaini terus dikurniakan syifa, kesembuhan, dan diangkat segala kesakitannya. Semoga tiada apa yang memudaratkan malah semoga semuanya lebih baik untuk Mateen.”
“Doakan Meera kuat dan tenang juga because due to my condition yang tengah sarat ini, I was advised to just stay at home. Malam ni akan jadi malam pertama Meera berjauhan dengan Mateen.”
“Mommy sayang Mateen. Mommy rindu Mateen sangat-sangat.”
Berat ujian yang dihadapi oleh Ameera dan keluarga ini. Pastinya ramai yang merindukan telatah Mateen yang comel lagi bijak ini.
InsyaAllah, sama-samalah kita mendoakan agar Mateen kembali sembuh dan sihat seperti sebelumnya. Amin.