Sebutir-sebutir Macam Telur Ikan, Wanita Ini Kongsi Tip Buat Sagu Gula Melaka

Share

Memang ramai peminat sagu gula melaka. Tak kira muda atau tua, sajian pencuci mulut ini sentiasa menjadi rebutan. Namun hendak buat sagu melaka yang cantik adakalanya menjadi masalah.

Mungkin ada yang pernah alami sagu yang terlalu lembik atau keras kerana tidak cukup masak. Perkongsian Nur Aqilah Jufri pasti dapat membantu anda mendapatkan hasil sagu yang cantik. Jom kita cuba.

Resepi Sagu Gula Melaka 

Bahan-bahan:
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain 😁)
2 sudu gula Melaka
1 ketul gula merah
1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung (tak ada pun tak apa)

Cara-cara membuat:
1.Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).

2.Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna.

3.Untuk kuah, masukkan susu cair, air (saya sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung & garam. >Biarkan masak seketika.

4.Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu.

*TIPS SAGU*
1.Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.

2.Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.

3.Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.

4.Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.

Macam telur ikan.

5.Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.

6.Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.

Sagu gula melaka ini memang sedap dimakan ketika musim-musim panas. Terasa sejuk bila ‘sampai’ ke tekak. Selamat mencuba!

Sumber kredit: Nur Aqilah Jufri   

 

Published by
Norhasliza