Telatah Siti Aafiyah, puteri kesayangan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza memang menghiburkan semua apatah lagi dia kini makin petah berbicara walaupun usianya baharu menginjak dua tahun.
Sentiasa mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya, kelibat Aafiyah di laman instagram ibunya sentiasa dinanti-nantikan oleh semua.
Terbaharu, dia mencuri tumpuan ramai apabila menyebut ‘Datuk Siti Nurhaliza’ sewaktu ibunya sedang merekod video.
Sebagai rekod, Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan anak perempuannya itu pada 19 Mac 2018 yang lalu pada jam 8.17 pagi secara pembedahan.
Beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sepakat memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.