Dalam usia 30 tahun sepatutnya matlamat kewangan yang kukuh sudah dicapai bagi menjamin kehidupan yang lebih selesa. Perbelanjaan harus setimpal dengan pendapatan dan gaji bulanan yang diterima. Golongan anak muda perlu lebih prihatin dalam soal pengurusan kewangan.
Dalam hidup kita mesti ada matlamat. Jika kita tiada matlamat, kita tiada hala tuju. Ibarat memanah tanpa sasaran. Kita akan buat kerja sia-sia tanpa matlamat dan target.
Usia muda kita sangat berharga. Apa yang kita buat di usia muda akan memberi kesan kepada kita di usia tua kelak. Orang hipster dan urban macam kau cakap, “Alahh, rilek la, kita muda lagi. Enjoylah puas-puas. Jom travel dulu. Tengok dunia”
Enjoy biar berpada-pada ye. Jangan sampai berhutang sakan. Masuk umur 40 tahun mula la nak menyesal. Baru nak kenal erti penyesalan.
10 perkara di bawah bolehlah dijadikan sebagai panduan untuk mencapai matlamat kewangan sebelum kau berusia 30 tahun:
1. MEMPUNYAI SUMBER PENDAPATAN SENDIRI
Tak kiralah apa pun pekerjaan kau yang penting kerja yang halal dan sah di sisi undang-undang. Kau sudah ada kerja yang kau suka. Kau boleh hadapi tekanan kerja. Kau ada pendapatan yang baik dan tetap.
Apa yang penting usaha. Usaha cari pendapatan dan stabilkan keadaan ekonomi kau. Bukan hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.
2. MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN BAIK
Tidak kiralah apa pun kerja kau sama ada kau bekerja sebagai kejuruteraan pam minyak ataupun kejuruteraan cashier, kau mestilah sudah mahir menguruskan hal ehwal kewangan sendiri. Kau dapat bezakan yang mana kehendak dan keperluan. Kau tahu aliran keluar masuk wang kau. Ini tidak, bila dapat gaji, duit kau terus pupus tak tahu ke mana.
Buat bajet kewangan. Bila dah dapat gaji, rancang apa yang perlu dibayar, apa yang perlu dibeli dan sebagainya. Barulah kewangan kau akan lebih terurus.
IKLAN
3. MEMPUNYAI TABUNG SIMPANAN
Mempunyai beberapa tabungan. Buatlah tabung simpanan, tabung kecemasan, tabung pelaburan, tabung umrah, tabung percutian dan pelbagai tabung untuk kegunaan kau. Tabung/dana kecemasan ini sangat penting di saat kau menghadapi ujian atau masalah. Sediakan tabung kecemasan sekurang kurangnya 3-6 bulan gaji kau.
Kalau kau tak dapat simpan banyak, cubalah simpan dengan nilai yang sedikit terlebih dahulu. Asalkan menyimpan.
4. MEMBELI SEKURANG-KURANGNYA SEBUAH RUMAH SEBAGAI ASET
Membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai aset. Ya. Rumah. Sudah mula bekerja sila setkan minda membina tabung untuk membeli rumah. Jika kau membeli rumah sebelum umur 30 tahun, ansuran bulanan menjadi rendah disebabkan boleh ambil tempoh pembiayaan yang panjang. Rumah mahal? Tak mampu simpan untuk deposit rumah? Teruskan menggali ilmu hartanah ni. Jangan duk main Facebook je.
IKLAN
5. MEMPUNYAI PELAN PELABURAN
Melaburlah dengan bijak. Jauhi skim cepat kaya, skim yang membawa keuntungan cepat. Realiti kekayaan tiada jalan pintas. Kalau berjaya kaya cepat pun, tak kekal lama. Banyak pelaburan di Malaysia yang dijamin kerajaan contohnya ASB. Simpan di tabung haji pun boleh juga asalkan tetap dan berterusan dan lebih 10% gaji setiap bulan.
Keupayaan melabur sebenarnya bergantung kepada keupayaan kau mengawal kehendak diri sendiri. Jangan cakap tak mampu sebelum mencuba. Tak mampu melabur banyak, melaburlah dalam nilai yang kecil terlebih dahulu.
6. MEMPUNYAI PERLINDUNGAN PELAN TAKAFUL
Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Jadi, sediakan tabung untuk pembiayaan masa kau sakit nanti ataupun ditimpa kemalangan. Ambil takaful masa muda. Takaful itu penting.
7. MEMPUNYAI KENDERAAN BERSESUAIAN DENGAN KEMAMPUAN GAJI
Beli kereta tak salah. Yang salah adalah membeli kereta yang tidak sepadan dengan gaji. Gaji ciput tapi beli Honda City susah la. Habis separuh gaji buat bayar ansuran kereta. Nak makan pun duk pinjam kawan. Makan megi takpe, janji kunci kereta ada huruf H.
IKLAN
Ukur baju di badan sendiri. Beli kereta yang bersesuaian dengan pendapatan kau. Ini tidak, tak nak kalah dengan kawan yang pakai Honda City. Tengok la dulu. Gaji dia berapa dan gaji kau pula berapa.
8. BELANJA MENGIKUT KEMAMPUAN
Tak perlu bergaya hidup mewah sekadar nak menunjuk ke kawan-kawan kau. Padahal dalam bank kau simpanan tak sampai empat angka pun. Just be yourself. Belanja dan bergaya ikut kemampuan kau.
9. BEBAS DARIPADA HUTANG JAHAT
Kau bijak memilih untuk berhutang. Kau tak berhutang demi perkahwinan yang gilang gemilang. Kau kau bijak menolak hutang iPhone 7, kau tak buat hutang sofa dekat Courts. Jauhi hutang peribadi untuk perkara-perkara yang tidak penting.
10. MULA MEMBINA KELUARGA
Saya percaya dengan adanya keluarga, kau mampu berubah daripada tak reti uruskan kewangan menjadi orang yang reti uruskan kewangan. Sebab kau ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Isteri, anak-anak, mak dan ayah.
Ye la, lagipun ada seseorang yang boleh membantu kau dan memberi kau sokongan. Carilah teman hidup yang membuat kau bahagia. Senyuman dia kebahagiaan kau. Cewah. Sesungguhnya perkahwinan itu membuka banyak pintu rezeki.
Memiliki raut wajah yang awet muda sememangnya menjadi impian setiap wanita. Awet muda tidak hanya membuat wajah menjadi nampak lebih muda dari usia sebenar, malah memiliki kulit yang sihat di usia yang tidak ‘muda’ pastinya membuatkan hijabi lebih yakin kepada diri sendiri.
Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk merealisasikan impian mempunyai kulit yang tampak muda, tanpa perlu melakukan sebarang rawatan estetik yang menelan belanja dan kos begitu tinggi.
5 Jenis Buah Ini Jika Selalu Di Makan, ‘Confirm’ Buat Kulit Lebih Sihat Dan Awet Muda!
Antara perkara yang boleh dijadikan rutin mendapatkan kulit yang muda bak gadis remaja adalah dengan bersenam, mendapatkan rehat yang secukupnya, amalkan memakai sunscreen dan memakai produk bersifat anti penuaan (anti-aging).
Namun, ada satu lagi cara yang paling mudah untuk dilakukan Hijabi dirumah sahaja iaitu mengamalkan makan buah-buahan yang sememangnya terkenal baik untuk menjamin kesihatan kulit wajah dan badan, serta membantu melambatkan proses penuaan
Di sini Hijabista senaraikan lima jenis buah-buahan yang jika sering dimakan akan membuatkan kulit anda sihat, tegang dan awet muda. Jom semak!
1. Delima
Buah delima merupakan buah yang disering disebut sebagai buah yang baik untuk kesihatan kulit dan kaya dengan antioksida. Buah delima ini juga dapat mencegah terjadinya kedutan pada kulit.
Selain itu, delima juga disebut-sebut mampu meningkatkan kadar kolagen pada kulit. Jika anda tak suka makan delima, tapi masih mahu mendapatkan kulit awet muda. Boleh je jadikan delima sebagai jus untuk memperoleh manfaatnya!
2. Avocado
Buah seterusnya yang banyak memberi manfaat agar kulit kekal anjal dan remaja adalah buah Avocado. Menurut Healthline, buah Avicado juga kaya dengan antioksida sehingga membuat kulit lebih halus dan lembut. Avocado juga memiliki kandungan yang dapat melindungi kulit dari proses penuaan tau.
Kandungan vitamin A yang terdapat dalam setiap buah Avocado dipercayai mampu membersihkan kulit dari sel-sel kulit mati. Kandungan carotenoids pada Avocado ini juga dapat menghalang sebarang racun dari merosakkan kulit kesan dari terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan.
3. Blueberry
Buah blueberry merupakan buah yang kaya akan kandungan vitamin A dan C. Buah blueberry ini juga mengandungi Antosianin. Kandungan Antosianin ini dipercaya dapat menghalang segala kotorang bebas hinggap pada kulit anda.
Buah berwarna ungu tua ini juga mampu mencegah kerosakkan yang terjadi akibat paparan sinar matahari, dan pencemaran. Buah blueberry juga amat baik dalam mencegah terjadinya kehilangan kolagen dalam kulit.
4. Betik
Betik pula kaya dengankandungan antioksida, vitamin, serta mineral yang mampu memperbaiki keanjalan kulit. Buah yang kaya akan kandungan vitamin A, C, K, dan E mampu melambatkan penampakan garis halus pada wajah.
Betik juga mengandungi enzim yang dikenali sebagai Papain. Papain juga bersifat anti-inflamasi dan sering ditemukan dalam pelbagai produk yang mempunyai tujuan exfoliate.
5. Tembikai
Siapa sangka buah tembikai merah juga termasuk ke dalam kategori buah yang baik untuk kesihatan kulit? Kandungan vitamin A, C, dan E di dalamnya menjadikan buah berwarna merah ini sebagai pencegah terjadinya proses penuaan.
Ya! Buah tembikai juga dapat mencegah kulit agar tidak mudah berkedut atau kerepot.
Jadi kalau hijabi mahu kekalkan keanjalan kulit dan tetap awet muda. Mula lah jadikan amalan memakan buah sebagai rutin mulai sekarang!
Perempuan memang gemar membeli-belah. Namun, ada juga perempuan yang gemar memakai satu baju hingga lusuh. Walaupun dah lusuh, sayang pula rasanya nak buang baju tersebut.
Tidak hanya baju, terdapat banyak lagi item-item lama yang boleh diubahsuai menjadi sesuatu yang nampak baru. Ini ada beberapa trik yang boleh anda lakukan pada semua koleksi lama anda.
1. Kotoran Deodoran
Ini yang paling mengganggu hari anda. Kebanyakan baju mempunyai kesan putih yang jelas akibat deodoran. Cara menghilangkannya mudah saja. Hanya dengan menggunakan tisu basah. Mulai hari ini pastikan anda sentiasa membawa tisu basah untuk membersihkan kotoran deodoran tersebut.
2. Cara Mudah Regang Kasut
Kasut akan menjadi buruk jika anda tidak tahu menjaganya dengan baik. Ia akan membuatkan kasut kelihatan sedikit berubah dan hilang simetri. Untuk mengatasinya, isikan air sejuk dan ketulan ais ke dalam plastik dan masukkan ke dalam kasut. Selepas itu, letakkan kasut tersebut dalam peti sejuk. Ulang sehingga kasut mampu mencapai saiz sebenar.
3. Mencipta Ilusi Kurus
Sarungkan baju T secara berlapis untuk menyorokkan perut buncit anda. Paling penting, baju luar mesti ‘outstanding’, mempunyai motif bercetak dengan cetakan halus atau perincian jahitan yang unik. Tujuannya adalah untuk orang sekeliling mengalih pandangan.
4. Ubah Suai Baju Panas Lama
Setiap orang pasti menyimpan sekurang-kurangnya satu baju sejuk jenis kait . Baju anda boleh jadi stailo dengan memotong sebahagian lengan dan biarkan ia tidak dijahit. Sarung ketika anda sedang kesejukan terutama semasa di pejabat.
5. Kilatkan Semula But Lama
Kotoran pada but anda boleh hilang dengan menggunakan cuka. Jangan tidak tahu, cuka sememangnya baik untuk penjagaan barangan kulit.
6. Hilangkan Debu Pada Kasut
Anda mahu kembali menggayakan sepatu lama namun terdapat debu pada sepatu tersebut? Mudah je, cuma ‘buff’kan sahaja menggunakan pengilat kuku. INI MENARIK!
7. Baiki Kasut Yang Tercalar
Usah risau jika sepatu kesayangan anda sedikit rosak. Baiki sahaja kesan cela pada sepatu kulit dengan ‘petroleum jelly’.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang kehilangan suami selepas dua bulan bergelar suami isteri pada November tahun lalu.
Menerusi satu perkongsian video di IG wanita yang mahu dikenali sebagai Airin, 24 tahun, telah berkongsi momen dirinya berbadan dua. Sebak dan simpati dengan keadaan dirinya yang terpaksa melalui detik-detik kehamilan tanpa kehadiran sang suami di sisi.
Difahamkan bahawa suami Airin yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Ashraf, 25 tahun, meninggal dunia genap dua bulan perkahwinan mereka. Arwah mengalami serangan jantung ketika bermain futsal.
Berikut coretan pilu dan menyentuh hati.
3 hari selepas you pergi, i baru tau i pregnant you.. i mintak maaf i tak sempat nak bgtau you… Seminggu sebelum you pergi, setiap hari you cakap i pregnant.
Tapi bila i check, negative. Tapi u hari hari paksa i check lg 😂 you kata u yakin i pregnant. Hahaha. Tapi baby pun malu malu lg nk tunjukkan diri dia time tu. lepas ayah tkde, baru nk tunjukkan diri ye baby? Tkpe.. ayah mesti dah tau dulu tu.. hihi.
You taknk tengok i sedih lama lama kan? Sbb tu Allah bg hadiah ni kt i & family kita.
Semoga Allah mudahkan urusan i & anak kita ye you.. semoga i dapat melatih diri i untuk jd ibu yg baik utk anak kita. I harap muka baby sebijik you! Boleh la i gomol dia tiap hari! Kurang sikit rindu i kt youuu hihi.
Meskipun berita gembira itu tidak dapat dikongsikan bersama suami tercinta, namun kehadiran zuriat itu sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu. Al-Fatihah.