Sebelum Tidur, Cuba Ambil 5 Makanan Ini Kalau Nak Tidur Lebih Lena

Share

Beban kerja yang banyak kadangkala menjadi punca anda keletihan hingga menyebabkan anda sukar untuk mendapatkan tidur yang lena. Usah biarkan diri anda dibelenggu dengan perkara yang tidak penting hingga ia mengganggu tidur anda.

Tetapi, tahukah anda bahawa makanan juga mampu memberi anda tidur malam yang lebih lena dan berkualiti. Namun, sebaiknya anda ambil makanan ini dua jam sebelum tidur bagi membantu proses pencernaan berjalan dengan lancar.

Kacang Almond

Kacang almond mengandungi magnesium yang mampu membantu anda tidur dengan lebih cepat dan dalam masa yang sama dapat merehatkan otot-otot badan. Ia turut mengandungi protein yang mampu menstabilkan kadar gula dalam darah ketika anda tidur. Kacang almond juga boleh membuatkan anda mudah tertidur dengan mematikan sirkulasi hormon adrenalin yang mengingatkan anda untuk beristirehat.

Teh Hijau

Elakkan diri daripada mengambil kafein sebelum tidur kerana kafein boleh menyebabkan anda tidak mendapat tidur yang lena. Namun, ada juga sumber kafein yang boleh memberi anda tidur yang nyenyak. Contohnya teh hijau. Teh hijau mengandungi Theanine yang juga membantu anda untuk tidur dengan lebih lena.

Pisang

Pisang mengandungi magnesium dan potassium yang baik untuk dapatkan tidur yang lebih lena. Sama seperti kacang almond, sumber mineral yang terdapat di dalam pisang boleh merehatkan otot-otot badan. Triptofan yang terkandung dalam pisang akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotonin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak. Jadi, tidur anda pasti lebih lena.

Susu

Susu juga mengandungi triptofan yang sama seperti pisang. Kalsium yang terkandung dalam susu membantu anda mengurangkan tekanan dan menstabilkan saraf otak.

Sup Miso

Kandungan asid amino yang ada di dalam sup miso dapat meningkatkan kadar hormon melatonin. Suhu sup yang panas juga akan membangkitkan rasa selesa dan tenang. Jadi, anda akan lebih mudah rasa mengantuk.

Sumber: anekaresepi.com

Published by
Naqiyatul Uzma