Sebelum KRITIKAL, Gadis Ini Sempat Kongsi Pengalaman Diserang STROKE Hingga Undang Simpati NETIZEN

Share

Sebelum ini dia adalah seorang gadis yang periang, boleh berjalan dan mempunyai lulusan diploma dalam bidang Mass Communication. Tetapi itu sebelum dia disahkan tidak boleh berjalan apabila diserang stroke. Kini, gadis yang bernama Nazira sedang kritikal disebuah hospital. Statusnya itu juga turut memohon netizen mendoakan kesihatannya. Namun sebelum itu, thread

yang ditulis di laman sosial menjadi viral.

Menceritakan bagaimana dia diserang stroke dan insan yang banyak memberi semangat pada dirinya. Tersentuh membaca thread gadis ini yang dikongsi di laman twitter miliknya.

Gadis yang menamakan dirinya Nazira memberitahu sebelum ini dia seorang gadis yang periang, tetapi kini langsung tidak boleh berjalan.

Tidak tahu apa punca sebenarnya tetapi dia jatuh pengsan ketika sedang bekerja dan mengalami pendarahan dalam kepala pada hari kejadian.

Akibatnya dia mengalami stroke sebelah kanan.

Beberapa kali berulang alik ke hospital untuk memasang tiub. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu dan dia juga turut melakukan fisio.

Susah untuk terima keadaan dirinya, tetapi lama kelamaan reda.

Hanya mampu terbaring sahaja.

Inilah orang yang setia menjaga dirinya.

Walaupun ibunya sudah meninggal dunia, tetai Nazira beruntung mempunyai adik beradik yang menjaga dirinya.

Juga mempunyai kawan-kawan yang sudi membawanya berjalan-jalan.

Bersyukur kakak belikan kerusi roda dan tidak sabar untuk menggunakannya.

Nazira cukup beruntung kerana thread yang dibuat Sebelum kritikal turut mendapat simpati netizen.

Malah ada juga turut berkongsi pengalaman mereka menjaga insan yang mengalami stroke.

 

 

 

 

 

Published by
Siti Zurina