Sebelum ini dia adalah seorang gadis yang periang, boleh berjalan dan mempunyai lulusan diploma dalam bidang Mass Communication. Tetapi itu sebelum dia disahkan tidak boleh berjalan apabila diserang stroke. Kini, gadis yang bernama Nazira sedang kritikal disebuah hospital. Statusnya itu juga turut memohon netizen mendoakan kesihatannya. Namun sebelum itu, thread yang ditulis di laman sosial menjadi viral.
Menceritakan bagaimana dia diserang stroke dan insan yang banyak memberi semangat pada dirinya. Tersentuh membaca thread gadis ini yang dikongsi di laman twitter miliknya.
Gadis yang menamakan dirinya Nazira memberitahu sebelum ini dia seorang gadis yang periang, tetapi kini langsung tidak boleh berjalan.
Tidak tahu apa punca sebenarnya tetapi dia jatuh pengsan ketika sedang bekerja dan mengalami pendarahan dalam kepala pada hari kejadian.
Akibatnya dia mengalami stroke sebelah kanan.
Beberapa kali berulang alik ke hospital untuk memasang tiub. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu dan dia juga turut melakukan fisio.
Susah untuk terima keadaan dirinya, tetapi lama kelamaan reda.
Hanya mampu terbaring sahaja.
Inilah orang yang setia menjaga dirinya.
Walaupun ibunya sudah meninggal dunia, tetai Nazira beruntung mempunyai adik beradik yang menjaga dirinya.
Juga mempunyai kawan-kawan yang sudi membawanya berjalan-jalan.
Bersyukur kakak belikan kerusi roda dan tidak sabar untuk menggunakannya.
Nazira cukup beruntung kerana thread yang dibuat Sebelum kritikal turut mendapat simpati netizen.
Malah ada juga turut berkongsi pengalaman mereka menjaga insan yang mengalami stroke.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Setahun Jadi Isteri Kedua, Nurul Zahid Luah Syukur & Jadi Wanita Lebih Istiqomah Pelajari Islam
Jika tahun lalu pada 25 Ramadan menyaksikan Nurul Zahid Ahmad Zahid sah menjadi isteri kepada suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff. Biarpun berstatus isteri kedua, namun dia yang mesra dipanggil Kak Long tidak menyesal dengan keputusan dibuat. Malah kehidupan bermadu yang dilaluinya dalam tempoh setahun ini cukup indah dan mendamaikan.
Hubungannya dengan isteri pertama sangat baik dan seolah-olah seperti kawan baik. Menyaksikan setahun usia perkahwinan, Nurul turut menyatakan kegembiraaannya di laman instagram yang juga ditulis ketika berada di tanah suci mengerjakan umrah bersama keluarga termasuk suami dan juga madunya, Datin Bahazanariah Baharudin atau Datin Nana.
Menjadi isteri sekali lagi walaupun berstatus isteri kedua.
This date. 25th Ramadan. A date to remember. Tarikh yang menjadikan saya seorang isteri sekali lagi setelah kematian suami. Tarikh keramat yang menjadikan saya sebagai isteri ke-2 seorang suami dan ‘adik’ kepada seorang wanita dan isteri.
Hikmah di sebalik kehilangan sebelum ini. Ternyata Allah hantikan dengan dua insan yang sudi mengambilnya jadi sebahagian hidup mereka. Nurul juga turut menyataka dia tidak menduga akan menjalani hidup bermadu.
Apa yang saya tidak tahu, hikmah disebalik kematian, Allah menggantikan saya dan anak2 dua insan mulia yang sudi mengambil saya sebagai sebahagian dari hidup mereka. Begitu jugak anak2 suami dan isterinya yang menerima adik2 tiri sebagai adik mereka dan sebahagian dari hidup mereka. Allah Maha Besar! Sesungguhnya saya tidak menyangka akan menjalani kehidupan sebagai wanita yang bermadu!
Perkahwinan ini juga menjadikan dia wanita lebih bertanggungjawab dan mempelajari agama Islam lebih istiqomah.
Dia Maha Mengetahui disebalik jodoh ini. Perkahwinan ini menjadikan saya wanita yang lebih bertanggungjawab dan ingin mempelajari agama Islam secara lebih mendalam dan istiqomah dalam setiap kejadian. Bukan semua wanita bermadu bernasib baik seperti saya dan Kakak. Saya menjadikan kakak sebagai rujukan terbaik untuk lebih mengenali suami. Saya kira, setelah setahun Kakak telah mengenali saya luar dan dalam.
Suami pesan peranan Al-Quran dalam hidup kita.
Alhamdulillah kehidupan bermadu tidak seburuk yang disangka andainya kita meletakkan agama, AlQuran n Sunnah sebagai panduan. Suami berpesan, bukan harta dunia yang kita kejarkan, Al Quran perlu didekati kerana ia menjadi peneman dan sahabat kita dikubur nanti sementara menunggu dibangkitkan semula.
Bersyukur dengan perkahwinan ini, moga kisahnya jadi pengajaran. Setahun yang cukup indah.
Alhamdulillah dan saya amat bersyukur dengan perkahwinan ini. Semoga kisah kami sama2 dijadikan pengajaran untuk kita melalui pengalaman perkawinan yang manis tidak kira samada perkahwinan berpoligami ataupun tidak, setiap perkahwinan perlu seorang nakhoda yang baik sebagai pemimpin keluarga serta pendamping mereka, isteri yang menjadi penenang jiwa. Inshaa Allah. One year and counting.. I love US, Lillahitaala
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NURUL ZAHID
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baca Yasin 7 Mubin, Niat Dan Hajat Untuk Menjauhkan Virus Yang Tular. Ini Cara Amalannya
Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang.
Bagi umat islam bersama kita amalkan ayat 7 mubin ini, berhajat dan berdoa kepada Allah agar virus korona-19 hapus dengan izinNya. Mintalah pada Allah SWT supaya kita sentiasa dilindungi dari mara bahaya dan dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.
Mukjizat dan hikmah dari Al Quran mempunyai pelbagai, yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.
Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.
Yasin 7 Mubin
Kali ini kita fokuskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;
1) Ayat 12 = Mubin Pertama
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
2) Ayat 17 = Mubin Kedua
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
3) Ayat 24 = Mubin Ketiga
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
4) Ayat 47 = Mubin Keempat
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
5) Ayat 60 = Mubin Kelima
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
6) Ayat 69 = Mubin Keenam
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
7) Ayat 77 = Mubin Ketujuh
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
Cara membaca Surah Yassin
Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin
Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
Langkahnya adalah seperti berikut:-
- Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
- Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.
- Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
- Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT sampaikan hajat dan untuk yang kehilangan (mengembalikan barang yang hilang), kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
- Cara-cara untuk membacanya ialah :
- Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
- Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
- Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
- Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut. Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susunan Rutin Penjagaan Kulit Anda Yang Betul, Mudah Dan Berkesan!
Susunan rutin penjagaan kulit anda yang betul. Kenapa ada jer yang tak betul? Kerana terdapat banyak maklumat salah dan nasihat yang pelbagai di luar sana, penghujung 2021 tapi anda masih lagi keliru.
Walaupun penjagaan kulit mungkin kelihatan seperti “pakai apa sahaja janji berkesan! Situasi ini tidak. sama sekali, kerana jika anda tidak melapisi produk anda dalam susunan yang betul atau jika anda menggunakan, pelembap yang salah dengan toner yang salah, boleh jadi produk anda tidak berkesan sama sekali atau lebih burukkan kondisi kulit wajah anda.
Di bawah ini, susunan yang betul untuk menggunakan produk penjagaan kulit anda, langkah-langkah yang anda pasti boleh langkau dan produk terbaik untuk jenis kulit yang tepat. Jom mulakan!
Tidak perlu rutin penjagaan dua belas langkah atau tujuh mahupun enam. Kebanyakan wajah jauh lebih baik dengan produk yang lebih sedikit, jadi jika anda baru bermula, permudahkan dengan pembersih, pelembap, pelindung matahari. itu sahaja. Kulit anda jenis kering? Mungkin masukkan minyak muka atau serum penghidratan. Mengatasi masalah jerawat? Tambah retinoid atau toner jerawat. Perlahan dan permudahkan!
Langkah 1: Pembersih
Tolong, demi kecantikan, tanggalkan solekan anda dan cuci muka sebelum menyapu produk anda. Untuk bahan-bahan menyerap dengan betul, anda memerlukan kulit bersih yang benar-benar bebas daripada minyak dan kotoran.
Maksudnya jika anda ingin melakukan sesuatu dengan betul, langkau kain lap solekan kerana ia meninggalkan lapisan sisa kotoran yang boleh merengsakan muka anda dan pilih untuk pembersihan minyak yang melarutkan semua solekan tanpa melucutkan kulit anda. Kemudian susulan dengan pembersih yang lembut dan berkrim, terutamanya jika anda mempunyai kulit berjerawat. Jangan mengeluh! Proses dua langkah ini adalah satu-satunya langkah yang diperlukan dalam keseluruhan rutin ini.
Langkah 2: Toner
Toner muka dahulunya adalah cecair berasaskan alkohol yang dahsyat ini yang merengsakan dan membuatkan anda pedih. Tetapi toner hari ini dipenuhi dengan bahan-bahan yang lembut dan menghidratkan untuk menyejukkan kulit kering atau dengan pengelupasan kimia untuk merawat jerawat. Toner tidak dimaksudkan untuk menjadi sesuatu yang melekat pada kulit anda dan terasa berat. Pada dasarnya hanya menyejukkan muka anda untuk bahan-bahan yang lebih baik diserap kemudian hari. Toner seperti kebanyakan langkah dalam senarai ini adalah pilihan sepenuhnya. Dan jika bau anda seperti penghilang pengilat kuku atau alkohol tulen? Buang dengan segera!
BACA JUGA ARTIKEL INI: Toner Atau Astringen? Terbukti Membantu Dan Berkesan Selesaikan Masalah Kulit Wajah Anda
Cari toner yang diisi sama ada BHA (asid hidroksi beta, seperti asid salisilik) atau AHA (asid alfa hidroksi, seperti asid glikolik atau asid laktik), yang berfungsi untuk membuka liang tersumbat, mencegah jerawat dan melarutkan bintik hitam dari semasa ke semasa. Jika anda mempunyai kulit kering, cuba AHA, dan jika anda mempunyai kulit berminyak, gunakan BHA.
Selepas pembersihan, ketik toner berasaskan asid anda pada kulit yang bersih dan kering setiap malam atau jika anda merancang untuk menggunakan retinol pada waktu malam, gunakan toner berasaskan asid anda setiap pagi, kemudian tunggu selama lima minit penuh atau, paling tidak, sehingga ia kering iaitu sebelum menggunakan apa-apa lagi. Dengan cara ini secara tidak sengaja akan meneutralkan asid sebelum toner berfungsi dengan ajaib.
Jika anda mempunyai jenis kulit lain…
Anda boleh memilih toner penghidratan, yang membantu menambah air yang hilang dari penghalang kulit anda apabila mencuci dan mengeringkan muka. Selepas pembersihan, ketik toner penghidratan pada kulit bersih dan kering anda setiap pagi, setiap malam, atau kedua-duanya.
Langkah 3: Serum
Ya, serum, produk yang anda cuba beli, tapi tak pernah benar-benar menggunakan dan menjadi panik yang anda abaikan kerana kekeliruan. Serum pada asasnya hanyalah tangkapan nutrien, penghidrat dan antioksidan yang sangat pekat yang benar-benar meningkatkan kesihatan kulit sebaik sahaja anda menggunakannya. Orang ramai sering melangkau penggunaannya, tetapi mereka sebenarnya adalah mengambil berat rutin penjagaan kulit. Serum adalah pilihan sepenuhnya, ia selalunya merupakan langkah pertama yang baik dalam meningkatkan rutin penjagaan kulit anda dan meningkatkan kesihatan kulit anda.
Susunan Rutin Penjagaan Kulit Anda Yang Betul, Mudah Dan Berkesan!
Pada waktu pagi…
Gunakan serum vitamin C yang melindungi kulit anda daripada keradangan dan kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan alam sekitar pada siang hari juga mencerahkan kulit dan bintik-bintik gelap dari semasa ke semasa. Jadi jika kulit anda sensitif, gunakan setiap pagi.
Pada waktu malam…
Pilih serum yang dipenuhi dengan asid hyaluronik, yang menarik air dari udara ke dalam kulit anda untuk menggebukan dan memastikan ia terhidrat semasa anda tidur. Jika anda menggunakan rawatan jerawat atau produk anti-penuaan, yang boleh mengeringkan dan menjengkelkan, sediakan kulit anda dengan kelembapan sebanyak mungkin terlebih dahulu. Pada asasnya, serum penghidratan adalah idea 10/10 jika anda juga menggunakan retinol.
Langkah 4: Krim Mata
Krim mata cenderung lebih ringan dan nipis daripada pelembap muka, jadi pastikan anda menggunakannya sebelum anda menyapu krim dan minyak wajah. Peraturan biasa apabila menggunakan penjagaan kulit adalah menggunakan yang paling ringan dahulu dan yang terakhir yang paling berat, kerana produk yang lebih nipis tidak boleh menembusi produk yang lebih tebal. Ya, ia menjengkelkan tetapi masuk akal, bukan?
BACA JUGA ARTIKEL INI: Krim Mata Terbaik Untuk Mengurangkan Garis Halus, Kantong Mata Dan Lingkaran Hitam. Ini Cara Aplikasi Yang Betul!
Namun, walaupun krim mata kelihatan seperti penjagaan kulit yang sempurna (dan anti-penuaan), ia sebenarnya tidak diperlukan untuk kebanyakan orang. “Selagi anda menggunakan pelembap dan pelindung matahari, kawasan mata anda sudah mendapat TLC yang diperlukan,” kata Dr Gohara. Tetapi jika anda ingin mencuba satu, berikut ialah cara untuk memilih:
Pada waktu pagi…
Cari krim mata yang mempunyai aplikator rollerball (bola keluli sejuk membantu sedikit dengan pengekalan cecair aka beg bawah mata, terutamanya jika anda menyimpan krim di dalam peti sejuk di antara penggunaan formula yang dipenuhi dengan kafein, yang membantu mengecut dan menegangkan bengkak di bawah mata buat sementara waktu dalam masa 20 minit.
Pada waktu malam…
Kebanyakan orang berpendapat krim mata malam mereka perlu mengandungi sejenis retinol untuk membantu garis halus, tetapi pada hakikatnya, kawasan mata anda adalah halus dan berisiko untuk ruam dan kerengsaan, jadi perlu yang bersikap lembut. Sebaliknya, krim mata yang ringkas dan menghidratkan yang akan melindungi bawah mata anda dan membaiki penghalang kulit anda semalaman. Ya, anda boleh dan harus menggunakan retinol di sekeliling mata anda, tetapi lebih baik sapukan retinoid ke seluruh muka anda daripada hanya merawat bahagian mata.
Langkah 5: Rawatan Bintik
Sebaik-baiknya, anda akan menggunakan rawatan bintik anda, sama ada untuk jerawat, parut atau bintik hitam pada waktu malam kerana ketika itulah badan anda bekerja paling keras untuk membaiki kulit. Tetapi jika anda sudah menggunakan toner yang melawan jerawat atau anda bercadang untuk melapisi retinol, cuba lakukan rawatan spot pada waktu pagi supaya anda tidak merengsakan kulit anda dengan terlalu banyak sekaligus.
Tidak kira bila anda menyapunya, pastikan anda menyapukan pelembap anda supaya ia benar-benar dapat menembusi kulit dan melakukan yang terbaik tanpa mempunyai halangan lain untuk menembusinya.
Untuk bintik hitam dan parut jerawat…
Pakar mengesyorkan menggunakan rawatan spot dengan sama ada hidrokuinon (bahan peluntur kulit yang berfungsi dengan pantas tetapi boleh merengsakan sesiapa sahaja yang mempunyai kulit yang sensitif) atau niacinamide (vitamin B3), yang mencerahkan secara perlahan-lahan tanda dan parut dari semasa ke semasa. Niacinamide boleh digunakan setiap hari, kebanyakan formula tidak akan menyebabkan kerengsaan, tetapi hidrokuinon harus digunakan setiap tiga hari sehingga anda tahu bagaimana kulit anda bertindak balas terhadapnya.
Untuk masalah jerawat dan jeragat…
Benzoyl peroxide membunuh bakteria penyebab jerawat, gunakan untuk whitehead manakala asid salisilik melarutkan minyak dan sel kulit, gunakan untuk pori-pori kecil yang tersumbat dan benjolan yang meradang.
BACA JUGA ARTIKEL INI: 12 Petua Yang Diluluskan Oleh Pakar Cara Mudah Hilangkan Bintik Hitam Di Hidung, Dagu Dan Dahi
Sapukan lapisan nipis pada tempat jerawat anda, kemudian tunggu sekurang-kurangnya satu minit penuh untuk ia kering. Kemudian, untuk mengelakkan rawatan daripada disapu di sekitar muka anda, sapukan pelembap anda di sekitar bintik-bintik terlebih dahulu. Apabila muka anda ditutup, sapu lapisan pelembap terus ke atas rawatan tempat untuk menutupnya tanpa menggelongsorkannya.
Langkah 6: Pelembap
Anda perlu sentiasa menggunakan pelembap, dua kali sehari. Sama ada kulit anda berminyak atau mudah jerawat, kerana ia adalah satu-satunya perkara yang akan mengekalkan penghalang kulit anda dan menjadikan wajah anda kelihatan baik dan sihat. Selain itu, pelembap bukan sahaja menyelitkan kulit anda dengan penghidratan tetapi juga membantu memerangkap semua produk di bawahnya untuk menjadikan ramuan lebih berkesan.
Pada waktu pagi…
Cari pelembap berasaskan hyaluronik yang ringan dan lembut untuk waktu pagi, yang akan mengekalkan kulit terhidrat tanpa rasa berat atau berminyak. Sebaik-baiknya, dapatkan formula dengan pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 30 di dalamnya, terutamanya jika anda tidak merancang untuk menggunakan pelindung matahari yang berasingan. Mana-mana yang anda pilih, biarkan ia meresap selama sekurang-kurangnya lima minit penuh sebelum menggunakan solekan.
Pada waktu malam…
Kulit anda memasuki mod pembaikan pada waktu malam, bekerja lebih keras untuk membaiki kerosakan dan meningkatkan penjanaan semula. Jadi pelembap malam anda harus diisi dengan semua perkara yang dihasilkan oleh badan secara semula jadi, seperti asid hyaluronik, lipid dan protein. Anda juga boleh menggunakan retinol bersama krim malam anti-penuaan, yang mempunyai dos retinoid yang “berair” yang cenderung lebih lembut, terutamanya pada kulit sensitif.
Langkah 7: Retinol
“Retinoid-istilah umum untuk semua derivatif vitamin A, termasuk retinol-meresap ke dalam kulit anda untuk mempercepatkan pusing ganti sel, menyebabkan badan anda mengeluarkan kulit yang lebih segar, licin, kurang berkedut dari masa ke masa. Perkara yang baik memerlukan masa, jadi ingat bahawa retinoid mengambil masa empat hingga enam bulan penggunaan yang konsisten untuk memberikan anda hasil yang diinginkan.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Retinol Salah Satu Bahan Ajaib Dalam Produk Kecantikan Bagi Menangani Pelbagai Masalah Kulit.
Tetapi hanya kerana ia mungkin mengambil masa setengah tahun untuk melihat kedutan anda licin tidak bermakna anda tidak akan melihat hasil yang lebih segera dengan cara lain. Retinoid mencetuskan pengeluaran kolagen dan pengelupasan selular, yang bermaksud ia juga akan memudarkan bintik-bintik gelap, parut halus, pori-pori bersih, mencegah jerawat dan mencerahkan kulit
Bagaimana untuk menggunakannya…
Jika anda baru menggunakan retinoid, pastikan anda mula perlahan untuk mengurangkan tempoh pelarasan awal kepingan dan sensitiviti. Sapukan titisan saiz kacang ke seluruh muka anda satu malam seminggu selama satu minggu, kemudian dua malam seminggu selama dua minggu, kemudian tiga malam seminggu selama tiga minggu dan kemudian setiap malam selama-lamanya.
Langkau langkah ini jika…
Anda merancang untuk menggunakan krim malam dengan retinoid, elakkan! Menggandakan tidak akan menjadikan hasil anti-penuaan lebih berkesan, ia hanya akan menyebabkan keradangan. Dan jika anda mempunyai kulit yang lebih sensitif, sapukan lapisan pelembap 10 minit sebelum dan selepas menggunakan retinol anda untuk mengurangkan kerengsaan tanpa mencairkan rawatan sepenuhnya. Pada asasnya, letakkan muka anda dalam kelembapan.
Langkah 8: Minyak
Minyak muka bersifat oklusif, bermakna ia menyekat semua bahan dan lembapan yang baru anda sapukan pada muka anda untuk mengelakkannya daripada sejat dengan cepat. Dengan sendirinya, minyak sebenarnya tidak melembapkan kulit anda dengan baik, tetapi apabila anda melapisinya di atas produk, ia membantu meningkatkan keberkesanan rutin anda sambil turut menjadikan kulit lembut dan licin. Hanya pastikan untuk sentiasa, sentiasa sapu minyak anda tahan lama.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Suburkan Kulit Dengan Pilih Minyak Wajah Yang Tepat Mengikut Jenis Kulit Anda
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI