Jika sebelum ini pelakon dan pengacara jelita, Fouziah Gous diduga apabila anak keduanya dimasukkan di ICU ketika dia dan suaminya sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah. Dan kali ini pasangan ini telah dimurahkan rezeki apabila sekali lagi menjadi tetamu Allah apabila berpeluang mengerjakan umrah, bukan sahaja berdua tetapi sekali dengan dua anak kecilnya itu serta ahli keluarga lain.
View this post on Instagram
Ternyata perancangan Allah itu Maha Hebat kepada hambaNya apabila peakon yang baru sahaja mengenakan hijab ini dapat membawa kedua anak lelakinya, Muhammad Zeeshan, 3 tahun, dan Zaheen Yusuf 1 tahun.
View this post on Instagram
Dalam satu posting dimuat turun, Fouziah Gous mengucap syukur kepada Allah kerana dapat menyambut hari jadi anaknya Zaheen Yusuf yang berusia setahun ini di depan Kaabah pada hari Jumaat yang mulia.
Menurutnya, jika sebelum ini dia terpaksa meninggalkan anaknya itu di wad ICU dalam keadaan belum sedarkan diri sewaktu keduanya dijemput menjadi tetamu Allah musim haji lalu. Dan hari ini rupanya Allah menghadirkan sesuatu yang cukup indah apabila menjemput anak solehnya itu menyambut hari jadi di sana tanpa di rancang.
View this post on Instagram
Bagi ibu muda ini, rezeki Allah itu sangat luar biasa dan dia turut berdoa agar Allah mengurniakan rezeki yang luas dan tidak putus, mengharapkan anaknya menjadi anak yang taat kepada perintah ibu bapa dan menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah serta berdoa Tuhan dapat limpahkan rahmat kepada anak kecilnya itu.
Sebelum itu juga, Fouziah telah muat turut satu video di mana dia mendakap anaknya Zaheen yang sedang tidur sambil menyanyikan selamat hari lahir buat anaknya itu di depan Kaabah.
Pelakon jelita ini dilihat menitiskan air mata sebaik mencium dahi anaknya. Malah Fouziah turut bersyukur kepada kurniaan Allah kerana menghadiahkan dua orang cahaya mata kepadanya.
View this post on Instagram
Kedua-dua status berkenaan mendapat respon baik dari netzien. Rata-rata cukup sebak dan terharu membaca perkongsian ini. Masing-masing mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat pasangan ini hingga ke jannah.
nurulainmastoji Allahuakbar…sungguh bsr kuasa mu Allah…aminn…moge mmbsr dgn sihat zaheen
audelianaturalkb Alhamdulillah kak @fouziahgous. Sebak tgk. Happy birthday Zaheen
azida6979 @fouziahgous..Allah Maha Mendengar.. Maha Penyembuh dr sgala2nya.. happy birthday zaheen
fauziahyaakob Allahu…semoga hjh sekeluarga tabah dn dipermudahkan urusan
KREDIT FOTO: FOUZIAH GOUS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI