Tidak pernah terlewat untuk seseorang manusia itu bertaubat selagi mana ajal belum menjemput. Jika sebelum ini kita sering tinggal solat fardhu, inilah masanya untuk kita cuba menyempurnakan solat kita agar menjadi muslim yang lebih baik.
Pasti ada di antara kita yang tertanya-tanya cara menggantikan solat yang tertinggal selama ini. Perlukah kita menggantikan semuanya jika kita tidak pernah solat bertahun-tahun lamanya?
Mari kita ikuti perkongsian ilmu daripada @starryshira di twitter mengenai ganti solat ini selepas dia memperolehnya daripada program Tanyalah Ustaz.
Boleh niat dan istiqomah ganti solat pada setiap hari pada waktu solat fardhu.
Ingatlah, perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak adalah amalan solat kita. Maka, sentiasalah berusaha menjadi muslim yang terbaik.
kredit: twitter @starryshira
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Yang Suka ‘Like’ Gambar Wanita Seksi Jenis Tak Hormat Isteri. Ini Hukuman Sesuai Untuk Mereka!
Kadang-kadang sudah lama hidup berumahtangga dan asyik melakukan perkara sama akan membuatkan hidup terasa bosan. Kata orang ‘tiada color’ dalam kehidupannya yang kalau sudah 10 atau 20 tahun tetap begitu caranya.
Ada pasangan yang nakal terutama lelaki akan mula membuat aktviti sendiri salah satu melayan media sosial. Kalau setakat melihat sahaja tidak mengapa tetapi bagaimana pula yang rajin ‘like’ dan ‘share’ bahan lucah seperti wanita seksi walaupun sesama mereka dalam grup ‘whatsapp’.
Perkongsian dari seorang lelaki ini juga sepatutnya boleh diambil perhatian terutama kepada pasangan yang sering berbuat demikian. Walaupun tak semua bersifat demikian, tetapi bak ‘nila setitik rosak susu sebelanga’. Lelaki sepatutnya menjaga, melayan dan menghormti isteri dalam apa jua cara.
Tidak kisah apa bentuk fizikalnya, dia tetap wanita dan isteri yang anda kanal ketika mula-mula lafaz hijab dan Kabul. Bagi pemilik akaun facebook Akhtar Syamir menulis bukan untuk menyalahkan kaum lelaki tetapi menyedarkan mereka yang bersifat begini. Jom baca perkongsiannya.
“Isk! Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ini,” kata si suami dalam hatinya.
Handphone dibelek-belek, membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang berkongsi gambar wanita-wanita cantik berserta caption ‘Selamat pagi abang-abang dalam group nie’. Cair si suami melihatnya.
Tidak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.
YANG ADA ANAK DERET PUN BUAT
Yang peliknya, yang berkongsi bahan-bahan berkenaan adalah suami orang. Anak pun dah berderet, berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kadang tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu/anak saudara/mak saudara/sepupu sepapat lain melihat kenakalan mereka.
Bila masuk ke media sosial, si suami seronok ‘like’ gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat ‘berinteraksi’ kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.
ISTERI DAH TAK CANTIK
Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini di atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati tetapi si suami ada beribu wanita di mata.
“Kenapalah isteri aku tak cantik?” bisikan nakal di hati suami.
“Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel lengan saja pun terus menjadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun dah lalu. Lemau saja rasanya. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun mengelebeh sana sini. Tak ada selera langsung dah.
“Dua minggu sekali, itu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Kelihatan seperti makcik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap saja mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu,” kata suami.
SUAMI TAK JAGA
Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Kenapa isteri tak cantik? Isteri itu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk oleh suami. Awak mahu isteri awak cantik tetapi awak yang tidak menjaganya. Macam mana nak cantik? Rambut dia serabai, gugur sana sini, awak nak salahkan dia? Syampu pun awak malas nak belikan. Kalau beli pun cap ayam, yang paling murah. Asalkan berbuih.
Muka isteri tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi saja. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain-lain. Silap-silap foundation pun awak tak tahu.
Badan dah menggelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badannya. Orang rumah ajak pergi taman, jalan-jalan saja pun awak dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai? Terus dicop sebagai nusyuz! Maksiat! Walaupun kelas itu semuanya perempuan.
“Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja-kerja rumah tu kan berpeluh?” – Suami
Awak nak bela isteri ke bela orang gaji?
Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online, awak tak bagi. Membazirlah, takut kena tipulah bagai. Nak harapkan awak beli?
“Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak membazir, nak cantik-cantik ni nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau,” kata si suami memberikan alasan yang selepas itu nak kecoh bila pakaian isteri tak menarik.
TIADA RASA HORMAT
Make up pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak make up macam mana bang. Abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak nak pakai dah. Dia nak beli di Guardian, Watson, awak kata membazir, mahal. Padahal make up itu boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada berdaftar dengan KKM tak? Zzz….
Dan akhir sekali, cinta dan hormat. Di mana cinta kita kpeada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri? Jika awak cinta dan hormat isteri, awak takkan buat perkara-perkara pelik itu. Awak juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri awak.
Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam saya ini poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika awak berfikiran sebegini, saya tidak dapat membantu awak. Tahap pemikiran awak tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya minta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada awak.
MINTA MAAF PADA ISTERI
Namun jika awak terkesan dengan posting ini, tataplah isteri awak. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri tentang apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati awak kembali kepada isteri tercinta. Jika awak bersetuju dengan saya, sila tag pasangan awak dan ucapkanlah kata-kata indah kepada mereka.
Jika awak rasa posting ini bermanfaat dan ingin memberi manfaat kepada orang lain, kongsilah dengan semua.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerat Kad Kredit & Berbelanja Secara Tunai, Elak Jadi Muflis Hujung Bulan. Semak 4 Lagi Tip Lain!
Kewangan bukan semata-mata ilmu matematik. Sebenarnya ia jauh tentang hal mengurus emosi. Berjaya atau tidak dalam mempertahan kubu yang dibina, semuanya bergantung pada dalaman diri.
Selalu terjadi, kita gagal untuk menyimpan bukan kerana tidak cukup wang, tetapi tabiat diri dan desakan emosi yang menggagalkan kita untuk membuat simpanan.
Menurut Robert Kiyosaki dalam buku Rich Dad Poor Dad, orang kaya mengumpul harta dan mempertahankan harta sama ibarat sang tentera melindungi kubu dalam peperangan. Apa jua yang berlaku, kubu mestilah didahulukan.
Maka untuk menjadi kaya, perlulah kita mengawal emosi dan membiasakan diri dengan tabiat-tabiat yang boleh elakkan kekayaan atau kewangan kita daripada bocor.
Berikut merupakan antara 6 strategi penting yang boleh membantu:
Strategi #1 – Bayar Diri Sendiri Dulu
Apabila mendapat wang, bayar diri sendiri dahulu dengan menambahkan wang simpanan. Selebihnya barulah berbelanja. Bukan berbelanja dahulu, kemudian ada duit lebih baru ingin memendam azam untuk menyimpan. Percayalah, jika ditunggu duit lebih, memang selamanya, kita tidak akan menyimpan wang kocek untuk hari esok.
Strategi #2 –Alih Duit Kepada Harta
Jika mempunyai duit simpanan jangka panjang, tukar duit tersebut ke dalam bentuk harta sebenar seperti jongkong emas, tanah lot atau rumah-rumah sewa. Usah biarkan duit itu terbiar dalam bentuk tunai kecuali duit simpanan kecemasan sahaja.
Strategi #3 –Kerat Semua Kad Kredit
Kerat semua kad kredit kecuali satu. Kad kredit adalah lubang hutang paling mudah. Sememangnya tampak hebat jika memiliki kad kredit Platinum, tetapi ketahuilah bahawa kad kredit boleh menjadi ‘kanser’ kewangan sebab kita tidak menyedari duit sebenarnya sedang tiris. Apabila tersedar, hutang bertimbun menggunung. Dengan kadar faedah paling tinggi berbanding pinjaman yang lain, malah kadar faedahnya adalah pengkompaunan.
Strategi #4 – Berbelanja Secara Tunai Sahaja!
Jika ingin membeli barang, pastikan membeli secara tunai supaya kita betul-betul terasa setiap sen duit yang keluar. Jauhkan segala bentuk ansuran, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah, hatta ‘zero interest payment’ sekalipun. Walaupun mungkin ‘zero interest payment’ tu secara matematiknya seperti terlihat untung, akan tetapi ia secara tidak langsung memupuk tabiat suka berhutang. Dalam jangka panjang, ia musuh dalam selimut yang paling bahaya.
Strategi #5 – Langsaikan Hutang Sekecil Zarah
Apabila berniat untuk melangsaikan hutang, sasarkan untuk membayar hutang yang jumlahnya paling kecil dahulu kerana apabila satu hutang sudah selesai, ia menjadi motivasi untuk melangsaikan hutang-hutang lain. Pabila terang-terangan bebas hutang, kita pasti akan terasa cukup berat untuk berhutang lagi kecuali “hutang baik” yang membuatkan kita lebih kaya.
p/s: Andaikan ada dua hutang yang jumlahnya lebih kurang sama, apa kata selesaikan hutang yang berkadar faedah yang paling tinggi terlebih dahulu.
Strategi #6 – Buat “Hutang Baik”, Tambah Harta
Jika kenaikan gaji sudah bertambah baik atau pendapatan sudah meningkat, manfaatkan kenaikan tersebut untuk membuat hutang-hutang baik seperti menambah rumah sewa, beli tanah dan sebagainya. Bukannya silih ganti kereta baru! Memang bukan senang untuk memaksa diri untuk menyimpan wang, namun jika berhutang, kita terpaksa langsaikannya! Walau apa pun, hutang piutang tersebut mesti diurus dengan baik, agar kita hidup tanpa himpitan hutang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jurusolek Tetap Beri Solekan Cantik Walaupun Sakit, Bahagiakan Hati Permaisuri Sehari
Rezeki datang dalam pelbagai cara, bila tiba masanya, ia datang dalam keadaan yang sangat tidak di duga. Begitulah perkongsian seorang wanita bekerja sebagai jurusolek ini.
Pasangan pengantin sanggup datang ke wad hospital hanya semata-mata untuk di dandan oleh jurusolek ini. Walaupun sakit tetap cantik solekan yang dilakukan.
Lincah bersolek walaupun sakit
Perkongsian video TikTok oleh seorang wanita yang bekerja sebagai jurusolek mendapat perhatian orang ramai apabila melihatnya lakukan solekan pada seorang pengantin wanita. Bukan di tempat biasa, malah jurusolek itu berada dalam wad hospital!
Normaziana Omar, 37, ditemubual oleh mStar mengatakan dirinya itu tidak dalam keadaan yang sihat, namun dia tetap mendapat permintaan istimewa oleh seorang pengantin untuk didandankan pada hari bahagianya.
Jawabnya lagi, permintaan tersebut harus dia tunaikan meskipun dia tidak boleh keluar dari wad tersebut. Jadi pengantin itu mengambil keputusan untuk pergi ke Pantai Hospital, Manjung, Perak pada 9 Oktober lalu.
“Saya demam dah lebih lapan hari. Lepas pergi check darah dekat hospital, doktor suruh saya masuk wad,
“Jadi banyak job mekap saya terpaksa tola. Ada juga saya pass job dekat MUA (make-up artist) lain sebab masuk hospital,
Artikel berkaitan: Pengantin Lelaki Bangkit Peluk Ibu, Mohon Restu Sebelum Akad Nikah Buat Netizen Sebak
@sygku_anna Bila MUA kau masuk hospital… jangan cakap kau Muakk pulak😂 #muaperak #makeupartist #fyp #fypdongggggggg #fypシ #foryoupage ♬ bunyi asal – Nyap tahuk
“Tapi client saya seorang ini memang nak sangat saya mekapkan dia. Jadinya saya minta dia datang ke hospital dan dia sanggup. Janji saya yang buat solekkannya.” katanya.
Normaziana atau juga dikenali sebagai Anna memberitahu dia dijangkiti oleh demam virus (viral fever) yang disahkan oleh doktor adalah bukan penyakit berjangkit. Jadi dia berani untuk terima permintaan pengantin tersebut.
“Client saya ini sebenarnya tak pernah pun dimekap oleh saya. Cuma kawan-kawan dia sahaja yang pernah saya mekapkan. Jadi dia teringin sangat nak saya solek dia. Sanggup dia datang dari Manjung,
“Malam sebelum itu saya dan beransur pulih jadi kami terus berbincang sebab dia pun faham situasi saya. Saya tak sampai hati nak tolak walaupun tengah tak sihat. Janji client saya itu happy,
“Dah masuk hari ketiga saya dekat hospital. Hari Jumaat itu saya ada tiga job sebenarnya. Dua job lagi saya bagi dekat MUA lain sebab lokasi berbeza.” ujarnya.
Bapa kepada Anna juga bimbang dengan keadaannya apabila tahu dia mengambil permintaan ini. Tetapi, dirinya yang tidak kesampaian, gagah mengambil juga job ini apabila merasakan keadaannya yang semakin pulih.
Sudah berkecimpung lama dalam dunia solekan selama 14 tahun, hasil solekan kepada pengantin itu diterima pujian. Walaupun sakit tetap berikan yang terbaik buat client. Alhamdulillah, hasil kerja yang kita lakukan di hargai orang, beginilah gayanya.
Sumber: mStar
Artikel berkaitan: Realisasikan Impian Ratu Sehari! Helaian Sedia Pakai, Harga Mesra Poket Kualiti Sama Dengan Pengantin Kayangan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI