Sebelum ini jenama ini telah mengeluarkan beg guna semula seperti beg Ikea. Dengan rekaan dan warna memang lebih kurang sama seperti jenama syarikat yang mengeuarkan baranga rumah ini. Walaupun begitu, tetapi harganya memang boleh buat kita terkedu.
Dan kali ini jenama cukup popular, Balenciaga ini sekali telah mengeluarkan bes plastik pakai buang. Beg plastik yang diberi nama “Supermarket Shoppers”
hadir dengan tiga jenis rekaan yang diperbuat daripada plastik dengan sentuhan mewah kulit kambing.Sebelum ini jenama yang sama juga telah mengeluarkan beg pasar malam dan beg toto Narita yang masing masing berharga RM40,000 dan juga telah mendapat sambutan menggalakkan.
Ketiga-tiga beg plastik ini mempunyai rekaan berbeza yang menampilkan perkataan “The Power of Dreams”, “Europe” dan logo “Double B” Balenciaga. Setiap beg hadir dengan warna berbeza. Beg pertama hadir dalam warna kuning, putih dan biru. Beg kedua hadir dalam warna “Sirop Green/Gold”. Beg ketiga pula hadir dalam warna merah dan hitam.
Koleksi beg plastik “Supermarket Shopper” ini boleh dibeli melalui laman web Balenciaga dengan harga $1,150 USD (RM4,692) untuk saiz besar dan $950 (RM3,976) untuk saiz medium.
Jadi admin nak pesan kepada peminat jenama ini bolehlah mendapatkan koleksi yang terhad ini. Mana tahu selepas ini boleh jual pula dengan harga jauh lebih mahal kepada kolektornya.