Dalam keghairahan anda ingin mencuba pelbagai jenis skincare, dan beli macam macam-macam skincare kerana ingin mencuba atau terpengaruh dengan sesuatu jenis produk, jangan sesekali terburu-buru.

Apa kata sis ambil sedikit masa untuk sabar dan berfiir terlebih dahulu, perlu atau tidak sis membeli produk tersebut? Penting untuk sis mendapatkan info terlebih dahulu tentang produk-produk yang ingin dicuba kerana buka semua produk yang ingin dicuba itu sesuai dengan jenis kulit anda.

Luangkan sedikit masa untuk membuat dahulu perkara perkara -perkara ini terlebih dahulu. Baca perkongsian bermanfaat daripada Iman Abdul Rahim ini.

BACA REVIEW DAHULU
First of all, baca review dulu. Good reviews, bad reviews, semua kena baca. Janganlah harapkan testimonials daripada penjual produk ataupun details daripada website sahaja. Google dan search segala reviews dan feedback. Yang baik, yang buruk, semua baca dulu, baru buat keputusan. Ini penting bagi memastikan sis mendapat info yang selengkapnya bagi memastikan produk-produk yang ingin digunakan selamat dan sesuai digunakan.

Sebelum Beli Skincare, Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat, Jangan Asal Beli Je

KENALI JENIS KULIT
Tahu apa jenis kulit, apa keperluan kulit, apa yang kulit sis okay atau tidak. Pastikan jenis kulit sis sama ada oily, dry, combination atau normal.

Ads

Contohnya produk tu jenis cream, dan sis seorang yang mempunyai kulit yang berminyak. Baca balik sama ada sesuai atau tak, takut beli and pakai, jadi melekit pulak. Maybe kawan sis berkulit jenis kering, memang dia suka guna tapi sis jenis kulit yang berminyak, takut tak sesuai.

Sebelum Beli Skincare, Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat, Jangan Asal Beli Je

Check juga sama ada kulit sis perlu atau tidak. Contohnya serum untuk brightening (mencerahkan kulit) tapi kulit anda sedang breakout dan lagi sesuai pakai serum yang ada ingredients yang untuk “soothing” atau “calming” bukan cari produk untuk “brightening”.

Ataupun produk tersebut ada alkohol dan kulit and jenis sensitif dengan alkohol, kalau pakai produk yang ada alkohol, kulit sis jadi kering. So avoid lah beli product tu. So sebelum beli tu, check semula sama ada agak agak sesuai atau pun tidak?

Ads

DETAIL TENTANG PRODUK
Janganlah beli produk kalau sis tak tahu bila nak pakai, macam mana nak pakai, atau sis memang tak tahu kenapa sis perlu beli in the first place. Kenapa beli cleanser? Sebab kita nak cuci kulit bagi bersih. Janganlah letak high expectation dan membayangkan cleanser mampu memulihkan kulit 100%.

Sebelum Beli Skincare, Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat, Jangan Asal Beli Je

Check pakaging dia macam mana, sis minat atau tidak? Sis lagi suka toner jenis spray atau tuang? Serum dalam dropper atau pump? Moisturizer dalam jar atau tube? Semua itu kena ambil tahu. Check juga size dia besar mana? Cleanser 30 ml atau 100 ml? Nanti sis bayangkan cleanser besar, yang sampai cuma size lip balm. Kan dah kecewa dan rasa ditipu. Bayangkan MOISTURIZER size besar tapak tangan, yang sampai cumalah sebesar ibu jari. So, semak baik baik.

SEMAK TARIKH TAMAT TEMPOH
Yang ini juga penting supaya sis tak beli produk yang sudah hendak expired. Penting untuk pastikan sesuatu produk SKINCARE yang ingin dibeli itu belum tamat tempoh penggunaannya.

Ads

Sebelum Beli Skincare, Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat, Jangan Asal Beli Je

CUBA SAMPLE TERLEBIH DAHULU
Kalau produk itu harga dia agak mahal, try cari sample dulu untuk try. Supaya taklah membazir kalau tak sesuai. Sekarang ada banyak sample atau trial size di pasaran dan harganya tidaklah mahal sangat. Try dulu, baru tahu.

Sebelum Beli Skincare, Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat, Jangan Asal Beli Je
Semoga ianya membantu anda ketika memilih produk SKINCARE yang bersesuaian dengan jenis kulit..

HIJABISTA: Mungkin ramai yang tidak mengambil masa untuk membuat perkara-perkara di atas kerana begitu teruja dengan kesan pada rakan-rakan yang menggunakan sesuatu produk tersebut. Jangan begitu sis. Kesan sesuatu produk itu tidak sama bagi setiap orang. Paling penting, tidak semua produk yang dipakai oleh rakan anda berkesan juga pada anda. Silap-silap masalah yang timbul, mungkin masalah breakout. Oleh itu penting untuk anda meluangkan sedikit masa bagi mengkaji sesuatu produk sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya.

Sumber kredit: Iman Abdul Rahim

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI