Sejak berhijrah, selebriti terkenal iaitu Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tidak lagi aktif dalam industri hiburan tetapi memilih untuk lebih mendekatkan diri dalam hal kemanusiaan dan juga kerohanian.
Tidak lagi menoleh ke belakang, perubahan hidupnya sentiasa menjadi contoh buat muslimah yang ingin berubah di jalan Allah dan kekal istiqomah. Berkongsi kisahnya mengenai hijab, Mizz Nina ternyata ada kisahnya yang tersendiri yang ingin dikongsi bersama semua.
2019 merupakan tahun keenam sejak saya mula mengenakan hijab. Alhamdulillah… pantasnya masa berlalu! Saya ingin menzahirkan rasa cinta saya dan sokongan kepada semua saudara muslim di seluruh dunia yang berjuang setiap hari bagi mengikut perintah Tuhan, yang berbangga dengan diri mereka dan identiti sebagai seorang muslim sama seperti saya.
Hijab itu pilihan saya, cara saya mengekspreskan cinta dan serahkan diri pada Allah. Ia adalah pakaian yang melindungi saya dan orang yang saya kasih daripada sebarang perkara yang tidak baik, sebaik saya melangkah dengan yakin dengan hati yang ikhlas hanya untuk Tuhan saya.
Untuk sister yang baru ingin mulakan langkah berhijab, apa kata sama-sama sertai cabaran ini? Takpe sis, kita boleh mulakan perlahan-lahan dahulu. InsyaAllah, niat kita itu nanti akan dipermudahkan dan terus istiqomah di jalan Allah.