Sebak Baca Catatan HARI LAHIR Seorang Sahabat Buat SHEA RASOL Yang Kini Bertemu Pencinta-Nya

Share

Setelah hampir 9 bulan pemergian blogger terkenal Shea Rasol yang meninggal dunia akibat kanser. Walaupun dia sudah lama pergi, namun ketiadaannya begitu dirasakan dan masih memberi impak kepada sahabat-sahabat yang begitu akrab dengannya. Baru-baru ini, salah seorang blogger yang juga teman arwah, tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir buat Shea Rasol. Dia menulis posting itu lima hari lalu di laman instagramnya.

Menurut blogger yang dikenali dengan nama Zafirah Hanis ini berkata setahun sebelum itu dia ada meminta teman-teman semua mendoakan kesejahteraan Shea Rasol. Tetapi tahun ini situasinya cukup berbeza.

Dia memohon mereka yang mengenali arwah agar meluangkan masa seminit dua untuk menyedekah surah Al-Fatihah kepada sahabat yang disayanginya itu. Betapa dalam tempoh kehilangan arwah, dia begitu rindukan senyuman dan suara arwah, sifat humornya, pesona dirinya, kebijaksanaan dan segalanya yang dilakukan arwah bagi memudahkan semua urusan.

Betapa Zafirah Hanis tidak dapat melupakan sahabat baiknya itu. Dia masih rindukan teman yang kini sudah bertemu pencipta-Nya. Lantas untuk sambutan hari lahir ke 30 sahabat baiknya itu yang jatuh pada bulan Februari, dia tidak lupa menyedekah Al-Fatihah.

Teman-teman lain juga merindukan Shea Rasol dan masing-masing turut mengucapkan selamat hari lahir untuknya dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan insan yang beriman.

@dianaazmi Missing Shea too, happy birthday Shea. Alfatihah

@bukansindarela Hb shea.. may allah bless you and put you into the highest place surrounded by angels. I miss her writing so much

@adramamama Alfatihah

@echenta To Allahyarhamah Shea, happy birthday dear

ayinkhan Alfathihah…. ? may she be among the pious always

Admin dapat rasakan betapa mulianya hari Zafirah yang masih tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir pada temannya itu dengan cara berlainan. Tiada sambutan hari lahir di alam maya sebaliknya kiriman surah Al-Fatihah jadi peneman temannya yang telah tiada.

Shearasol meninggal dunia Jun tahun lepas akibat kanser setelah hampir beberapa bulan diuji sakit oleh Tuhan. Semasa hayatnya beliau antara penulis blogger terawal yang mencipta nama di alam maya.

Mempunyai follower tersendiri di laman sosial dan tulisannya berkenaan fesyen Muslimah menjadi inspirasi kepada hijabi muda. Malah sikapnya yang mudah mesra dan menyenangkan membuatkan dirinya disukai serta dikenali ramai.

Shea Rasol atau nama sebenarnya Farah Syahirah Rasol juga pernah beberapa kali bekerjasama dengan majalah Hijabista dan kami doakan semoga arwah Shea Rasol tenang di sana dan berada dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

SUMBER FOTO: INSTAGRAM ZAFIRAH HANIS

 

Published by
Siti Zurina