Berlangsungnya konsert A Night With Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Sabtu, ternyata ramai yang berpuasa hati dengan persembahan Aina.
Seperti yang dijanjikan Aina akan tampil dengan fesyen yang ekstravaganza ketika konsert, malah Aina Abdul juga berjanji menjaga sensitiviti orang ramai. Masih mengekalkan identiti dalam berfesyen, Aina mengambil kira semua saranan yang diberikan oleh orang ramai, 3 busana digayakan pada malam pertama yang mempunyai keunikan dan cerita tersendiri.
Sebagai seorang hijabi yang menitikberatkan pemakaian hijab ketika membuat persembahan, Aina akui untuk sessi menukar baju bukan mudah. ‘Quick outfit change’, Aina berjaya menukar setiap busana kurang dari 2 minit. Menariknya pasukan penata gaya Aina sentiasa menjaga hijabnya walaupun konsert sedang berlangsung.
Setiap malam konsert ANWAA 2.0, Aina memakai busana berbeza, dari ciptaan pereka tempatan. Baju yang digayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu dipakai. Pembukaan malam pertama dengan busana The Hair Outfit By Melinda Looi, lebih dari 150 helai rambut yang diimport di galas ke pentas.
“Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperimen dalam berfesyen, Aina teringin pakai baju yang mempunyai material yang ‘rear’ yang orang tak pernah terfikir nak pakai, Aina kongsi rasa bersama penata gayanya.”
Manakala pada segmen ke 2, Aina mengambarkan dia sendiri seperti princess, cantik ketika di atas pentas. Busana oren kembang direka pereka yang terkenal mereka baju selebriti seperti Che Ta, Mira filzah dan ramai lagi. Zaimi Zukifli berjaya menampilkan Aina lain dari kebiasaannya.
Persembahan yang berlangsung selama 2 jam, pastinya Aina seorang penyanyi yang tidak pernah duduk diam di atas pentas. Busana Rizman Ruzaini semestinya memberi impak yang besar. Aina tampak bertenaga dengan setiap geraknya mengayakan busana ketiga malam pertama ANWAA 2.0. Ya! Busana yang dihiasi tasel ini diakui penonton terpesona dengannya.
“Baju ini bagi Aina movement yang best, ekstra energi untuk membawa segmen yang terakhir” kata Aina.
Setiap perjalanan seninya mendapat restu mak Aina, apatah lagi busana yang digayakan berlangsung selama dua malam. Walaupun mak Aina tidak dapat hadir ke konsert ini, namun Aina akui selama dua hari latihan berlangsung sebelum konsert, mak telah hadiri dan lihat sendiri kesemua busana.
“Sebagai tradisi, mak kena tengok baju dan bentuk persembahan saya, mak saya restu semua baju-baju saya, jika orang lain rasa pelik saya tak kesah, ujar Aina.”
Bakal memperagakan 10 persalinan busana hasil ciptaan pereka fesyen tempatan sepertI Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.
Aina sendiri mengakui berasa lega walaupun ada rasa tertekan tentang isu yang diperkatakan tentang dirinya. Aina melepaskan segala kekecewaan dalam semua lagu yang disampaikan pada konsert ini. Aina menganggap konsert ini memberi satu pengalaman baharu apabila dia sendiri turun padang menguruskan kelancaran konsert ini.