Sebagai Lambang Solidariti, Seluruh Wanita New Zealand Akan Memakai Tudung Hari Jumaat Ini

Share

Bagi menunjukkan sokongan terhadap umat Islam ekoran tragedy berdarah yang terjadi di Christchurch, New Zealand pada hari Jumaat yang lalu, pihak penganjur ‘Scarves in Solidarity’ menyeru masyarakat wanita New Zealand untuk mengenakan hijab pada hari Jumaat ini bagi menunjukkan sokongan pada komuniti muslim.

Salah seorang penganjurnya, Anna Thomas  memberitahu acara itu telah mendapat ratusan sokongan masyarakat dunia di media sosial.

Ujarnya, acara itu diadakan kerana dia ingin menunjukkan kepada muslim di New Zealand bahawa sebenarnya mereka tidak bersendiri.

‘’Saya terfikir kenapa tidak kita semua memakai hijab pada hari Jumaat, seminggu selepas tragedi dan berdiri bersama-sama dengan saudara muslim kita sebagai simbol hormat.

Walaupun ada sesetengah yang mengkritik idea itu kerana mengatakan ianya mungkin mempromosikan budaya berbahaya, namun menurut Anna dia telah berbincang dengan ahli Majlis Wanita Islam, Nasreen Hannif, yang juga bersetuju dengan idea tersebut.

“Mereka semua terkesan dengan insiden tersebut dan ia menunjukkan New Zealand bersama kami merasai kesedihan,” kata Nasreen pada Anna.

“Terima kasih yang tidak terhingga atas ingatan anda. ‘Scarf Day’ akan menjadi antara hari terbaik bagi menunjukkan solidariti.

Selain itu, Anna juga mengakui telah bercakap dengan ramai wanita muslim yang mengatakan mereka takut dengan ancaman orang di tempat awam disebabkan hijab yang dipakai.

Tambahnya, ramai wanita daripada pelbagai bangsa dan agama akan datang pada hari Jumaat ini bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap masyarakat muslim sekaligus menujukkan mereka menentang kekejaman tragedi tersebut.

“Kaum wanita terutama sekali yang berhijab merasakan perasaan takut apabila mereka keluar berjalan dan tiada perkara lain yang lebih baik melainkan menunjukkan sokongan terhadapa mereka dengan mengenakan hijab bersama.”

Di Facebook, satu laman khas telah dibuat iaitu ‘Scarves of Solidarity’ dan masyarakat dunia digalakkan menggunakan tanda pagar #scarvesinsolidarity #weareone #theyareus bagi menyokong National Scarf Day pada hari Jumaat ini.

kredit: facebook Scarves in Solidaritynewshubnz, 

Published by
Qistina