Memang jadi impian setiap wanita mahukan bentuk badan yang langsing. Malah sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan dapat berat badan ideal. Seperti perkongsian wanita ini yang berjaya lenyapkan 17 kg dalam tempoh 5 bulan disebabkan mahu berkahwin. Sebelum ini ada mengambil produk suplemen tetapi semuanya tidak berjaya. Lalu tekad mengubah proses diet dengan hanya memilih makan beras perang serta sayur dalam pemakanan harian.
Sebelum ini berat badannya sekitar 84 kg awal tahun lalu, tetapi setelah berazam untuk kurus kerana mahu berkahwin. Dan akhirnya dia berjaya mengurangkan berat sehingga 67 kg pada Disember lepas. Dan terkini beratnya sudahpun mencecah 65 kg.
Berkongsi thread di laman twitter, menggunakan nama akaun @Rice Bunny memberi beberapa tip buat hijabi di luar sana jika ada mengalami masalah sama.