Perkembangan terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru melahirkan anak memang sentiasa dinantikan oleh peminatnya. Apa sahaja berkaitan baby Siti Aafiyah yang dimuat turun di laman sosial Siti akan sentiasa menjadi tatapan peminatnya. Bukan sahaja ibu bapanya, malah peminat juga tidak sabar melihat perkembangan hari demi hari Siti Aafiyah. Dan lapan jam lalu, Siti turut berkongsi bahawa dia sudahpun hilang berat 14 kg setelah 15 hari selepas melahirkan.
Menurut penyanyi nombor satu ini kehilangan berat badan selepas melahirkan itu adalah disebabkan dia yang perlu berjaga dan baby Siti Aafiyah yang kuat minum susu. Malah di akhir catatannya, Siti berterima kasih pada anak sulungnya itu kerana menolongnya menurunkan berat badan.
Dalam status itu, Siti seperti rutin ibu lain yang membawa anaknya membuat pemeriksaan rawatan susulan di hospital. Menurutnya doktor yang merawat gembira dengan perkembangan mereka berdua yang sihat selepas 15 hari bersaln.
Netizen turut meluahkan kegembiraan dengan perkembangan terbaru Siti dan baby Aafiyah. Ramai yang memuji Siti semakin cantik dan berseri-seri setelah kurus.
@_aqilah_ismail_ Makin cantik la ibu
@waneemasakmasak Alhamdulillah
@kasut_wanita_murah syukurrr
@solehah_5484 Wahh Siti makin berseri2 kurus byk pula tu..betul x tipu.
Tidak kurang pula ada yang memuji penampilan Siti yang ringkas ketika berjumpa doktor dan sangat comel. Malah gayanya seperti budak lepas sekolah dan juga anak dara.
@akieha Ibu nmpk mcm budak sek lpas bersalin,mkin comey,hihihi
@mamapaparea Yeahhh. InsyaAllah bila menyusu terus slim. Ibu lawa, anak comei
@hannahmonteida Wow cantiknye tokti ,, nampak sgt dah selim melim tu,, nampak muderr giteeww cm nak dara ?,, comey laaa aafiyah
@sherhomemadeproducthq Comey muka ibu!! Macam muda 15tahun
Dalam pada itu ramai juga yag mengucapkan tahianh kerana SIti telah berjaya kurus dengan cepat dalam masa tempoh berpantang. Ada juga yang turut memberitahu menyusu badan memang boleh mempercepatkan proses turun berat badan. mereka menyarankan Siti terus menyusu anaknya sehingga usia 2 tahun.
@azlinakarim69 Tahniah Tokti… bukan senang nk turun berat badan dgn cepat masa berpantang..
@ann_zally Menyusu badan mmg akan menurunkn berat badan ibu. teruskn menyusu badan sehingga 2thn
@cake_republicque Alhamdulillah. Kalau menyusu ibu memang akan cepat turun berat badan. Selamat berpantang lagi Dato’ Sri @ctdk
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI