Jarang berkongsi penampilan berhijab di media sosial, figura tinggi lampai ini sentiasa menarik perhatian ramai dengan setiap helaian padanan yang digayakan dari gaya moden hingga yang paling simple.
Apa yang menjadi tumpuan di laman sosial, tweet seorang hijab stylist dan makeup artist yang memuat naik gambar serta video selebriti Scha Alyahya.
Stail & Gaya Skaf Mudah Sesuai Untuk ‘Beginner’
Pengayaan skarf sangat simple dan mudah untuk diikuti sesuai untuk yang mahu mula berhijab. Belitan setiap gaya hijabnya tidak rumit dan kebanyakannya tidak menggunakan pin yang banyak.
Umum, selebriti dan pengacara ini belum mengenakan hijab, apa yang boleh HIJABISTA kongsikan adalah pemakaian skarf yang digayakan ini sesuai dengan imej elegan dan sophistikated Scha Al Yahya.
Pengayaan skarf yang dikenakan oleh Scha ini sememangnya sesuai untuk digayakkan para wanita moden yang belum pernah mengayaankan hijab.
Manakala, bagi mereka yang sudah berhijab, apa yang perlu digunapakai untuk merealisaikan pengayaan seperti ini adalah inner turle neck atau inner hijab yang menutupi bahagian leher.
GLAM LOOK: Padanan skarf net bertatah mutiara, sesuai untuk ke majlis-majlis khas. Padanan anting-anting berbentuk bunga, ternyata menampakkan sisi feminin selebiti ini.
NATURAL LOOK: Skarf polos dengan solekan natural, hanya juntaian subang di telinga sebagai penyeri. Wanita yang berhijab boleh juga mengayakan stail ini, hanya perlu inner tudung yang warna sedikit kontra dan menutupi leher.
Ads
EKTRAVANGANZA: Bukan semua orang sesuai mengayakan tudung bercorak, dalam pilihan gaya ini, penata gaya ini pandai memilih corak skarf yang sesuai dengan bentuk wajah Scha. Corak bunga yang ekstra saiz dengan kombinasi rona tanah, solekan selebriti ini nampak memukau
Netizen Puji Kecantikan SCHA Berhijab, Doa Dikurniakan Hidayah!
Rata-rata yang melihat penampilan selebriti ini dengan pengayaan skarf, memuji dan inginkan tutorial dari penata gaya tudung yang menatarias isteri jelita kepada aktor Awal Ashaari.
Ads
Namun ada juga yang tetap mendoakan semoga jelitawan pelbagai bakat, Scha Al Yahya dikurniakan hidayah untuk berhijab sepenuhnya.
Sekadar info Scha Al Yahya atau nama sebenar Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya, mula dikenali selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006
Kemunculan sulung Scha di televisyen adalah menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak pembantu sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania.
Adanya si ‘bulus’ di rumah pasti akan menjadikan suasana kita gembira dan lucu melihat telatahnya yang sering bertindak di luar jangkaan. Ramai juga berkongsi adanya kehadiran kucing di rumah, suasana yang suram tampak lebih riang.
Tahukah anda, memelihara kucing dapat membantu dalam mengurangkan stress? Ha, terdapat kajian yang mengatakan si ‘bulus’ yang tercintan dapat membantu dalam menjaga kesihatan mental kita.
Ingat tahu tidur dan main sahaja, si ‘bulus’ ni membantu rupanya
Kucing menjadi haiwan peliharaan yang paling cukup di gemari oleh orang ramai. Memelihara haiwan yang di namakan oleh kebanyakan orang si ‘bulus’ ini juga di yakini boleh memberikan banyak faedah dalam perkembangan dan pemeliharaan kesihatan fizikal dan mental.
Tingkah laku mereka yang agak lucu dan tidak dapat di jangka oleh kita menjadikan lagi suasana gembira. Di ruang media sosial juga menjadi satu medium untuk melihat telatah lucu si ‘bulus’ yang di konsi oleh pemilik mereka. Ada juga yang sedih membuatkan kita tersentuh.
Tentu sahaja anda tertawa bila melihat perkongsian video TikTok di atas. Tetapi ada juga perasaan ini melihat semula dengan diri sendiri, adakah kita mempunyai masalah mental atau kemurungan walaupun itu hanya sekadar video kucing?
Banyak penelitian ilmiah telah menunjukkan manfaat kucing untuk kesihatan fizikal dan mental pemiliknya. Menurut perkongsian artikel Health Line, terdapat beberapa manfaat dan kelebihan memelihara kucing.
1. Suasana lebih ceria
Memelihara kucing dapat menjaga kesihatan psikologi yang baik berbanding berbanding orang yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Mereka akan jadi lebih gembira, bersemangat dan tidak gugup jika berlaku masalah.
2. Tiada lagi stres berlebihan
Kita sering menghadapi masalah yang terkadangnya tidak kita duga. Adanya kehadiran si ‘bulus’, kucing dapat memahami apa yang ada dalam hati pemiliknya. Kucing akan datang dan baring di atas pangkuan, setiap kali mengusap kucing mampu menghilangkan stres yang ada. Dari aspek psikologi, pemilik kucing lebih mudah pulih dari tekanan yang melampau.
3. Kucing sebagai latihan sosial
Orang yang memelihara kucing ini agak sensitif secara sosial. Jadi mereka ini lebih mudah untuk meletakkan kepercayaan kepada orang lain.
Si comel ini sering memerlukan perhatian dari pemiliknya, jadi sebagai pemilik yang bagus, sudah tentu kita akan berkomunikasi dengan kucing untuk memberikan sepenuh perhatian. Dalam pada masa yang sama, ia dapat mengajar pemiliknya untuk bersosial dengan baik.
4. Bertambah lebih sihat
Membela kucing bukan sahaja membantu dari aspek psikologi malah ia juga bermanfaat untuk menjaga kesihatan fizikal. Menurut kajian, para pengkaji menilai 4,435 orang dalam masa 13 tahun mendapati pelihara kucing dapat mengelakkan serangan jantung berbanding orang yang tidak pernah memiliki kucing.
Kata orang, alat solek itu teman sejati perempuan. Betul ke? Ada yang merasakan lecehnya memakai mekap jadi mereka memilih untuk tidak mengenakannya. Hey, janganlah begitu! Sekurang-kurangnya gunalah gincu sebab ianya ada magis tersendiri yang mampu memberikan keserian pada wajah. Gitu!
Menarik Menanti Anda Di GUARDIAN!
Dapatkan beg tote Naelofar pada harga RM17.90(NP: RM29.90) apabila anda berbelanja lebih RM20 ke atas dengan jenama produk (Avene, Enchantuer, Ensure, Garnier, GoodMorning, Kotex, Latacyd, Liese, L’oreal, Maybelline, Nivea, Nutox, Pantene, Perfume Generic, Physiogel, Silkygirl, sunsilk and ubermen). Atau, berbelanja lebih RM30 ke atas dengan produk lain di stor Guardian. Sementara stok masih ada. Jangan lepaskan peluang ini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Godam kecantikan TikTok semakin hari semakin tidak masuk akal seiring dengan berlalunya masa. Apabila anda biasa dengan mekap pastinya anda sudah terbiasa dengan apa yang di aplikasikan.
Lain pula apabila anda menatal aplikasi Tiktok, pasti anda akui, kenapa anda tidak sekreatif sesetengah peminat kecantikan TikTok. Kali ini pula, cara pengodam kecantikan TikTok menggunakan semula pelindung matahari.
Cuaca panas di Negara 4 musim, jadi tidak hairanlah pelindung matahari yang melindungi kulit daripada melecur dan elak dari kanser kulit mendominasi carian Google dan TikTok. Di antara soalan tentang SPF dan pelindung matahari yang terbaik, ramai di antara kita berminat untuk mengetahui cara dan berapa kerap untuk memohonnya semula.
TikToker @kamgregory berjaya melakukannya. Dalam video viral ini, Kamille membuktikan bahawa cara paling mudah untuk memohon semula pelindung matahari bukanlah dengan melaburkan wang pada serbuk SPF (kebanyakan daripadanya adalah mahal) atau risiko meninggalkan pelindung matahari sepenuhnya tetapi menggunakan span mekap kering (seperti Beautyblender) untuk menekan produk ke dalam kulit anda. Dalam beberapa saat, Kamille menambah pelindung matahari tanpa mekapnya berganjak satu inci pun.
“Godam pelindung matahari sebenarnya apa yang saya cari terima kasih,” tulis seorang penonton dalam komen, dan beribu-ribu tanda suka bercakap untuk diri mereka sendiri.
Anda mungkin terfikir, tambahan nilai SPF adalah gunanya pelindung matahari semburan aerosol? Sudah tentu anda boleh menambah dengan spritz SPF tetapi penyelidikan baru-baru ini telah menunjukkan bahawa ia tidak berkesan untuk memesongkan sinaran UV seperti yang pernah anda fikirkan. Dan bagi mereka yang mempunyai bajet kecantikan, membeli dua jenis pelindung matahari yang berbeza mungkin bukan pilihan.
Jadi adakah span SPF ini pilihan untuk pemakai solekan? Pakar akui dengan pemakaian semula pelindung matahari ke atas mekap adalah berkesan, asalkan memakai pelindung matahari yang mencukupi. Bahagian yang perlu dititikberatkan juga adalah leher dan telinga.
Penggunaan semula pelindung matahari adalah penting di bawah mana-mana matahari, Indeks UV yang mengenal pasti kekuatan sinaran UV adalah melebihi tiga antara 9.30 pagi dan 4.30 petang. Jadi perlindungan matahari termasuk bahan teduhan seperti, pakaian, topi, cermin mata hitam dan pelindung matahari harus digunakan untuk melindungi kulit.
Sebagai pemakai mekap, anda akan rasa bersalah kerana tidak memakai semula pelindung matahari dengan kerap seperti yang sepatutnya ketika berada di bawah sinar matahari, alasannya takut tercabut foundation. Ohhh Tidak!!
Sekiranya anda biasa menggunakan solekan dengan span lembap tetapi kunci kepada penggodaman ini ialah memastikan ia kering. Nah! Segera capai Beautyblender, sapukannya dengan pelindung matahari yang disukai. Hasilnya melembapkan kulit, menghidrat dan menjadikan wajah anda bersinar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Nama Nadiya Hussain mula menjadi sebutan ramai seluruh dunia setelah berjaya merangkul gelaran juara dalam pertandingan memasak di England iaitu Great British Bake Off...