Rupanya ramai ya tak suka pada sayur-sayuran ni sebenarnya. Tak sedap katanya. Kalau cakap pasal sayur, beribu alasan pun boleh keluar. Betul tak? Tahukah anda jika seseorang itu kekurangan sayur atau tidak mengambil sayur langsung akan menyebabkan banyak yang terjadi pada diri anda. Salah satunya adalah cepat jatuh sakit!
Di dalam piramid makanan sendiri terdapat sayuran dan demi kesihatan juga anda perlu juga mengambil sayur-sayuran. Sayur-sayuran tertanya mempunyai banyak sangat manfaat untuk tubuh badan anda. Jadi kenapa perlu ada alasan untuk tidak mengambilnya.
Salah satu contoh adalah Brokoli. Brokoli merupakan sayuran yang paling sihat untuk di ambil agar boleh dimakan dan mendapatkan imun tubuh yang baik. Selain itu, Brokoli juga kaya dengan vitamin dan juga mineral. Kerana ia mengandungi vitamin A, C dan E, serta serat dan antioksidannya.
Melalui laman sesawang Eat This Not That, sayur mempunyai pelbagai vitamin dan mineral yang sangat diperlukan dalam tubuh. Apabila seseorang itu kekurangan sayur, anda akan lebih memilih untuk makan makanan yang tinggi lemak, karbohidrat dan boleh cenderung pada kekurangan tenaga. Ia akan menyebabkan anda mudah lupa dan perubahan mood. Oleh sebab itu, anda perlu mengganti menu makan menjadi sihat dan banyak sahur untuk mencegahnya.
Artikel Berkaitan: Ada Buah & Sayuran Tertentu Bila Kita Makan Boleh Sebabkan ‘Angin’ & ‘Kembang Urat,’ Ini Faktanya
Selepas makan pasti lapar lagi? Itu adalah tanda kerana anda kekurangan sayur. Oleh kerana serat kaya dari sayuran dapat meningkatkan rasa kenyang berlangsung lama serta mempertahankan tenaga. Ini akan menyebabkan anda kerap makan terutama makanan yang tidak berkhasiat. Bila dah makan makanan yang tidak sihat, naik berat badan jadi masalah lain lah pulak! Jadi? Penyelesaiannya, ambil sayur-sayuran untuk mengawal sikap kerap makan-makanan yang tidak sihat dan tidak kira masa.
Menurut Nutrisionist dan penulis The Small Change Diet, sayuran mengandungi antioksidan yang dapat melindungi tubuh dari radikal bebas yang mampu merosakkan kulit. Jadi jika anda mahu kulit yang menyerlah dan anda perlu memasukkan sayur dalam menu makan setiap hari. Semestinya anda tidak mahukan kulit kusam sebab nampak muram je kan. Jadi, jangan lupa untuk mengambil sayur-sayuran.
Sekiranya anda kurang sayur, ia akan menyebabkan stres pada tubuh anda. Apabila kekurangan magnesium akan menyebabkan anda mudah stres. Cepat pening kepala pun sama. Sumber magnesium yang terbaik adalah dari sayuran hijau yang mempunyai warna gelap seperti bayam.
Apabila anda mudah sakit ini bermakna anda kekurangan sayur pada tubuh badan. Nutrisi dan vitamin di dalam sayuran akan menjaga imun tubuh badan anda. Jadi dengan pengambilan sayur dapat membantu meningkatkan imunisasi badan.
Artikel Berkaitan: Jika Anda Jenis Tak Suka Minum Banyak Air, Boleh Makan Buah-buahan & Sayur-sayuran Ini
Semestinya kekurangan sayur akan menyebabkan anda untuk sukar membuang air besar. Ini tidak bagus sebab ia akan menyebabkan terdapat banyak toksin di dalam badan. Jika anda mengambil sayuran, ia akan membuatkan tubuh badan anda mendapat air yang secukupnya dan juga meningkatkan serat harian anda.
Akhir kata, sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting untuk kesihatan dalaman dan luaran. Terdapat pelabagai cara untuk anda makan sayur seperti campurkan sayur atau buah ke dalam hidangan anda untuk mendapatkan tekstur yang lebih sedap dan menarik. Cuba amalkan mengambil sayur setiap hari ya!
Sumber:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.