Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza dan cerita mereka tersendiri. Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada ujian. Ujian dan dugaan merupakan asam garam dalam kehidupan.
Tidak kira siapa pun kita, sama ada pekerja, majikan, usahawan, jutawan, ahli politik dan lain-lain pasti akan berdepan ujian-ujian tertentu. Namun sebagai umat Islam, percayalah bahawa Allah SWT tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita sendiri.
Baru-baru ini telah tular di laman Tiktok mengenai seorang warga emas yang menjual minuman Milo Kotak di tepi jalan raya, berhadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Saraswathy Jalan Klang Lama. Video tersebut telah mendapat perhatian dan membuatkan orang ramai sebak.
Awalnya, wanita yang memuat naik video tersebut iaitu @b.fastoree2, meluahkan rasa sebak apabila terlihat makcik yang menjual air kotak bawah flyover
itu kepenatan sehingga tertidur.“Ya Allah, kesiannya makcik ni mesti penat sangat sampai tertidur” tulisnya.
Tambahan itu, makcik tersebut turut menceritakan penat lelahnya mencari rezeki setelah kehilangan suami tercinta.
“Suami makcik dah lama meninggal nak.”
Wanita tersebut juga menyatakan bahawa apabila disebut sahaja mengenai suaminya, makcik itu terus menangis akibat terlalu rindukan peneman hidupnya itu. Lebih menyedihkan, makcik tersebut menceritakan bahawa dia terpaksa berjalan kaki setiap hari demi menyara dirinya sendiri.
@b.fastoree2 Inshallah ada rezeki kita jumpa lagi ye makcik . Doakan semua ” Ya Allah Semoga makcik sihat selalu, diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan . Aminn #fyp ♬ original sound – B.FASTOREE
Wanita yang memuat naik video tersebut tidak dapat menahan sebak apabila mendengar kisah makcik tersebut dan menempah Grab untuk menghantarnya pulang.
Namun, ketika dia menghantar makcik tersebut, dia menyedari bahawa rumah makcik itu agak jauh dan bertambah sebak memikirkan kekuatan makcik tersebut yang berjalan kaki setiap hari. Tambah lagi, rumah makcik itu juga hanya mempunyai tangga dan tiada kemudahan lain.
“Rumah makcik ini jauh korang. Kadang dia patah balik rumah untuk menunaikan solat. Selepas itu, dia datang semula menjual air kotak.”
Di penghujung video, wanita tersebut sempat menitipkan pesan buat makcik itu untuk menjaga dirinya dan berjumpa lagi jika ada rezeki.
Artikel Berkaitan: Usah Mengeluh Ketika Diuji Allah S.W.T, Malah Bersyukur Kerana….
Meninjau ke ruangan komen TikTok tersebut yang kini mempunyai lebih 177.7K kesukaan, orang ramai turut merasa sebak dan mendoakan makcik tersebut. Rata-rata netizen juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih buat wanita yang telah membantu dan memuat naik video tersebut.
“Dia terlelap tu je dah cukup buat aq sebak,rumah jauh lg pstu boleh patah balik utk solat lg,limpahkn rezekinya ya Allah..”
“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan makcik ni, semoga rezeki makcik ni melimpah ruah and sihat tubuh badan 🤲 amin”
“Allahu.. semoga Allah lindung cik ni. Terima kasih sis tolong dia”
“Takboleh la tengok mcmni. Auto sebak dada sakit sgt tahan Sedih😭 Ya Allah, Engkau murahkanla rezeki Makcik ini dan permudahkan la urusan seharian dia”
“Sebaknya dada 🥺🥺🥺ya Allah permudahkan urusan dunia akhirat mak cik ni diberi kesihatan yg baik diberi rezeki seluas lautan…”
Selain itu, ramai netizen yang turut bertanya mengenai lokasi makcik tersebut untuk memberikan bantuan bahkan ada yang sukarela mahu menjaga makcik tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Sanggup Hantar Naik Motor Redah Hujan Demi Saya’-Pengorbanan Ibu Lelaki Ini Buat Netizen Sebak
Sumber: Tiktok @b.fastoree2
MasyaAllah, semangat netizen yang prihatin membuktikan bahawa sesungguhnya kita semua adalah bersaudara, saling menyayangi dan membantu antara satu sama lain. Semoga dikurniakan rezeki dan kesihatan yang lebih baik buat makcik ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.