Sayangnya Nak Buang! Jovian Mandagie Hasilkan Gaun PPE Eksklusif Buat Frontliners

Share

Bagi menghargai para petugas barisan hadapan (frontliners), pereka fesyen terkemuka, Jovian Mandagie telah menghasilkan rekaan gaun Personal Protective Equipment (PPE) buat mereka. Menariknya, pakaian tersebut kelihatan sangat cantik dan eksklusif sehinggakan rasa sayang untuk dibuang!

Menurutnya, ini usahanya ini adalah kecil sahaja daripadanya jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh frontliners. Beliau juga berharap moga inisiatif dapat membantu mereka yang selama ini sudah banyak berkorban buat negara.

Eksklusif sangat! Pastinya para petugas barisan hadapan rasa dihargai apabila menyarungkan sut PPE ini.

Jovian juga turut berkongsikan bukan hanya petugas frontliners sahaja hero negara, malah abang Grab, abang Poslaju dan sesiapa sahaja yang berkhidmat dapat servis penghantaran juga layak disanjung. Terima kasih semua!

Published by
Qistina