Sebak membaca perkongsian daripada penyanyi Bienda di Instagram peribadinya tentang kisah pemergian adik kesayangannya, Nurfazlinda Ahmad Fazli atau Alin yang meninggal dunia pada 28 Mac lalu akibat kanser hati.
Segalanya berlaku terlalu pantas. Bienda dan ahli keluarga sempat menjaga arwah Alin selama sebulan di hospital dan kemudiannya arwah ‘dijemput’ oleh Pencipta pada bulan mulia.
Arwah yang masih bujang kembali kepada Pencipta-Nya pada usia 24 tahun. Paling tersentuh, arwah Alin berjaya khatam Quran sehari sebelum pulang ke Malaysia ketika mengerjakan ibadah umrah. Masha-Allah!
BACA JUGA: 15 Tahun Menyepi, Bienda Kongsi Perkembangan Terkini Waheeda ‘Wassini’
Dalam hantarannya, Bienda yang juga anak kepada penyanyi dangdut Sheeda meluahkan kesyukuran apabila hajat arwah adiknya untuk menunaikan umrah tercapai.
Bienda juga bersyukur apabila arwah adiknya kelihatan gembira sepanjang beribadah. Arwah juga sempat khatam Quran di tanah suci.
“Alin adik Kak Bienda yang paling cantik. Alin nak sangat pergi umrah walaupun waktu tu Kak Bienda last minute nak cancel dan tunda trip umrah tu tahun ni. Nak jadikan cerita memang trip umrah tu jemputan untuk Alin rupanya.
View this post on Instagram
“Tak tahu kak Bienda kalau Alin memang betul-betul nak pergi. Sampai menangis masa tahu nak cancel, tambahan siap dia survey travel umrah lain nak pergi sendiri.
“Memang nampak effort Alin dalam ibadah. Sebab syarat Kak Bienda satu saja, you kena khatam Quran then kita pergi.
“Bersungguh-sungguh la Alin baca dari Malaysia sampai ke Makkah then sampai ke Madinah walaupun ada waktu Alin demam on off. Alhamdulillah, Alin khatam sehari sebelum kami berangkat balik ke Malaysia,” kongsi Bienda.
Alin ‘Pergi’ Lebih Awal
Setiap yang pergi takkan kembali. Bagi Bienda, dia redha dengan ketentuan Ilahi dan yakin Allah SWT lebih sayangkan arwah.
“Alin pergi paling awal dari kita adik beradik. Sampai semua terkejut dan tak percaya Alin dah tak ada. Tempat Alin sekarang tempat yang paling baik,” ungkap Bienda.
Untuk info, Allahyarhamah Nurfazlinda meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 pagi pada 28 Mac 2024 dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aal-fatihah (dibaca).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI