
Kebanyakan dari kita mesti jarang mendengar mengenai ‘Hoarding Disorder‘ kan. Tetapi sedarkah kita bahawa kebanyakan daripada sebenarnya mengalami masalah ini. ‘Hoarding Disorder‘ adalah satu tabiat sayang nak buang barang hingga terkumpul dengan banyaknya. Eh, macam biasa je kan ? Jom kita baca perkongsian mengenai hoarders ini menerusi @AimanPsikologi di twitter.
Nampak macam simple tapi parah sebenarnya.

Sayang nak lepaskan barang walaupun tak bernilai.

Prinsipnya selalu, “Manalah tahu, nanti-nanti nak pakai.”

Pantang orang alih barang tanpa izin!
Hoarder akan selalu rasa tidak tenang.

Hoarder ini perlu dirawat kerana bagi kesan kepada orang lain.

Kenapa bila travel kita rasa tenang ?

Jadi, ada tak ciri-ciri hoarder dalam diri anda? Jika ada, anda perlulah cepat-cepat mendapatkan rawatan sebelum lebih melarat.
kredit: twitter @AimanPsikologi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tip Pilih Kaca Mata Ikut Bentuk Muka, Supaya Tudung Tak Kembang, Wajah Tak Nampak Pelik. Barulah On Point!

Jika mahu memilih kaca mata tidak boleh sebarangan, lagi-lagi untuk hijabi. Kalau tidak sesuai dengan wajah, penampilan anda akan jadi pelik. Lebih-lebih lagi berhijab, banyak yang perlu dititikberatkan supaya cantik dan on point bila dipandang yang penting muka tak nampak pelik dan tudung pun tak kembang.
Apabila kita memakai hijab boleh mengubah bentuk wajah, jadi secara automatik kaca mata yang dipilih harus disesuaikan dengan betul. Kaca mata ialah aksesori yang akan tampak jelas di wajah, malah memberi efek yang berbeza terhadap imej si pemakai. Untuk itu, anda wajib tahu apa tip memilih kaca mata mengikut bentuk wajah, sesuai dengan hijabi seperti anda.
Tip yang pertama

Kenal pasti wajah anda, sama ada berbentuk bujur, petak, hati, segitiga ataupun bulat. Ini kerana setiap bentuk muka memerlukan frame atau bingkai kaca mata yang berbeza.
Tip yang kedua
Selepas sudah mengenal pasti bentuk wajah anda, sekarang anda boleh sesuaikan mengikut frame dan bingkai kaca mata seperti di bawah:
- Wajah bentuk bulat: Selalunya berpipi ‘chubby’, oleh itu anda perlu memilih bingkai yang berbentuk bersegi panjang dengan sudut yang tajam

- Wajah bentuk bujur: Mereka yang berwajah bujur atau ‘oval’ bebas untuk memilih bentuk frame apa saja, anda sangat bertuah jika memiliki bentuk wajah bujur!

- Wajah bentuk petak: Mereka yang berwajah petak sesuai memilih frame berbentuk oval, bulat dengan tepi melengkung, atau bersegi panjang

- Wajah berbentuk Hati: Mereka yang mempunyai wajah berbentuk hati lebih sesuai memilih bingkai berbentuk cat eyes,yaitu bingkai yang lebar di bahagian atas dan menyempit di bahagian bawah, dan berdiameter tebal

- Wajah berbentuk Segitiga: Mereka yang berwajah segi tiga boleh memililih kaca mata yang memiliki sudut melengkung atau oval.

Selepas anda praktikkan tip ini, pasti penampilan anda berkaca mata lebih wow dan menarik perhatian siapa sahaja yang memandang !
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rambut Rosak Punca Tudung Berbau ‘Kepam’, Ini Cara Amira Othman Atasinya!

Terutama sekali bagi wanita yang bergelar ‘public figure’ atau selebriti yang perlu sentiasa tampil ‘on point’, lihat sahaja figura penyanyi dan pelakon Amira Othman yang sentiasa kelihatan manis dan cantik setiap kali berhadapan dengan orang ramai.
Justeru, team HIJABISTA berkesempatan bertanyakan kepada Amira apakah rutin yang sesering dilakukan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan rambutnya. Meski seharian perlu mengenakan tudung emi menutup aurat. Nah ini dia beberapa tip yang di kongsikan Amira. Jom semak!
1. Meski Berhijab, Sentiasa Ke Salon Rambut

Walaupun berhijab, Amira tidak sesekali mengabaikan kesihatan dan kesegaran rambut. Amira akui sering menghabiskan masa ke salon kecantikan sama seperti perempuan yang lain.
2. Syampu, Perapi Rambut, Hair Mask Is A Must!

Selain daripada mendapatkan rawatan rambut dari salon-salon kesukaannya, Amira akui sentiasa menitik beratkan soal produk barangan rambut yang dipakai. Syampu, Perapi rambut dan ‘hair mask’ adalah perkara wajib untuknya menggunakan setiap kali mencuci rambut.
3. Jangan Ikat Rambut Waktu Basah!

Perkara paling penting Amira tidak akan sesekali mengikat rambut sekiranya ia masih basah. Perkara ini bukan sahaja membuatkan rambut ‘berbuah’ dan berkelimumur, malah akan mengakibatkan rambut berbau hapak! Sebaiknya dia akan mengeringkan rambut terlebih dahulu kemudian barulah mengikat rambut.
Jadi wanita yang bekerjaya, perlulah menjaga dan menitikberatkan kesihatan rambut. Bukan sahaja demi keselesaan diri sendiri. Malah, untuk kemaslahatan orang sekeliling juga. Kalau rambut berbau akan membuatkan tudung menjadi kepam.
Jom sama-sama amalkan tips yang telah dikongsikan oleh Amira ni!
Sumber foto: Instagram Amira Othman
Artikel berkaitan: “Dah Lama Nak Nyanyi Lagu ‘Air Tangan’ Faizal”- Teruja Duet Bersama, Impian Amira Jadi Realiti!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cabaran Diet Air Lemon 14 Hari, Resipi Mudah Untuk Menurunkan Berat Badan

Detoksifikasi selalu menjadi penyelesaian yang baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan. Tetapi, jika anda memulakan puasa rendah kalori, tubuh anda akan kelaparan dan metabolisme anda akan menjadi perlahan kerana nutrien penting yang hilang. Oleh itu, untuk mengelakkan kekurangan nutrien badan, anda perlu menambahkan air lemon ke dalam rancangan diet anda.
Cabaran air lemon selama 14 hari untuk menurunkan berat badan. Hanya 14 hari dan anda boleh kehilangan berat tambahan anda. Hasilnya akan sempurna dan badan anda akan bersyukur dengan idea diet ini.
Mengapa mesti air lemon? Lemon adalah buah yang hebat, kerana rendah kalori dan kaya dengan vitamin. Anda juga harus tahu bahawa senaman pasti dapat membantu menurunkan berat badan, tetapi tidak ada gunanya jika anda makan lebih banyak kalori daripada yang anda bakar. Jadi, anda perlu menggabungkan senaman dengan diet yang sihat untuk mencapai hasil yang sempurna. Lebih-lebih lagi, cabaran air lemon selama 14 hari akan membantu anda mempercepat proses menurunkan berat badan.
Nilai Sebiji Lemon

Lemon dibungkus dengan vitamin dan rendah kalori, itulah sebabnya ia adalah pilihan yang tepat untuk cabaran air lemon selama 14 hari. Sudah diketahui umum, bahawa buah sitrus ini adalah salah satu sumber vitamin C terkaya, tetapi apa lagi yang dapat ditawarkan kepada anda? Inilah nilai pemakanan sebiji lemon.
Inilah Cabaran Air Lemon 14 Hari

Hari 1:
Campurkan sebiji lemon yang diperah dengan secawan air dan ambil sejurus selepas bangun tidur .
Hari 2:
Campurkan dua lemon ke dalam dua cawan air. Anda boleh menambah madu untuk penambah rasa. Minum sebelum makan sarapan pagi.
Hari 3:
Campurkan jus dari tiga lemon dengan tiga cawan air dan sedikit madu.
Hari 4:
Campurkan jus dari empat lemon dengan empat cawan air dan sedikit madu. Minum dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang sebelum tidur.
Hari 5:
Perah lima lemon dan campurkan jusnya dengan 5 cawan air dan madu. Minum dua kali sehari.
Hari 6:
Campurkan jus dari enam lemon dengan enam cawan air dan sedikit madu. Ambil campuran tiga kali sehari.
Hari 7:
Campurkan jus dari tiga lemon dan 10 cawan air. Minumnya tiga kali sehari sebelum makan.
Hari 8:
Gunakan 6 lemon dan 6 cawan air untuk membuat minuman.
Hari 9:
Minum jus dari 5 lemon, 5 cawan air dan satu sudu madu.
Hari 10:
Campurkan 4 lemon dengan 4 cawan air dan satu sudu madu.
Hari 11:
Perah 3 lemon dan campurkan jusnya dengan 3 cawan air. Masukkan satu sudu teh madu dan minum dua kali sehari.
Hari 12:
Campurkan jus lemon dari 2 lemon dengan 2 cawan air dan minum pada waktu pagi sebelum sarapan.
Hari 13:
Minum jus dari sebiji lemon dan satu cawan air.
Hari 14:
Sediakan minuman dari 3 lemon dan 10 cawan air. Juga, tambahkan satu sudu madu sebelum anda memakannya.
Kebaikan Air Lemon

Jadi, adakah air lemon baik untuk anda dan adakah air lemon membantu menurunkan berat badan? Jawapannya adalah ya, jika anda melakukannya dengan cara yang betul. Minum air lemon panas, serta air lemon sejuk, boleh memberi anda faedah berikut:
- Menggalakkan pencernaan yang lebih baik
- Menambah penghidratan
- Memperbaiki keadaan kulit.
- Boleh menggalakkan penurunan berat badan.
- Membekalkan anda dengan vitamin C.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

Hoarder akan selalu rasa tidak tenang.

