Pada zaman sekarang, memang agak sukar untuk kita mencari pembantu rumah yang betul-betul boleh dipercayai. Jadi, amat beruntunglah jika anda menemuinya.
Cukup menghargai pembantu rumahnya, Wawa Zainal akui berat dan sedih untuk melepaskan Bibik Salma pulang ke tanah airnya kerana hubungan mereka sudah cukup akrab seperti sebuah keluarga.
Selamat Jalan salma. bibik kesayangan ku😭😭😭
sangat berat nak lepas kan orang yg kita sayang. tapi wawa sedar setiap pertemuan pasti ada perpisahan
🥺🥺 jaga diri mu. terima kasih atas semua memori ..😭😭😭😭😭😭background song : bo go ship da stairway to heaven
Sangat rapat bersama anak bongsu Wawa iaitu Aya Soffya, rata-rata pengikut laman sosial Wawa turut berasa sebak melihat momen terakhir bibik Salma bersama si puteri bongsu sebelum berpisah.