“Saya WANITA Biasa & Hanya ALLAH Tahu Niat Kita” – SINDIRAN Halus Intan Pada Netizen Yang KECAM Kemunculannya Di TV

Share

Sejak kes perceraiannya dengan bekas suami selesai, rezeki Intan Liana Salleh semakin melimpah ruah. Malah wanita yang juga ibu kepada dua anak ini juga turut menjadi popular dalam sekelip mata. Ramai yang menaruh simpati padanya setelah diceraikan oleh suaminya disebabkan kehadiran orang ketiga. Selain disunting menjadi model Muslimah bagi jenama tudung AliffbySha, baru-baru ini Intan juga turut dijemput sebagai tetamu di rancangan Meletop. Namun kehadiran Intan mendapat kecaman kerana ramai mempersoalkan kehadirannya di set berkenaan.

Ternyata Intan tidak melatah dengan situasi itu sebaliknya dia menjelaskan sebelum ini dia sebenarnya menolak untuk ajakan berkenaan. Tetapi akhirnya terpaksa akur dengan pelawaan team Meletop.

Mengambil kesempatan muat turut status di laman instagramnya, Intan dengan rasa rendah diri

memohon maaf jika ada yang tidak senang dengan kehadirannya itu.

Malah dia juga sedar dirinya bukan sesiapa, hanya seorang insan biasa yang mahu mencari rezeki dan peluang yang datang tidak akan ditolak sementelah perlu menyara kehidupan di samping dua anak yang masih kecil.

Intan juga turut berterima kasih kepada netizen yang terus mendoakan dan sentiasa menyokong  pembabitannya dalam aktiviti yang dilakukannya sekarang. Dia turut mendoakan netizen bahagia dengan kehidupan masing-masing. Menurut Intan juga niatnya hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Posting ini mendapat reaksi positif dari followernya. Masing-masing memberitahu bahawa rezeki Allah itu terbuka luas untuk hamba-Nya. Masing-masing menganggap setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

@shilslovelystoreRezeki Allah terbuka luas utk awk intan..Alhamdulillah

@syaya.houseshopRezeki kita xpernah tahu. Tapi yg pasti setiap yg berlaku ada hikmah nya. Be strong intan. Awak kuat!!!

@mayatimanRezeki Allah tak pernah salah, sudah termaktub ianya milik awak intan ?. u deserved to be there. stay positive and keep strong ya!

Ramai juga yang memberi semangat dan sokongan pada Intan agar terus kuat menghadapai setiap cabaran.

@korset_ultraslim_murah Be positive and stay strong dear

@athiraajohari__@__iiiintan.saleh : rupa paras secantik tingkah lakunya. Be strong kak intan. Kak lawa sgt. Semoga kak terus kuat dan kuat menjalani hari2 mendatang. Insyallah rezeki akak lepas ni Allah perluaskan lagi. Semoga rezeki kak intan melimpah ruah. Dan semoga urusan kak sentiasa dipermudahkan 

@hudaasein Stay positive bonda pintu rezeki terbuka tu.. Semoga dipermudah urusan bonda n anak anak

@sitiarfah85Stay humble and be strong bonda intan…

@psychoo_psychicOrang yg baik dan ternianya pasti rezeki dtg tanpa diduga.. always happy n strong ya kak.. Allah tahu isi hati Akak..

Tidak dinafikan sejak terbabit dalam bidang modeling, penampilan Intan juga sudah semakin cantik dan bijak bergaya. Jom kita lihat #OOTD Intan Liana setelah bangun dari kekecewaan.

#1. Gorgeous

#2. Stailo

#3. Simple

#4. Sweet

#5. Cantik

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ASHHANNASINTAN LIANA 

 

 

 

 

Published by
Siti Zurina