Pengakuan pelakon Julia Farhana ketika dia cuba untuk terus memakai imej berhijab.
Julia berkata dia tidak memakai tudung semasa penggambaran tetapi akan memakainya semula selepas penggambaran.
Artikel Berkaitan : Akui ‘Susah’ Istiqamah, Anzalna Berdoa Allah Kurniakan Ketetapan Hati Agar Kekal Berhijab
Bagaimanapun, Julia menafikan bahawa keputusannya untuk tidak bertudung sepenuhnya akan menjejaskan sumber pendapatan dan kerjayanya.
“Sebenarnya, orang tidak tahu saya sudah pakai hijab selama empat tahun secara ‘on-off’, cuma masih belum betul mengubah penampilan (sepenuhnya).
“Namun, tahun ini saya tergerak hati untuk terus pakai dan mahu terus istiqamah,” jelasnya.
Pada masa yang sama, isteri kepada doktor sensasi Dr. Che Muhammaf Hafiz bahawa dia sedang berusaha memperbaiki penjagaan auratnya.
“Meskipun sudah bertudung banyak lagi perkara saya tidak tahu dan saya masih dalam proses pembelajaran.
“Selepas bertudung, ada orang tegur saya bahawa kaki juga aurat dan saya baru tahu perkara tersebut.
“Saya akan tetap melakukan kesilapan dalam menutup aurat jadi beri saya masa untuk belajar menjadi lebih sempurna,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Julia Farhana berketurunan Melayu dan Itali dan dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah. Pada 14 Disember 2022, dia berkahwin dengan Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum. suaminya, dr. Che Hafiz, merupakan bekas suami kepada selebriti Lufya Omar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.