Kontroversi yang tercetus dalam program reaiti Big Stage 2022 semalam masih belum reda dan sedang hangat diperkatakan oleh netizen. Pun begitu, ada satu lagi perkara yang menjadi tumpuan netizen sepanjang program itu berlangsung. Nak tahu apa dia?
Rupa-rupanya, penampilan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga merupakan salah seorang juri untuk program itu menjadi perhatian ramai apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggayakan busana rona hijau pucuk pisang yang tampak menawan! Busana rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini itu menjadi perhatian ramai apabila rata-rata netizen mula memenuhi ruang komen di laman Instagram Dato’ Sri.
Dato’ fabulous malam ini!
Malah, bukan hanya busana, gaya solekan serta pengayaan tudung bawal Dato’ Sri juga mendapat pujian ramai. Hasil solekan daripada jurusolek popular, Epie Temerloh menjadikan wajah Dato’ Sri tampak eksklusif dan mahal, namun masih memiliki unsur manis dalam gaya solekannya! Mungkin penggunaan rona hijau sebagai pembayang mata menarik minat ramai untuk menatap wajah penyanyi kesayangan ramai ini!
Cair tengok CTDK!
“Saya strict sikilah minggu ni ya..”
Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggalas tanggungjawab selaku juri tetap dalam program realiti Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai. Terkenal dengan sifat lemah lembutnya, kali ini, Dato’ Sri ingin menjadi tegas sedikit berbanding dahulu.
Ramai juga netizen yang memberi komen mengenai ‘statement’ dari Dato’ Sri itu. Ada yang mencadangkan untuk Dato’ Sri menjadi tegas setiap minggu dan jangan bagi peluang kepada peserta program realiti itu! Ada-ada sahaja netizen kita ni ya!
Sumber gambar: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe