Kontroversi yang tercetus dalam program reaiti Big Stage 2022 semalam masih belum reda dan sedang hangat diperkatakan oleh netizen. Pun begitu, ada satu lagi perkara yang menjadi tumpuan netizen sepanjang program itu berlangsung. Nak tahu apa dia?
Rupa-rupanya, penampilan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga merupakan salah seorang juri untuk program itu menjadi perhatian ramai apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggayakan busana rona hijau pucuk pisang yang tampak menawan! Busana rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini itu menjadi perhatian ramai apabila rata-rata netizen mula memenuhi ruang komen di laman Instagram Dato’ Sri.
Malah, bukan hanya busana, gaya solekan serta pengayaan tudung bawal Dato’ Sri juga mendapat pujian ramai. Hasil solekan daripada jurusolek popular, Epie Temerloh menjadikan wajah Dato’ Sri tampak eksklusif dan mahal, namun masih memiliki unsur manis dalam gaya solekannya! Mungkin penggunaan rona hijau sebagai pembayang mata menarik minat ramai untuk menatap wajah penyanyi kesayangan ramai ini!
Ads
Cair tengok CTDK!
“Saya strict sikilah minggu ni ya..”
Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggalas tanggungjawab selaku juri tetap dalam program realiti Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai. Terkenal dengan sifat lemah lembutnya, kali ini, Dato’ Sri ingin menjadi tegas sedikit berbanding dahulu.
Ads
Ramai juga netizen yang memberi komen mengenai ‘statement’ dari Dato’ Sri itu. Ada yang mencadangkan untuk Dato’ Sri menjadi tegas setiap minggu dan jangan bagi peluang kepada peserta program realiti itu! Ada-ada sahaja netizen kita ni ya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Heboh di laman sosial tentang gadis yang mahu memiliki kulit yang putih dengan mengambil pelbagai pil dan suplemen memutihkan kulit. Sebenarnya anda tidak digalakkan untuk mengambil sebarang suplemen kerana ia boleh membahayakan kesihatan. Ada pelbagai cara lain lagi untuk memiliki kulit yang cerah.
Selain mewarisi gen cerah dari salur galur keturunan kita atau membuat rawatan di spa, ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mencerahkan kulit. Caranya mudah saja melalui pemakanan. Walaupun kesannya lambat tapi tiada kesan buruk di kemudian hari. Namun apakah makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit cerah berseri seperti yang diidamkan?
Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut. Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari. Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.
Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A. Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon. Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Oleh itu, banyakkan mengambil soya setiap hari.
Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung. Di samping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap.
Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak kebelakangan ini ramai hijabi lebih senang memilih kerjaya sebagai instafamous atau influencer. Membuat paid review dengan menggunakan medium laman sosial instagram, kebanyakan dari mereka berpeluang jana pendapatan cecah ribuan ringgit. Salah seorangnya adalah influencer yang viral kerana mempunyai wajah persamaan dengan penyanyi popular, Aiman Tino. Pyka Rahman yang berasal dari Temerloh Pahang ini baru berusia 19 tahun dan bekerja sepenuh masa sebagai influencer. Dia juga mengumpul follower di laman instagram 111K.
Menurut Pyka dia tidak menyangkan akan terbabit dalam kerjaya ini. Malah bersyukur kerana persamaan wajahnya dengan penyanyi remaja popular Aiman Tino membuka ruang dan peluang untuk kekal popular di alam maya.
“Hahahaha thank you Aiman! Kalau tak kerana muka dia, belum tentu Pyka jadi seperti hari ini. Sebenarnya tak sama pun, cuma ada beberapa gambar yang nampak sedikit sama. Tetapi tetap disebabkan viral, Pyka dapat naikkan nama Pyka di alam maya.
“Pyka start jadi influencer pada Mac 2017. Pada mulanya, saya terima klien untuk review product mereka di account instagram Pyka. Dari situ Pyka buat duit dengan ambil sedikit bayaran untuk setiap slot review yang klien mahukan.
“Semakin lama, semakin banyak permintaan. Dari review, Pyka mula hadir ke event beberapa jenama. Biasanya kalau untuk hadir event pun Pyka ambil bayaran. Ini kerana klien minta kita post di instagram. Sampai ke hari ni Pyka masih lagi review product dan juga hadir ke mana-mana event,” ujarnya membuka cerita permulaan bergelar influencer.
Tambahnya lagi, setelah hampir setahun dalam bidang ini Pyka mula terasa keseronokannya. Malah dia juga turut mendapat pendapatan dengan cara cukup mudah.
“Income yang kita dapat hanya dengan cara yang mudah. Misalnya jika satu event dalam RM300 hingga RM500. Kita cuma perlu hadir ke event dan ambil gambar. Dan kalau attend event tu adalah salah satu yang Pyka suka sebab dapat menambah kenalan baru.
“Sebulan Pyka melalui laman instagram, Pyka boleh dapat pendapatan sekitar RM3 ribu hingga ke RM6 ribu sebulan bergantung pada sesuatu musim. Lagi rajin kita buat review lagi tinggi hasil pendapatan kita,” jelas Pyka yang gemar membuat review produk klien skincare dan juga outfit.
Tambahnya dia tidak kisah berulang alik dari tempat tinggalnya di Temerloh ke Kuala Lumpur jika perlu menghadiri event daripada klien.
“Saya tak kisah berulang alik. Lagipun tak jauh dalam 3 jam sudah boleh sampai ke Kuala Lumpur. Biasanya saya akan tinggal dua tiga hari dan pergi untuk beberapa event. Saya suka pergi sebab boleh tambah kenalan.
“Pyka sebenarnya adalah full time influencer dan dalam masa sama part time study marketing. Jadi setiap kali tak ada event, Pyka akan join open marketing class yang ada. Untuk tambah ilmu marketing. Open marketing class pula cuma sehari dua sahaja dan tak menjejaskan waktu Pyka bekerja,” jelasnya yang turut mendapat sokongan ahli keluarga terhadap kerjayanya sekarang.
“Memandangkan background family Pyka juga dalam bisnes, jadi pada awalnya agak susah untuk mereka terima. Alhamdulillah sekarang, family sudah mula faham cara Pyka bekerja dan minat Pyka.
“Mereka bagi sokongan pada Pyka. Cuma Pyka akan beritahu setiap perkembangan Pyka kepada keluarga. Nasihat mereka asalkan pandai jaga diri sudah memadai,” cerita Pyka yang memberi tafsiran tersendiri maksud sebenar influencer itu.
Bagi Pyka influencer itu bermaksud sesuatu pengaruh yang menaikkan nama setiap brand yang bekerjasama dengan Pyka. Jika Pyka tidak mampu untuk naikkan nama dia orang, Pyka tak layak jadi seorang influencer.
“Memandangkan influencer ini hanyalah seorang social media celebrity, jadi pendapatan tidaklah setinggi golongan artis. Pendapatan yang tak menentu ini dan takut untuk upah orang lain bekerja dengan kita sebagai pembantu.
‘Jadi setiap kerja yang influencer dapat, kami kena aturnya sendiri. Mungkin disebabkan bahagian pengurusan itu kurang yang menjadikan influencer ini lambat dalam beberapa perkara,” jelasnya berkenaan soalan jika ada influencer yang bermasalah untuk dihubungi.
Menurutnya yang mempunyai follower lebih 100 ribu ini mengakui turut menerima kecaman daripada netizen. Walaupun masih muda, tetapi Pyka berjaya mengatasinya dengan cara tersendiri.
“Pyka cuma biarkan sahaja setiap kecaman dari netizen. Mungkin netizen yang suka mengecam ini sebab dia tak dapat apa yang kita dapat.
“Susah kalau kita nak minta netizen faham kita, jadi Pyka rasa biar Pyka yang faham netizen ini. Makin kita layan, makin dia orang suka mengecam,” katanya yang mula berhijab sejak usianya 6 tahun. Ibunya yang dipanggil Ummi telah membelikan tudung sejak dia masih kecil dan alhamdulillah masih kekal berhijab hingga kini.
Menurut Pyka dia sebenarnya tidak ada stail tertentu untuk hijab. Ini kerana setiap kali memakai tudung mesti dengan gaya yang berbeza-beza.
“Jika tanya sama ada bawal atau shawl? Dua2 pun Pyka suka. Sebab Pyka tak suka kekal dalam satu gaya sahaja. Untuk idola dalam berfesyen, Pyka jadikan Neelofa sebagai idola dan kalau di luar negara pula, Pyka jadikan Noor Tagouri sebagai idola,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua followernya yang sentiasa melihat kehidupan dia di instagram.
“Terima kasih atas komen positif yang dilemparkan. Pyka harap anda semua akan kekal dengan Pyka sampai bila-bila.
“Dan terakhir terima kasih untuk ummi. Ummi yang paling faham setiap minat Pyka hari ini dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk Pyka ILOVEYOUMOM,” tambah Pyka sebelum mengakhiri perbualan.
Kata orang kalau sudah jodoh tidak ke mana. Misalnya Fattah Amin dan Fazura yang mana bermula cinta lokasi akhirnya jodoh mereka berdua sudah tertulis di Loh Mahfuz sebagai pasangan suami isteri.
Bagi wanita, pastinya lelaki yang terbaik akan dipilih untuk dijadikan calon suami terbaik. Yang mampu menjadi imam untuk membimbing dirinya ke jalan yang diredai Allah. Maklumlah perkahwinan bukan perkara main-main kerana tersalah pilih boleh menyebabkan wanita merana. lebih-lebih lagi jika dapat lelaki jenis kaki pukul atau malas.
Mungkin inilah antara sebab mengapa lelaki yang sudah sah menjadi suami dijadikan pilihan paling baik dan memenuhi kriteria lelaki idaman. Jom kita semak tip memilih dan mencari lelaki yang baik bagi hijabi yang masih mencari calon difikirkan sesuai.
Dalam zaman yang mana kos sara hidup meningkat, pastinya kita mahu mencari suami yang berkemampuan dari semua segi. Maklumlah tanggungjawab mencari rezeki memang terpikul di bahu suami. Isteri masih boleh bekerja dalam istilah mahu membantu meningkatkan pendapatan seisi keluarga. Tetapi perlu meminta izin suami jika mahu bekerja.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
Apabila bercakap akan di kotakan dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Sering kali la mengajak suami ke arah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.
Ini yang paling beruntung jika dapat suami yang begini. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
Percaya kepada pasangannya dan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.
Lelaki sebegini yang patut kita jadikan calon suami terbaik. Bukan jenis yan memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.
Jika ada salah dia mudah maafkan setiap kesalahan dilakukan. Namun jangan asyik berbuat salah dan kemudian dengan senang meminta maaf. Cukup sekali dan belajar dari kesilapan dilakukan. Lelaki yang jenis tidak memaafkan ini dilabel sebagai seorang yang tinggi egonya.
Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia. Lihat sahaja keluarganya bagaimana. Jika semuanya baik-baik pastinya keturunannya juga begitu. Dan jika dikurniakan zuriat nanti juga akan lahir dari keturunan yang baik-baik juga. Insya-Allah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di