‘Saya Serendah & Seikhlas Hati Mohon Maaf’- Neelofa

Share

Berikutan tular mengenai kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), selebriti tersohor iaitu Neelofa telah membuat satu permohonan maaf kepada semua melalui sebuah video yang dihantar kepada rakan-rakan media hari ini.

Jelasnya, beliau dan suami, Haris Ismail serta ahli keluarga masing-masing telah pun memberi keterangan lanjut di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi mengenai pelanggaran SOP sewaktu majlis perkahwinannya pada 27 Mac yang lalu.

Selain itu, hos rancangan Next to Neelofa itu juga dengan serendah hati memohon maaf dan menerima keputusan daripada pihak berkuasa dengan hati yang terbuka.

“Saya serendah dan seikhlas hati memohon maaf dengan segala kesalahan berhubung SOP tidak kiralah dalam pengetahuan ataupun tidak.

“Saya serta suami mengakui dan menerima dengan hati terbuka untuk segala keputusan serta tindakan pihak berkuasa.

“Sekali lagi saya memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini, ada banyak perkara terlepas pandang dan sepatutnya memberi contoh lebih baik mengenai hal itu,” katanya dalam video tersebut,” jelas pelakon drama Red Velvet ini.

Tontonlah video yang telah dimuat naik di bawah ini bagi mendengar lebih lagi mengenai penjelasan daripada Neelofa.

Published by
QIST