Setiap manusia pasti akan mempunyai cara dan kisah tersendiri apabila ingin berhijrah ke arah kebaikan. Bekas pramugari, Nur Elisha Zulaikha memeluk islam dan memakai hijab sepenuhnya selepas sahaja ditugaskan membawa jemaah haji ke Jeddah. Allah membuka hatinya dan memberi hidayah selepas selesai tugasan di sana.
Wanita cantik berasal daripada Sarawak ini telah ditugaskan untuk mengurus penerbangan ke Jeddah dan di situlah permulaan hatinya terbuka ingin memasuki Islam. Elisha memutuskan untuk memeluk agama Islam mendapat restu ibu bapanya. Menurut Elisha, ketika berada di Jeddah, dia banyak mencari informasi berkenaan orang Islam, terutama sekali tentang pemakaian dan hijab. Menurutnya, dia ingin belajar tentang agama Islam dengan lebih mendalam. Dia juga banyak merujuk rakan muslim tentang Islam.
“Sampai di lokasi, saya merasa sangat tenang di sana dan entah mengapa hati dan fikiran saya terasa kosong,” ujarnya.
Sebelum memeluk Islam, Elisha juga pernah berkata yang dia rasa sangat tenang apabila melihat rakan-rakan muslim yang bertudung. Selain itu, di sekolah dia juga gemar memakai baju kurung dan meminta ibunya untuk membeli baju kurung. Setelah memasuki Islam, ibu Elisha sering mengingatkan anaknya supaya tidak meninggalkan solat. Malah, ketika dia sudah memeluk Islam ibu Elisha selalu mengingatkan dirinya supaya menukar alatan makanan yang baharu. Elisha yang merupakan anak tunggal itu, sudah menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam sejak dari sekolah lagi.
Artikel Berkaitan: Pernah Popular Dengan Sinetron Liontin, Naysila Mirdad Dikatakan Kini Sudah Memeluk Islam
Selepas dari penerbangan ke Jeddah itu, hasratnya ingin memeluk Islam menjadi lebih kuat dan menurut Elisha tiada halangan atau keresahan buat dirinya untuk memberitahu kepada ibu bapanya. Tidak lama dari itu, Elisha terus melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka yang dicintai. Elisha juga telah meyakinkan ibu dan bapanya bahawa dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan keluarga walaupun agama mereka berbeza. Malah, rezeki buat wanita ini kerana mempunyai ibu bapa yang sangat memahami anaknya yang ingin memeluk Islam.
“Saya takut nak bagitau ayah sebab saya tahu dia seorang yang tegas. Ayah saya diam dan dia terus bertanya sama ada betul ke saya ingin memeluk Islam, selepas 3 kali bertanya baru ayah nak jawab,” kata Elisha
Walaupun berbeza agama, tetapi ayahnya sentiasa mengingatkan Elisha supaya terus mempelajari ilmu agama Islam dengan baik. Menurut Elisha, bapanya juga memesan supaya tidak mempermainkan agama dan belajarlah tentang ilmu agama Islam. Sesungguhnya niat yang baik itu Allah pasti permudahkan. Rezeki buat Elisha.
Artikel Berkaitan: DJ Popular Indonesia, Nathalie Holscher Peluk Islam Lepas Dapat Hidayah Melalui Mimpi
Ketika pandemik Covid-19 berlaku, Elisha kehilangan pendapatan seperti pramugari yang lain, Elisha memutuskan untuk membuat bisnes. Walaupun pihak penerbangan ada memanggilnya untuk bekerja semula tetapi Elisha menolak dengan baik kerana ingin fokus istiqomah dan mendalami ilmu agama islam. InsyaAllah sama-sama kita doakan agar Elisha terus istiqomah.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.