Hanis Zalikha bukanlah satu nama baharu dalam industri seni tanah air. Dikenali menerusi penulisannya di dalam blog, nama Hanis kian dikenali apabila mula berjinak-jinak menceburi bidang peragaan, pengacaraan dan juga lakonan.
Pada awal pembabitannya di dalam bidang seni, Hanis sememangnya tidak mengenakan hijab. Tetapi sejak tahun 2015, Hanis mengambil keputusan untuk berhijab dan sekali gus turut mengubah seluruh kehidupannya.
Alhamdulillah, bukan mudah untuk membuat keputusan sebegini. Malah ketika mengumumkan penghijrahannya di Instagram (IG), dia akui berasa sangat gembira apabila dapat mengenakan hijab. Mama dan daddy Hanis juga sudah lama berdoa dan memberi hint untuk menjadi anak yang baik sebelum menjadi isteri yang baik.
Seperti yang boleh anda lihat sendiri di IG milik Hanis yang juga merupakan isteri kepada Hairul Azreen dan ibu kepada Yusuf Iskandar, dia dilihat sentiasa tampil cantik dan bergaya setiap masa. Lebih mengujakan apabila Hanis tetap maintain kurus dan ramping meskipun sudah mempunyai seorang cahaya mata. Agaknya apa rahsia Hanis ya?
Hijabista berkesempatan untuk bertemu Hanis Zalikha pada satu sidang media yang diadakan oleh Anmum™ Essential untuk mengumumkan duta baharu mereka iaitu Hanis Zalikha dan anaknya, Yusuf Iskandar.
Malah, para peminat juga dapat menyaksikan kehidupan harian Hanis dan keluarganya dalam sebuah rancangan yang bakal ditayangkan di ASTRO RIA (saluran 104) bertajuk ‘My Little Heroes’ pada setiap hari Rabu bermula 31 Januari jam 9.00 malam.
Anda semua jangan lupa tonton okay! Selain itu, Hijabista juga sempat bertanya beberapa soalan kepada Hanis Zalikha tentang fesyen serta penghijrahannya. Jom ikuti temu bual bersama Hanis!
Stail tudung yang effortless tapi cantik.
I love Victoria Beckham. Walaupun mempunyai anak yang ramai, tetapi look dia memang ‘wow’.
Its all about time. Dah lama saya free hair dan semua gaya rambut telah saya cuba. Saya mula berhijab sebelum saya bertunang lagi. Saya rasa ibu bapa saya dah besarkan saya dengan cara yang elok dan bila saya bertudung, inilah didikan sebenar mama dan daddy.
Bila saya mula bertudung, ramai yang bercakap tentang cabaran seperti rasa nak buka tudung semula. Alhamdulillah bila sudah bertudung, jiwa saya rasa lebih tenang. Mungkin sebab saya dah puas pakai baju seksi-seksi satu ketika dahulu. Sekarang bila tak pakai tudung, saya pula yang rasa malu. Bertudung dah jadi sebahagian daripada jiwa saya.
Ya bertudung pun masih boleh bergaya. Saya setuju! Sebenarnya fesyen ini sendiri telah ada pada zaman Rasulullah lagi. Wanita-wanita pada zaman itu sendiri sudah didedahkan tentang perhiasan diri, warna serta jenis pakaian yang boleh dipakai. Kita boleh berfesyen tetapi perlu berpada-pada dan kita perlu tahu apa prinsip dalam hidup kita.
Stay true to yourself. Bila anda pilih untuk berhijab, ia merupakan sebahagian daripada diri anda. Ia ibarat imej anda. Selami jiwa anda sendiri dan anda akan tahu mengapa anda memilih jalan itu. Ini pilihan dan keputusan anda. Imej kita merupakan decision kita sendiri.