Tular satu hantaran video yang dimuatnaik oleh seorang TikToker menyuarakan ketidakpuasan hatinya apabila ada sesetengah orang kurang senang melihat anaknya menangis di restoran.
Jelasnya lagi, orang di sekeliling patut lebih peka dengan keadaan ibu bapa yang bawa anak kecil untuk keluar makan. Tegas tiktoker itu orang ramai patut bertolak ansur sehingga menyuruh mereka lebih baik bungkus dan makan di rumah jika enggan berada di kawasan yang bising.
Artikel berkaitan: Awal Ashaari Berkongsi Lebih Kenali Anak-anak Sewaktu Bercuti Tanpa Pengasuh
Tegur Dah Bagus Tapi Bukan Suruh Orang Bungkus Pula…
Setelah meraih ramai perhatian dan menjadi perbahasan di media sosial, ramai yang mempunyai pandangan mengikut pengalaman masing-masing mengenai isu ini. Video TikToker @cikguayu_imtecer telah banyak tersebar dalam setiap platform sosial media.
@cikguayu_imtecer common sense la sikit yer…. hurm..#cikguayu ♬ original sound – Cikgu Ayu Empire
Selebriti Betty Rahmad juga turut berkongsi di TikTok miliknya memberikan pula pendapatnya mengenai isu ini. Katanya, orang di sekeliling patut ada ‘common sense’ tapi ibu bapa kepada anak-anak itu juga perlu peka!
“Saya ini ada juga anak kecik dan sering makan dekat luar untuk makan. Saya tidak setuju dengan statement orang tidak suka bising patut makan di rumah,
“Bagi saya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kuat ragam yang patut makan di rumah,
“Sebab apa? Kalau kita dah tahu anak-anak kita meragam. Cuba cari cara macam bawak mainan atau bawa anak-anak itu keluar untuk beri ruang orang lain makan dengan tenang.” katanya.
Artikel berkaitan: Hidayah Milik Allah SWT, Betty Rahmad Kini Tampil Dengan Imej Berhijab. Lebih Ayu Dan Sopan!
Betty juga menegaskan cara ibu bapa yang tidak puas hati melihat orang sekeliling pandang serong perlu faham bukan mereka sahaja yang duduk di situ. Menurutnya, orang ramai turut bayar untuk menikmati suasana di restoran itu.
“Orang yang datang ke kedai makan itu rata-ratanya bayar untuk makan bukannya untuk dengar anak kita menangis,
“Ibu bapa tak perlu selfish dalam hal ini dan perlu peka jika berlakunya situasi ini,
“Saya pun sakit hati melihat ada setengah ibu bapa yang sedang elok makan walhal anak-anak pula menangis. Kalau begitu saya pun pusing 360 darjah!” ujarnya lagi.
@bettyrahmadali #stitch with @Cikgu Ayu Empire Kita tak boleh pentingkan diri sendiri✌️ #fyp #tiktokmalaysia #foryoupage ♬ original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen
Sumber: Tiktok @bettyrahmadali
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI