Industri hiburan dilihat sebagai sebuah dunia yang penuh warna-warni, glamor dan bergemerlapan. Namun, ianya tidak seindah yang disangkakan. Masih ada bintik hitam yang menyulami dunia hiburan ini dan ada kalanya membawa seseorang artis itu ke lembah yang negatif.
Berbicara soal industri hiburan, pastinya ia tidak lari dari definisi kecantikan dan kesempurnaan dalam setiap aspek. Termasuklah, bentuk wajah, warna kulit, ketinggian serta saiz badan. Menyentuh perihal saiz badan, ia merupakan sebuah topik sensitif dan mungkin menyentuh perasaan mana-mana pihak. Hakikatnya, realiti hari ini, walaupun dunia semakin maju berkembang, isu saiz badan masih lagi berlegar dalam perbualan netizen di alam maya.
Untuk mengupas lebih lanjut mengenai isu ini, dalam segmen Apa Kata Hijabista, kami menemu bual secara eksklusif pengacara, penyampai radio serta pelakon yang semakin digemari ramai, Sarancak atau nama sebenar Sara Zulkifli berkaitan isu saiz badan.
Biarpun memiliki saiz badan yang besar, Sarancak tidak melihatnya sebagai sebuah batu penghalang bagi dirinya untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.
Tambahnya lagi, isu sebegini pastinya akan wujud dan setiap mata yang melihat, pasti akan mengeluarkan bibit bicara mengenai tubuh badannya itu. Apa yang penting, dia yakin dan sayangi dirinya sendiri.
“Tiada sesiapa pun yang dilahirkan sempurna. Kesempurnaan itu dapat dikecapi dari diri kita sendiri. Oleh tu, sayangi diri anda terlebih dahulu.
Tampil yakin setiap masa antara salah satu cara terbaik untuk kita tampil sempurna. Usah hiraukan apa yang orang lain katakan, kerana apabila kita mengutamakan diri kita terlebih dahulu, pasti kita tidak akan rungsing memikirkan tentang pandangan orang lain,” ujarnya.
Ads
Tiada sesiapa pun yang dilahirkan sempurna. Kesempurnaan itu dapat dikecapi dari diri kita sendiri. Oleh tu, sayangi diri anda terlebih dahulu
PENGALAMAN
Menyentuh soal pengalaman yang pernah dialaminya sepanjang menapak dalam industri hiburan ini, Sarancak berkongsi tentang satu pengalaman mengenai dirinya ditolak dan tidak diterima di sebuah stesen televisyen pada ketika dahulu.
“Sudah pasti saya perna mengalami pengalaman mengenai saiz badan saya. Ada satu ketikanya, saya tidak diterima oleh sebuah stesen televisyen kerana saiz badan saya yang besar. Pada mulanya, saya mempersoalkan tentang hal itu.
Namun, dengan semangat dan rasa keyakinan pada diri sendiri, saya percaya bahawa rezeki itu ada di mana-mana sahaja. Saya juga meletakkan kepercayaan bahawa bakat yang saya miliki lebih besar dari tubuh badan saya,” tegasnya mengulas lanjut.
Sebagai manusia, perubahan itu pasti menjadi sebuah tuntutan dalam kehidupan kita untuk menjadi versi yang lebih baik dari semalam. Bagi Sarancak, biarpun dia kelihatan selesa dengan saiz badannya, namun jauh di sudut hatinya, dia mula menanam semangat untuk menurunkan berat badan.
“Saya seorang yang tidak sukakan makanan mahupun minuman yang manis terutamanya minuman bergas. Saya lebih suka minum air kosong kerana kita semua tahu tentang kebaikannya.
Jujurnya, saya memang mengimpikan untuk memiliki berat badan yang ideal dan seimbang mengikut kiraan BMI. Namun, ia adalah sebuah proses. Saya percaya dengan adanya usaha dari diri sendiri, pasti saya akan memiliki berat badan yang diimpikan.”
Tambah Sarancak, berat badannya juga semakin meningkat selepas melahirkan cahaya matanya. Oleh disebabkan itu, dia sedang dalam rangka pelan untuk menurunkan berat badannya itu.
Ads
Usah puaskan hati orang lain, tetapi puaskan hati sendiri dahulu. Sayangi dan utamakan diri anda, itu lebih baik
NASIHAT
Sebelum mengakhiri sesi temu bual ini, Sarancak sempat berkongsi nasihat kepada mereka terutamanya yang tidak yakin dengan diri sendiri dek kerana saiz badan mereka.
“Walau apa sekalipun saiz badan anda, sama ada besar ataupun kecil, rendah atau tinggi, pasti akan ada mulut yang bercakap, memberi komen mahupun kecaman. Usah puaskan hati orang lain, tetapi puaskan hati sendiri dahulu. Sayangi dan utamakan diri anda, itu lebih baik,” kongsi Sarancak.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tahun ini merupakan Syawal kedua bagi pasangan selebriti paling popular, Fattah Amin dan Fazura beraya sebagai suami isteri. Dan seperti tahun lalu, mereka berdua mengambil keputusan merayakannya bersama keluarga besar Fattah di kampung halaman di Bagan Datuk, Perak.
Dan untuk tahun ini juga sekali lagi selebriti yang menggunakan tanda pagar Fattzura ini turut merayakannya bersama keluarga di desa tercinta. Nampak Fazura tidak kekok beraya di kampung, malah penampilannya juga sangat santun dan begitu menjaga perilakunya.
Ini dapat dilihat dalam foto raya yang dimuat turun pelakon cantik ini di laman sosial, Instagramnya.
Penampilan Fazura yang berbaju kurung Pahang dengan selendang bawal terletak cantik di kepala menyerlahkan lagi pesona dirinya.
Dalam kapsyennya, Fazura turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua followernya dengan pesanan ini datangnya dari ‘Orang Kampung’.
Malah rupa-rupanya, followernya di Instagram turut tertunggu-tunggu foto raya yang dimuat turun ke laman sosial oleh pasangan ini.
Masing-masing memuji betapa ayu dan manisnya Fazura berhijab. Tidak kurang mendoakan agar pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia ini terus kekal istiqamah berhijab.
chippychip So simple and still looking so pretty! Now that’s true beauty
Dalam foto berkenaan juga menampakkan sisi mesra Fattah yang dilihat begitu menyayangi isteri tersayang dengan sentiasa memegang tangan Fazura dengan eratnya.
Netizen jua tidak putus-putus mengusik pasangan ini dan sentasa mendoakan agar rumah tangga keduanya kekal hingga ke akhir hayat.
nadiadianatiz Tgn tue kalo genggam mmg xlepas la kan bamtah…hehe
fafa23771 selamat hari raya buat cantik manis fazura, suami dan keluarga.. moga sentiasa dalam redha dan perlindungan Allah Taala…Aamiin
hishamammeissa Super manis laaaaaa. I am so touched looking at the pure happiness my Kak Faz feeling now. So manis so cantik couple fattzura
miamorfattzura Selamat Hari Raya my beautiful couple @missfazura@fattahaminz..semiga lebaran kali ini memberi seribu kemanisan buat kalian berdua dan kekal bahagia hingga ke syurga.. Aamiin
Bagi mereka yang meminati dan menonton film ‘Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah’ pasti mengenali pelakon utamanya iaitu, Laudya Cynthia Bella.
Wanita cantik dari Indonesia ini bukan sahaja terkenal di Indonesia malah Bella terkenal juga di Malaysia dan mempunyai ramai peminat disini.
Menjadi pilihan hati ramai wanita muslimah diluar sana apabila Laudya Cynthia Bella mula berhijrah memakai hijab pada tahun 2015, Laudya Cynthia Bella juga terus berkarya di dalam industri dengan lebih semangat dan lebih menjadi diri sendiri.
Bella Umum Bersara ‘Dunia Seni’
Selepas perpisahan bersama Engku Emran pada Julai 2020, Laudya Cynthia Bella kini didakwa sudah berkahwin bersama kerabat diraja? Bagaimanapun tiada sebarang kenyataan tentang kesahihan isu ini dan dikhabarkan Bella ingin bersara dari industri seni.
Melalui kenyataan yang dihantar Laudya Cynthia Bella kepada pihak media Indonesia, Bella menyatakan bahawa beliau mahu bersara dari dunia seni.
Meski ia bukanlah perkara yang mudah buat Laudya Cynthia Bella, tetapi niatnya ingin bersara dari bidang seni sudah lama timbul dan kini sudah tiba masanya!
Menurut Laudya Cynthia Bella “Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.” sumber Liputan6.
“Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga saya terus beristiqomah dan filem terakhir saya adalah ‘Buya Hamka”
Laudya Cynthia Bella juga turut memohon peminatnya akan terus mendoakannya. Dia juga mengatakan hasratnya ingin berjaya dunia akhirat dan banyak yang dia perlu belajar dengan statusnya sekarang.
Mungkin di sebalik pengakhiran mempunyai permulaan yang lebih baik. Dengan persaraan Laudya Cynthia Bella di dalam industri filem dapat membantu dirinya fokus sepenuhnya dalam bidang perniagaan.
Antaranya adalah, perniagaan tudung dan produk muslimah “L’ by Laudya Cynthia Bella yang terinspirasi dan mengikuti jejak bapanya yang berada di dalam bidang pembuatan tekstil.
Apa sahaja yang dipromosikan oleh wanita ini, pasti ramai yang beli dan menyokongnya. Selain dari hasil jualan kasut harian “Daily Darling” oleh Laudya Cynthia Bella, kita juga tahu bahawa Laudya Cynthia Bella juga mengambil bahagian dalam pelancaran QalbyApp Indonesia baru baru ini bersama Mizz Nina yang mewakilkan QalbyApp dari Malaysia.
Semoga Laudya Cynthia Bella diberikan kekuatan untuk terus beristiqomah dan peminat sentiasa menyokongnya walau apa pun.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Gelang merupakan aksesori pelengkap yang mampu memberikan penampilan warna lebih menawan. Terdapat banyak jenis atau model unik yang boleh anda jadikan pilihan.
Namun, ada sesetengah wanita hanya mementingkan kecantikan gelang itu tanpa memikirkan sama ada ia sesuai dengan bentuk tangan mahupun personalitinya.
Berikut Hijabista tergerak untuk berkongsikan beberapa tip untuk Hijabi memilih gelang yang tepat dan sempurna, barulah gaya dan stail vass hingga menjadi sorotan ketika Syawal nanti!
1. UKURAN TANGAN
Perkara paling utama dalam memilih gelang yang sesuai ialah dengan melihat ukuran tangan anda terlebih dahulu.
Anda perlu mencuba dahulu gelang tersebut agar ia tampak sepadan dengan bentuk tangan dan personaliti anda. Jangan memilih gelang yang terlalu longgar atau terlalu ketat.
2. GAYA HIDUP
Sesuaikan gelang yang dipilih dengan gaya hidup anda. Contohnya, jika aktiviti harian anda lebih santai dan menenangkan, pilihlah gelang yang mempunyai sentuhan feminin seperti gelang bermanik ataupun mutiara.
Jika aktiviti anda lebih aktif dan lasak, gelang yang diperbuat daripada metal ataupun kulit nyata cukup sempurna buat anda.
3. MATERIAL PILIHAN
Gelang boleh didapati dalam pelbagai bahan dan material. Anda boleh memilih gelang mengikut cita rasa tersendiri sama ada gelang yang diperbuat daripada emas, perak, manik, kristal, mutiara dan sebagainya.
Jika anda sukakan gaya mewah, pilihlah gelang emas atau perak. Selain menunjang penampilan yang lebih menawan, gelang yang diperbuat daripada bahan ini mempunyai nilai yang cukup tinggi.
4. HARGA
Gelang yang mahal tidak bererti ia mempunyai kualiti yang tinggi. Anda dinasihatkan untuk memilih gelang yang berkualiti tinggi agar ia mampu mendapat kepuasan saat anda memakainya. Selain itu, pilihlah harga gelang mengikut kemampuan anda.
Jangan membeli gelang disebabkan trend semata-mata. Apa yang lebih utama agar ia tampak sesuai dan sempurna pada pergelangan tangan anda.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...