‘Saya Pandai Senyum Pun, Bukan Jeling Je’- Gaya Spontan Puteri Afzan Curi Tumpuan Semua

Share

Kecantikan puteri-puteri Raja Permaisuri Agong sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Sama cantik persis bondanya iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila gelagat spontannya ‘menjeling’ sempat dirakam kamera.

Gambar itu dirakam sewaktu Puteri Afzan bersama adindanya iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang diadakan baru-baru ini.

Seorang pelayar twitter iaitu @journaljeeb mengusik Puteri Afzan berkenaan gambarnya itu.

Membalas usikan itu sambil berseloroh, Puteri Afzan mengatakan dirinya dan jelingan tidak dapat dipisahkan. Tweetnya itu hingga kini telah mendapat lebih 7 ribu ulang kicau di laman Twitter.

Memuat naik gambarnya sewaktu kecil, Puteri Afzan berjenaka mengatakan dirinya sejak kecil lagi sudah suka menjeling.

Selain itu, ada juga yang mengatakan gaya jelingan itu saling tidak tumpah seperti ayahandanya sendiri.

Sering dikatakan memiliki wajah mirip aktres Izara Aishah, Puteri Afzan juga telah memuat naik gambarnya ketika sedang senyum dengan caption
yang sungguh bersahaja.

Bukan hanya cantik dan pandai membawa diri, malah kedua-dua puteri ini juga bijak berkomunikasi bersama rakyat di laman sosial. Patutlah disayangi ramai.

 

Published by
Qistina